PERCUTIAN KE PARIS PART 3

By | 7/13/2013 12:38:00 am 19 comments
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PARIS | I just came back from London. Arrived at KLIA yesterday and now, jetlag tak habis lagi. Exhausted tersangatlah kononnya. Puih! Anyway, first time merasa ramadan kat sana. Nasiblah 1 day and another day, sahur atas flight saje. hihi... 18 hours man! Pengsan. Lama sangat.

Oh, by the way, entry paris still berbaki dua entry. Entry Ho Chi Minh City pun masih  tertangguh. Insyallah akan selesaikan before my next trip hujung bulan ni. Insyallah. Sebelum terlambat, nak wish you guys, happy fasting. Alhamdulillah, tahun kedua sambut ramadan dengan encik hubby. 

The Louvre Museum

Kenal Monalisa? Kat The Lourve Museum inilah tersematnya potret beliau. Tapi terdapat spekulasi mengatakan potret asalnya telah hilang.. Eh, macamana pula? Kawalan kemain ketat.



Dari The Louvre Museum, kami ke salah satu jambatan famous kat Paris ni. Untuk ke sini, anda kenalah berjalan sedikit. hehehe. Jangan malas-malas!

terdapat gerai menjual lukisan di tepi jalan

Pont Des Arts @ The "Love Lock" Bridge

bertentangan dengan bridge ini
Jambatan 'mangga' di Paris
Orang lain beria beli padlock, kami pula beria menconteng. Well, ini saja-saja. Tak percaya pada benda ni. hahaha. Nak tengok berapa lama nama kami bertahan kat jambatan ni. Hahaha. :p
terdapat pemuzik jalanan yang menghiburkan

begitu juga pelbagai jenis tarikan creative 

Jika anda jalan sedikit, anda akan jumpa restoran Halal yang terletak berhampiran dengan jambatan ini. Harga? Boleh tahan. Sedap dan kuantiti yang banyak.

Restoran Halal Di Paris
sedapkan? maaf post time ramadan..

Jalan depan sedikit sikit lagi anda akan jumpa satu jalan khas kedai jual plant dan satu jalan khas lagi jual pet. So, i think memang bagus dan memudahkan penduduk Paris dari segi ni.


okay lupa fountain apa ni

Hari tu juga kami berjalan ke beberapa tempat seperti  Saint Chapelle, La Conciergerie, Palace des Justice, Montparnasse, Notre Dame dan beberapa tempat attraction lain ... huih, penat!

Berhampiran dengan Notre Dame, kami jumpa kedai souvenir paling murah. Owner dia pun very friendly. Siap kasi kami duit dari beberapa negara secara percuma lagi. Katanya sebagai kenangan supaya kami datang lagi. Thanks bro! Siapa mencari KEDAI SOUVENIR MURAH DI PARIS, silalah ke sini.

Bersama Owner Kedai Souvenir Murah Di Paris
Notre Dame

Masa on the way balik hotel, kami menghadapi masalah stuck kat stesen metro. Neberapa laluan metro ditutup gara-gara perhimpunan membantah perkahwinan sejenis (GAY). Memang secara besar-besaranlah diorang buat demo ni.

Hard Rock Cafe Paris
Eiffel Tower at Night

and last...


planking by encik hubby

~bersambung~


Travelogue Paris

Newer Post Older Post Home

19 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane