MENGEMBARA KE AMSTERDAM PART 1

By | 6/12/2013 07:02:00 pm 7 comments
Masa nak pergi Amsterdam tempoh hari kan, actually encik husband bisingla juga. sebab i told him pasal Brussel dan Amsterdam tak lama before dia fly to London. The main reason, nak suprisedkan dia. yela, konon-konon birthday treat nak pujuk dia la...

Kan i stay lama sangat kat London. hahaha.  Pastu kena marah. Sebab dia nak spend masa lebih dengan anak buah kat London. At last, dia pula yang enjoy. hahaha. CIS!!

Cerita Amsterdam ni bermula begini. Memang tiket balik i dari Paris. Sebab AIRPORT TAX PARIS LAGI MURAH DARI LONDON. Dari bayar kat airport taxes kat Heathrow, baik pergi Paris ye dok? Habis pergi Paris bayar hotel, sama juga jalannya. Hishhh!!! Alasan je semua tu. hahaha.

Hari tu, gatal-gatal tengok tiket. eh, terjumpalah tiket bus Eurolines, dari London to Amsterdam 5 je dari 75. Serious murah! Apa lagi, terus sambar tiga kerusi. dia, i dan satu kerusi untuk letak bag. 5x4=RM20. Lagi mahal tiket bas Seremban ke Kedah atau Terengganu ke Kuala Lumpur. 

Bila dia nak datang, barulah i bagitahu. Apa plan sepanjang dia ke eropah semua. hahaha.. Tutup telinga!!! hahahahahahaha. Habis kena bebel.

Nasiblah AMSTERDAM cantik!!!!!!!!!!! Lagi best dari Paris. lagi best dari Brussel. Aku pula yang menyesal. Yang nak pergi Brussel dan paris tu apahal? hahaha. Shopping? Hello. Orang kat sana pun cakap. Duit pound jatuh mendadak. Lebih kurang je harga LV London dan Paris. claim vat, minimum london 30pound. Paris 175 macam tu baru boleh claim.. Kalau tak silapla. So, apa specialnya? Tepuk dada, tanya selera..

Tapi yang kami kesal beli 3 seats. Bila nak naik bas, depa cakap TAK BOLEH. Satu seat tu kira burn. Sebab tiket mesti bertuan. Tak boleh sesuka hati tanpa tuan. sobbbb!!! Kejam. Habis kami ni bukan tuan? Kami beli pakai duit tau.

Eurolines to Amsterdam

alololo. monyok. takde mood konon. :p

dan bermulalah perjalanan kami

BYE LONDON .. see you again next month

Perjalanan kami merentasi Dover-Calais (France) - Brugges - Brussels- Amsterdam

11 HOURS!!!!! phew... positif! positif!
macam dari seremban-perlis je tu...

Mujur dalam bas Eurolines ada wifi free. 
kalau naik megabus, ada plug boleh charge phone


Perhentian pertama adalah Dover. Kalau nak merentasi laut ni.. ada dua je. Samada Dover ataupun Folkestone. Ikut nasib anda. Kalau kat Folkestone, tak lain tak bukan bas atau apa sahaja akan masuk ke dalam train. kalau dover ada dua, bas masuk dalam feri (anda boleh berlari pastu bebas buat apa-apa kat feri tu) atau dalam train juga. so, dua tu sahaja. tapi saya lagi suka naik feri. boleh menikmati pemandangan. dari duduk dalam train. that's why tak excited kalau sebut eurostar.. sebab tak nampak apa-apa. muahahahaha.

kat dover ni tak lama mana pun. adalah dalam 20 minutes. 



Detik-detik sebelum masuk train dan sebelum train bergerak dalam english tunnel. jangan harapla nampak apa-apa. ikan ke, sotong ke, apa ke.. MUSTAHIL! Btw, Dover cantik tau. kalau sesiapa nak pergi pantai. bolehla rajinkan tangan buka groupon uk. selalu juga buat promo pergi dover. hehehe.

Then, sampai Calais. Dari Calais ke Brussels.. maaflah tiada gambar. Tuan empunya blog lena diulit mimpi. Kahkahkah. By 6pm ke 7pm macam tu kami sampai Brussels. Last stop sebelum ke final destination, Amsterdam. Kat Brussels, kami diberi masa 45 minit. Bolehlah merayau-rayau sekitar station bas tu dulu. survey apa yang patut.



Takde apa pun yang menarik kat station bas ni. tapi kalau anda macam kami, terlupa nak tukar duit euro.. this is the best place. murah dan berbaloi. so, cepat!! 45 minit tu boleh minum kopi, tukar duit dan pergi toilet. hehehe :p

LEARN TO RESPECT PEOPLE!!

and finally... 9pm....


sampai juga akhirnya!! ini bus station dan juga station tram. kat sini pelik sikit. Amstel ni untuk bas Eurolines sahaja. bas lain di station lain. apa-apapun, kami dah selamat sampai. 11 jam yang memenatkan!!

~ bersambung~

AMSTERDAM TRIP
Version 1
Version 2
Newer Post Older Post Home

7 comments:

  1. Seronok dapat gi negara orang. Tak dapat gi tapi dapat baca pon ok lah. Fefeeling macam kat over the sea jer lah...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan baca kisah travel Kak Tatie..

      Delete
    2. setuju sangat, lepas baca terus teruja, teringin nak pegi melancong jg.

      Delete
  2. memang murah tapi rugi satu tiket tu :(

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane