mari bercerita pasal doorgift.... untuk doorgift, serious tak memeningkan kepala. sebab i da plan lama da nak kasi apa for guests. yang peningnya cuma $$$$$$...=p
untuk doorgift ni, terbahagi kepada tiga kategori..NIKAH, SANDING dan BERTANDANG.. and i tak menghabiskan banyak duit untuk doorgift.... cukupla sederhana bahagian ini pula. lagipun, i'm sure, a few je yang simpan dan lain-lain buang after makan or letak kat mana-mana dan akhirnya jadi bahan buangan.. tak seronokla macam tu kan?
NIKAH
untuk nikah terbahagi kepada beberapa bahagian, VIP, DEWASA dan KANAK-KANAK..
VVIP
vvip takdela bermaksud dato' datin, puan seri tu semua. what i mean, adalah very important people yang menjayakan majlis nikah ni.. macam tok kadi, saksi, wali dan lain-lain... Kira macam penghargaan la untuk diorang. hehehe. FAHAM?
ferrero rocher di dalam mini carriage
Ribbon - DIY sendiri, sambil dibantu oleh my stepmom
carriage - beli di sri kembangan
DEWASA
bahagian ini yang paling memeningkan kepala.. sehinggakan seminggu sebelum majlis barulah dapat kata putus nak kasi apa.. alasannya, kotak ni da tempah since june.. so agak blur, ingat-ingat lupa saiz dia besar mana. haha..
bahulu bunga
Kotak - Seri Sireh Jalan Pudu
bahulu bunga - bangi
KANAK-KANAK
actually at the first place takde pun tersenarai untuk kanak-kanak ni. but since Seri Sireh kasi free kotak kecik ni, maka wujudla istilah "untuk kanak-kanak"... dan isinya dah tentulah berkait paut dengan kanak-kanak.. hehehe.
kotak - seri sireh
label - buat sendiri
isi - coklat & gula2 from Mydin & setengahnya my sis bawa from UK
dah habis bab nikah.. jom sambung bahagian majlis resepsi pula.
MAJLIS RESEPSI
Untuk majlis resepsi pula, terbahagi kepada tiga juga, iaitu dewasa, vvip dan bunga pahar.. (aik? bunga pahar pun termasuk jugak ke ??)
GUEST
memandangkan jumlah tetamu tidak ramai, maka tiada masalah dalam hal ni dan doorgift ini disusun mengikut setiap kerusi yang ada... so, jumlah tetamu saya hanya 800 orang sahaja, maka 800 kotak sahaja yang diperlukan. hehehe. Corak doorgift pula diseragamkan dengan corak kad jemputan..
(i love my invitation card!! how bout u?)
ini kad jemputan saya... simple je kan?
Kotak - Hansprint Jakarta (murah je rm1.20/box)
Kotak Kaca - SSF (rm13.80/box) *murahkan?*
ribbon - DIY sambil dibantu oleh stepmom
isi - coklat patchi
p/s : untuk YPBNS & isteri, my mum kasi doorgift tambahan.. nak tahu apa? rahsia.. !! hehe
BUNGA PAHAR
untuk bunga pahar pula, kitorang still berpegang pada adat lama.. iaitu bunga telur. fully sponsored by my sis.. mekasihla ye... ikut theme colour, iaitu dusty pink... hehehe...
Bunga Pahar - Zura Creations
isi - telur
MAJLIS BERTANDANG
untuk majlis bertandang, kitorang tempah kat Kajang, Lovedheart. harganya pun sangat murah! kitorang grab offer ni masa pameran pengantin kat stadium shah alam dulu.. dan mix-mix kan dengan doorgift yang lain. hehehe. Jom tengok!
campuran doorgift
chocolate bar
kotak by Lovedheart, dan bunga pahar by ThankQ Nilai
chocolate rose by Lovedheart
Kotak besar - Lovedheart
Isi dia
For Men :
chocolate bar, bahulu, telur dan mix gula-gula
For Ladies :
chocolate roses, bahulu, telur dan mix gula-gula
yang uols nampak kotak songket tu, tu untuk kanak-kanak.. i purchased kat bandung.. kat sini harga mahal sikit berbanding sana. kat sana, 40 sen da boleh dapat... murahkan? dan bunga pahar pula, i beli kat ThankQ Nilai 3.. kalau nak tahu bila i beli? 4 hari sebelum majlis! hahaha.
and actually ada doorgift untuk maintable tapi, i lupa nak ambil gambar...hehehe...ampun buk!