PERCUTIAN KE VENICE ITALY PART 2

By | 3/29/2013 08:51:00 pm 5 comments
Bersambung kita di Part 2 : Travelogue Ke Venice. Disebabkan terlalu banyak gambar, aku bahagikan kepada part 2.1 dan part 2.2. Aci tak? hehehe. Hari ni, aku cerita pasal part 2.1 dahulu ye dan seterusnya hari lain. Kasilah peluang untuk jari rehat sikit. hehehe. :p

Hari kedua ni adalah hari untuk explore venice. Ingatkan satu hari boleh cover, nampaknya kena bersambung hari ketiga iaitu last day. tsk tsk. Kami tak sempat masuk muzium yang cantik tu. Tapi takpelah. kalau masuk pun tak boleh ambil gambar. *ayat sedapkan hati* ... lalalala. | TRIP TO VENICE ITALY.

DAY 2 ( Part 1)

mulakan hari dengan secawan teh


Then kami beli transport card kat Venice. Mahal! Sumpah mahal. Kami beli yang €18 / valid for 12 hours, tapi difahamkan bukan unlimited tapi sekadar valid saja. Benda ni baru lagi kat Venice, start awal mac yang lalu. Ada station dah wajib guna benda ni, ada yang masih boleh skip. *kerja jahat ni.. haha*

Dari Mestre kami ke Venice menaiki bas dan berhenti di Piazalle Roma, sebelum naik water taxi. Actually boleh je jalan kaki. Tapi, malas. hahaha. Orang yang malas ni rela keluar duit dari jalan kaki. hahaha. Setuju? Eleh, tak payah tipulah. Korang pun 2x5 MALAS. Kalau rajin dah lama naik public transport Malaysia instead dari naik kereta bayar tol dan minyak semua. :p


@ piazalle roma
keadaan piazzale san roma water taxi station tak sibuk pada hari tu. alhamdulillah

beratur untuk naik water taxi




 Piazza S. Marco

Antara terfamous kat Venice ni. ada butik-butik luxury, tempat lepak, muzium-muzium yang cantik dan banyak lagi. Paling penting, kawasan ni sentiasa ramai orang. Kalau nak ke Hard Rock Cafe, Tour Island, dan lain-lain lagi, semua kat sini. Pendek kata, wajib datang sini. hahaha :D

Kalau kat malaysia, orang pakai topeng ni for masquerade party. Kat sini ada festival dimana diorang akan pakai. Usually bulan february. Tapi apa yang i tengok, topeng ni macam simbolik venice. Kemana-mana je mesti ada. Cantik-cantik dan unik pula tu.. 


Gondola @ Venezia 

Gondola ni kira wajib try kalau ke Venice. Harga mahal sikit 80/ satu gondola untuk 40 minit tapi berbaloi la jika difikirkan dengan pengalaman yang mungkin sekali seumur hidup. Dah sampai venice tak sahla percutian anda kalau tak naik gondola. hehehe.


Piazza San Marco
(ST Mark's Square)

Terletaknya beberapa tourist attraction seperti :

dan banyak lagi 



 CALLE VALLARESSO

Jika anda kaki shopping especially barang branded such as Hermes, Gucci, Chanel, LV dan lain-lain. Inilah kawasannya. Terletak berhampiran post office, anda boleh nampak LV dan Chanel. Actually butik-butik mewah kat sini tak disangka-sangka. Jalan-jalan sikit, anda nampak satu kedai. Jalan sikit kedai lain. Tapi Calle Vallaresso ni antara yang famous lah.


 Hard Rock Cafe Venice



nak tahu macamana diorang repair rumah???
cat rumah? repair tingkap?

tengok ni

hahaha. gigih! 


Masa mula-mula nak pergi Venice, aku ada terbaca satu review mengatakan Venice busuk. Tapi bila pergi sana takde satu pun yang busuk. Kat mana korang cakap 'kawasan busuk' tu? 

terima kasih kerana sudi baca.

~bersambung~

Newer Post Older Post Home

5 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane