8 December 2013

MENIKMATI ALAM SEKITAR DI TERATAK RIVERVIEW RESORT

Pernahkah anda terfikir, kehidupan yang jauh dari kesibukan kota? Sambil hirup udara segar, cuci mata dengan keindahan banjaran Titiwangsa dan berlari-lari anak di tepi sungai yang jernih? Segalanya ada di Teratak Riverview Resort, Ulu Bernam.

Maps to Teratak Riverview Resort

Teratak Riverview Resort adalah sebuah eco-resort yang mula beroperasi sejak beberapa tahun lepas, kini semakin berkembang dan dikenali ramai. Siapa sangka, di sebalik ladang kelapa sawit dan durian, terdapat sebuah sungai yang terbentang indah dan dibelakangnya terletak sebuah banjaran yang cantik? Ibarat sebuah lukisan yang sering dilukis oleh adik-adik. Ada gunung, ada sungai, ada rumah dan ada pokok. COMPLETE. Ternganga mulut ni bila sampai kat sana. Fuyooo!! Sebijik macam apa yang saya selalu lukis masa zaman sekolah rendah dulu..

pemandangan pagi yang sangat mengasyikkan


Terima kasih Tourism Malaysia dan Santai Travel. Sekali lagi saya dipelawa untuk mengikuti lawatan Sahabat Media Cuti-cuti Satu Malaysia. Trip kali ini kami ke Hulu Selangor. Ada apa kat Hulu Selangor? Haaaaa, ni kak bedah nak bercerita. hahaha..

Pada mulanya, aku agak ragu-ragu nak pergi ke tak nak.. Memandangkan itinerary trip agak berbeza dengan sebelum ini. Hurm. Kecik besar, kecik besar mata ni tengok itinerary tu. Haih.

road to Teratak.

Tapi kata orang, tak cuba jangan mengata. Eh, ada ke peribahasa macam tu? hahaha. Kali terakhir saya join aktiviti lasak macam ni adalah beberapa tahun lepas, panjat Gunung Datuk Rembau. Lepas tu, mood ke laut. Entah mana silapnya.. sampai nak masuk hutan pun fikir 2-3 kali. 

Tapi, trip ni mesti pergi by hook or by crook. So, malam nak pergi tu, memang tak boleh tidur. Nervous tahap kebabom.. fikir pacat , lintah.. erk gelinya! kesudahannya, besok pagi tu, terpacak kat Matic dengan mata yang sembap dan berjalan seperti mumia catwalk. hahaha.

kenderaan khas disediakan untuk ke Teratak Riverview Resort ini

perjalanan kami bermula


misteri di sebalik ladang kelapa sawit

menyusuri jambatan Sungai Bernam

dan akhirnya sampai juga ke destinasi..

FUHHH, lega. 


Sebaik sahaja sampai, kelunya lidah.. tak boleh nak cakaplah betapa cantiknya tempat ni. Tapi sayang, lokasi dia jauh ke dalam membuatkan ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini. But in the other way, saya rasa baguslah dia jauh ke dalam senang nak maintain kebersihan dan keindahan yang sedia ada.


bertingkek-tingkek

untuk info mengenai harga, boleh click sini : HARGA

sungai yang memisahkan negeri Perak dan Selangor

Actually banyak aktiviti yang dirancang pada hari first tu. Tapi faham-fahamlah, time hujan camni, takde siapa pun berani cecah kaki kat sungai.. lebih-lebih lagi bila hujan lebat. oh ye, lupa pula pasal bilik kan?

Kat sini, anda boleh pilih. Nak sewa khemah ke, nak duduk asrama yang disediakan ke or nak menginap di chalet. Semuanya bergantung kat bajet anda. Apa yang pasti semuanya menjanjikan satu pengalaman yang indah yang anda takkan dapat kat tempat lain.

Untuk pengetahuan anda, saya dan Ain dapat chalet di tingkat yang paling atas. Jenuh jugaklah kami nak tarik bag untuk sampai ke atas. Tapi berbaloi-baloi bila sampai kat chalet. Kat tingkat atas ni, anda boleh nampak pemandangan banjaran titiwangsa dengan lebih jelas. Ish, susahlah nak cerita kat blog.. Anda kena pergi sini dan rasai pengalaman ini dengan sendiri. Sumpah takkan menyesal.. hihi

 persekitaran di luar bilik

cuba teka mana satu bilik kami?

inilah bilik kami .. pstt bilik air dalam bilik tau.

Jenis Penginapan :
chalet

Bilangan bilik : 
1 bilik attached dengan bilik air sekali

Keselesaan :
3/5

Kebersihan:
4/5

Keluasan :
3/5


Keadaan kat sini sangat tenang. Kalau malam, jangan cakaplah, sejuk dan nyaman. So, kalau serabut kat kota tu, AYUH KE SINI... 

Selain dari merehatkan minda, anda juga berpeluang untuk cuba beberapa aktiviti yang disediakan kat sini. 
Seperti .... 

meniti Jambatan Gantung



water tubing

meniti sungai 

(eh ni selepas water tubing. kahkah)

4x4 water river crossing

abang sham dari MHI TV3

kami excited nak try flying fox..

 psssttt.. yang kat sebelah saya tu blogger pemes, Nisa Kay
(visit her blog :  Nisa Kay)

dan BANYAK LAGI BENDA YANG BOLEH ANDA CUBA.

paintball, jungle trekking , rentas halangan, night walk, dan banyak lagi.

hey Mawardi jogging ke?

dan nak tahu, apa yang paling best sepanjang kami kat sini??

ce teka ..
ce teka ..

TEKALAH..... !!!
.
.
.
.
.


DURIANNNNNNNN !!!
 OMG , OMG, OMG

makan puas-puas..
satu bakul ... YUMS!

tengok durian tu.. menggoda tak?

amboi Ain.. siang-siang dah ketepikan durian eh?

p/s : thanks Ain sebab sudi share beberapa gambar.

Chacha Maembong, Melia Aimielia, Rayndra Putra (kump VIP) dan 
Iqwal pun turut serta Program Tourism ini.

masing-masing sedih nak balik

sesuatu yang berbeza bukan? hehe.

Rindunya Teratak Riverview Resort. Saya dah pergi, anda pula bila?

Hubungi mereka sekarang !!

Hakim : 0135335033
Hanah : 0195115033

atau email :
teratakriverview@yahoo.com

Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...


12 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)