SUNGAI PETANI INN KEDAH

By | 11/12/2013 01:14:00 am 7 comments
Pernahkan anda terfikir sebuah hotel bertaraf 3* mampu menyediakan facilities seperti 5 bintang dan harganya masih lagi berpatutan? Sungai Petani Inn (formerly known as AmanPura Hotel) adalah tempatnya. Hotel ini kini sedang dinaiktarafkan dan baru sahaja ditukar nama kepada Sungai Petani Inn.. Pelbagai kemudahan yang disediakan buat pelancong yang datang ke sini. Menarik bukan?

Hotel yang mempunyai 48 bilik superior, 58 deluxe room, 7 junior suite dan 1 vip suite ini sedia menanti sesiapa sahaja yang berkunjung ke Sungai Petani. Selain daripada itu, bagi bakal pengantin, anda boleh rebut peluang untuk mengadakan majlis perkahwinan kat sini. Yang pasti, harga yang ditawarkan cukup murah. I repeat, CUKUP MURAH jika dibandingkan dengan tempat lain. (sumpah jeles dengan orang SP sebab MURAH DAN SANGAT MURAH).

have been transformed several times

Lokasi :
427, Jalan Kolam Air, 
08000 Sungai Petani, Kedah.

Website : 
www.amanpurahotel.com.my

SP Inn description by Booking.com

peta ke SP Inn

kami suka SP Inn

sampai sampai je kami disambut dengan alunan muzik traditional

lobi yang luas dan bersih

reception counter

D' Santai Lounge


kat ground floor hotel ini juga terdapat kiosk-kiosk yang menjual produk negeri Kedah seperti cenderamata, produk LADA, kedai runcit dan lain-lain lagi. Jadi, pelancong tak perlu bimbang, datang ke hotel ni, semuanya lengkap.

produk LADA

kiosk cenderamata yang menjual produk negeri Kedah

Jangan tertipu. Ini bukan Limau Ais, tetapi air kelapa 
dan salah satu keistimewaan yang ada kat hotel ini. 
Wajib cuba jika ke sini.

Sebelum check in, terdapat sesi bersama media dan press conference terlebih dahulu mengenai penjenamaan semua hotel kepada nama 'SUNGAI PETANI INN'. Di samping itu, kami turut dijamu dengan jamuan ringan. "Air kelapa" adalah minuman wajib dicuba jika anda ke sini.


Pengurus Besar Sungai Petani Inn


badan pun dah penat, kini tiba masa untuk check in. 
yeay...!!





Masa trip tempoh hari, kami dibahagikan kepada satu bilik/2 orang dan I ditempatkan satu bilik dengan blogger Qaseh Dahlia. Hi Qaseh, nice to know you. =)

 Jenis bilik : deluxe

FREE WIFI
.....................................................

Keselesaan : 4/5
Kebersihan : 4/5

my roommate, Qaseh Dahlia 










pemandangan luar bilik

Secara keseluruhannya, I berpuas hati dengan keadaan bilik. Sesuailah dengan taraf hotel ini, akan tetapi mungkin boleh diubah suai dan dinaiktarafkan lagi. Kemudahan yang ada sudah setaraf dengan hotel 4 bintang, mungkin perabot dan lain-lain jika ditukar, Insyallah. 4 bintang tu sedia menanti. hehe.

Aroma coffee house

prayer room juga disediakan di hotel ini

pintu ke bangunan lama

p/s : bangunan lama menempatkan superior room

terdapat satu dewan besar, iaitu perdana ballroom dan selebihnya
dewan kecil yang boleh disewakan. harganya?? sangat berpatutan

p/s: pakej serendah rm15-rm22/pax

dewan perdana 

camwhore session 


mereka juga turut menyediakan heritage package (seperti gambar di atas), limousine service, golf arrangement, gymnasium dan lain-lain lagi.

Breakfast time :

Istimewa sangat sebab breakfast sebelah swimming pool. Ketenangan dapat dirasainya apabila anda berada di sini. Terdapat pelbagai variasi juadah yang disediakan buat para pengunjung.






memang bestlah menginap di SP Inn ni ... paling penting, staff kat sini sangat peramah. kita nak request apa pun senang. tak perlu nak bermasam muka seperti kat sesetengah hotel tu.

bersama pengurus besar SP Inn dan kakitangan-kakitangan hotel


1 night is not enough, I need more nights in here ... Insyallah, kita jumpa lagi di masa akan datang. harapan I semoga SP Inn  menjadi mercu tanda Sungai Petani di masa akan datang, sejajar dengan namanya SUNGAI PETANI Inn, membawa nama Sungai Petani ke pentas antarabangsa.

Terima kasih Santai Travel, SP Inn, MPSPK dan juga Tourism Malaysia. 

|| thanks for reaDing ||



Newer Post Older Post Home

7 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane