10 December 2013

PERCUTIAN KE REFRESHING SPRINGS RESORT

Selepas semalaman di Teratak Riverview Resort, kebesokan harinya kami check out dan terus ke Refreshing Springs Resort. Refreshing Springs Resort ini terletak di Kalumpang, iaitu di bahagian Kerling Hulu Selangor. Rasanya ramai di antara kita tak pernah menjejaki daerah Hulu Selangor kan? Resort ini dibina di tengah-tengah dusun buah-buahan, memang masyuklah kalau datang sini masa musim buah.



Perjalanan dari Teratak Riverview Resort ke Refreshing Springs Resort tidaklah jauh mana. Sepanjang perjalanan, anda akan menyaksikan keindahan flora dan fauna yang sungguh mengasyikkan.

indahnya kawasan Hulu Selangor ini

Sampai sahaja di Refreshing Spring Resort ini, kenderaan khas yang akan bawa kami masuk ke dalam sudah sedia menanti. Rugi jika anda tak rasa pengalaman naik kenderaan ini. 




terima kasih Danish, selalu jadi tukang ambil gambar. Hahaha

dah sampai

dan sekali lagi, kami disajikan dengan DURIAN. Kali ini agak istimewa kerana kat sini, anda bukan sahaja dapat menikmati buah-buahan segar ini, tetapi juga dapat rasa sendiri pengalaman mengutip buah durian yang jatuh. Lebih istimewa, pokok durian di sini semuanya rendah. 

Selain dari durian, anda juga boleh menikmati buah-buahan lain seperti rambutan, pulasan, kelapa, kedondong, pisang, ciku, betik,cempedak dan lain-lain. Yang penting segar. Memang puas hati lah.



Seterusnya, kita ke bilik. Kali ini kami dibahagikan kepada beberapa group. Ada yang dapat chalet, ada yang dapat studio dan ada yang dapat kampung twin. Kat sini, terdapat beberapa jenis bilik yang anda boleh sewa seperti dorm, kampung quad, kampung twin, terrace twin, chalet dan studio house dan kat sini juga diorang sediakan surau kecil.



Jenis Penginapan :
kampung quad

Bilangan bilik
4 katil dan 1 bilik air.
aircond dan kipas disediakan

Keselesaan :
4/5
Kebersihan:
4/5
Keluasan :
3/5


rumah tradisional kayu yang dijadikan sebagai bilik berkembar

bilik kami : K4

sangat selesa

Petang tu, kami mengadakan beberapa aktiviti seperti paintball dan juga mandi manda di kolam air panas. Tapi disebabkan cuaca hujan, kami divide kepada beberapa group, group paintball dan group hot spring. 

tapak paintball

harga : RM 60/person
includes gear (face mask, neck protector, vest) and 160 pallets

jalan kaki pun boleh


sesi mandi manda

p/s : berdekatan dengan kawasan hot spring ini terdapat sungai yang boleh
 anda mandi dan picnic sambil rehatkan fikiran

sambil mandi manda, kami dijamu dengan pengat durian
dan lain-lain makanan oleh pihak Refreshing Springs Resort

Malam tu, kami ada jamuan makan-makan bersama YDP Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Encik Tukiman bin Nail. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan kami. 

YDP Hulu Selangor yang sangat peramah

air kelapa fresh

ketam comel yang diisi dengan inti kelapa dan beberapa
ingredients lain

kami juga dihiburkan dengan liveband

its my roommate, Jaleh. She's from Iran.

Please like her facebook page : Me & Malaysia

artis-artis

Jom tengok kawasan sekitar Refreshing Springs Resort ini.. 


kolam memancing ikan

harga ikut kg/ikan


aktiviti ATV juga disediakan kat sini

berbasikal di persekitaran resort ini memang best
selain dari exercise, anda juga boleh menikmati udara segar

wall climbing

tengok tu.. terliur tak?

spondias dulcis @ kedondong

di belakang terrace twin

bersih dan indah

children playground

studio room. comelkan?

nak main pingpong pun boleh

roommates .. me, Jaleh and Ain

Selain itu, jika anda berminat mengadakan team building kat sini pun boleh. Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh buat seperti wall climbing, telematch such as alligator swamp, helium stick, water rafting, abseiling dan flying fox. 


Berminat? boleh hubungi mereka sekarang. 

FB : 

Email :
jeremy@refreshingspringsresort.com

No Tel :

Address:
PT 4049, Mukim Sungai Gumut,
Kampung Gumut Tambahan
44100 Kalumpang, Selangor.

Website:


 Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...


15 comments:

  1. seronoknya tempat ni =) subahanallah.^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok especially bila dapat menjamah buah-buahan sepuas-puasnya,

      Delete
  2. amboiii sakan ko berjalan! eh btw tempat ni memang menarik giler perhatian aku . dah la aku suka gila tempat yang ada sukan ekstrem + tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? aku suka sebab dapat makan buah sampai pengsan. hahahaha.

      Delete
    2. wah, smpai pengsan tu :) hehe

      Delete
  3. bestnya kalau boleh bercuti kat sini..tenang sat.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. like its name suggest, mmg nampak refreshing je : )

      Delete
  5. wah durian! the rooms nmpk bersih & selesa :)

    ReplyDelete
  6. Eh ada chacha, eh ada ewal :p
    Cantik ruang dlm rumah tu..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)