LOKASI MENARIK HILTON KUCHING | Sebenarnya entri ni dah 'mengeram' lama kat draft. Tiba-tiba masa tengah scroll tadi baru perasan. Terlepas pandanglah tu. Ya ampun, entah macamana entah. Tapi takpela. Kata orang biar terperap kat draft, jangan langsung tak buat. *Ceh, alasan*
Hotel Hilton Kuching ni salah satu hotel favourite aku kat Kuching. Salah satu sebab kerana lokasi Hotel Hilton Kuching ni strategik. Berhadapan dengan Waterfront dan terletak berhampiran dengan tempat-tempat menarik kat Kuching ni seperti Jalan Carpenter, Tua Pek Kong dan lain-lain lagi.
Nak ke Bazaar hanya 5 minit jalan kaki, nak pergi makan kat tempat best-best pun dekat. Nak dipendekkan cerita, memang strategik sangat untuk orang yang malas macam aku ni. Kan?
Hotel Hilton Kuching
Nak ke Bazaar hanya 5 minit jalan kaki, nak pergi makan kat tempat best-best pun dekat. Nak dipendekkan cerita, memang strategik sangat untuk orang yang malas macam aku ni. Kan?
Diorang siap bagi map
Hotel Hilton Kuching ni bertaraf 4 bintang. Tapi ada yang cakap 5 bintang. Argh, mana-mana lah. Janji hotel ni best. Staff dia pun very friendly.
Lobi Hotel
Dalam banyak-banyak bilik, aku paling suka King Riverview Suite. Dah nama suite mestilah luas. Cuma yang bestnya ia menghadap Sungai Santubong (Waterfront). Memang indahlah sangat pemandangan dari jendela especially di waktu senja.
King Riverview Suite
Jenama Peter Thimas Roth
So far, aku puas hati sepanjang menginap kat Hotel Hilton Kuching ni. Kalau korang sedang merancang percutian ke Kuching, mungkin boleh pertimbangkan untuk menginap di sini. Aku galakkan sangat! Kalau lapar, jalan kaki sahaja ke Restoran Tumis Kuching.
Haha, semangat tak? =P
Hotel Hilton Kuching
Jalan Tunku Abdul Rahman,
P.O Box 2396,
Kuching City Center, Sarawak
No Telefon Hilton Kuching
08-2223888
suka stay hotel yg ada bathtub
ReplyDeleteme too, boleh berendam.. haha
Delete: )
ReplyDelete: )
ReplyDeleteNampak menarik. Dekat dgn byk tempat..
ReplyDeletekan, senang nak pegi mana2 nnt :)
Deletenampak luas bilik hotel ni :)
ReplyDeletewah, semangat nya belajar bahasa sarawak :)
ReplyDelete