Alhamdulillah, banyak important part yang dah disettlekan. Pasal make up artist, videographer and photographer memang tak perlu nak fikir dah. Tapi harap-harap takde apa-apa yang berlaku lah. Risau juga baca entry sesetengah Bride-To-Be yang mana mereka terpaksa berhadapan dengan karenah MUA yang last minute tak dapat datang. Hopefully, semua berjalan dengan lancar! AMIN!
Untuk wedding reception, I dah mampu menarik nafas lega sekarang. Tak perlu nak pening kepala untuk memikirkan tempat lagi. Kerana semua sudah dibooked oleh my MUM. Thanks mum! Sebab before this, macam-macam menda kami discuss, nak buat kat rumah la tu la ni la, and ending dengan buat di sini.SINI TU KAT MANA???
Allson Klana Resort, Seremban ... Thanks mummy! Actually ni hadiah perkahwinan yang amat bermakna dari seorang ibu. Yes, my mum is a single mother and i'm so thankful because dia susah payah memenuhi impian puteri bongsunya yang nak sangat buat kat hotel.. Terima kasih mummy!
Now, da boleh senyum lega. Tempat da booked, mua da ready, op & ov pon da takde hal. Sekarang, tengah pikir nak kasi apa sebagai wedding favors. Korang ada cadangan tak? Macam kat entry Tatie before this : Wedding Favors . Korang rasa which one paling sesuai nak kasi? hurmmmm....