WELCOME TO THE WORLD AZZAHRA

By | 1/22/2013 07:27:00 pm 7 comments
dulu, masa baru-baru kawen... orang selalu tanya..."da ada isi belum?" "perut ni buncit, ada baby ke?" "bile lagi nak ada anak ni?" .. haihhhh..!!! semua pasal anak lah. sabar babe.. sabar... kan masa tu aku baru je kawen.. baru lagi menapak, mengorak langkah, sedang menstabilkan kehidupan rumahtangga. banyak benda nak kena belajar. masak, mengemas, bercucuk tanam dan menambahkan ilmu pengetahuan terhadap penjagaan anak dan rumahtangga. takkan laki nak makan kedai 24 jam? jadi nak tak nak, mestilah aku kena betulkan diri aku ni dulu untuk jadi isteri yang solehah..hehehe.  :)

sampailah, masa tu baru balik dari KK ke mana ntah... kakak aku yang seorang ni message.. "jangan mengandung lagi. i need your help to be babysitter for my kids"... ayoyoyo... *pitam*.. mujur cepat bagitahu. hahaha. so, i said, OK. no problem. lagipun, everytime dia pregnant and melahirkan anak, akulah jadi babysitter.. tapi time tu macam belum beli tiket apa lagi.. malas nak fikir.. busy with my new life.. ececece.. tuih! :p

then, masa akhir october baru aku fikir balik pasal ni.. okaylah. she's my sister. siapa lagi nak tolong.. betul tak? she needs me and mummy. *tapi that time, belum beli tiket lagi.. just confirm nak pergi disember tanpa tarikh yang tetap* hehehe... nak jadikan cerita, my sister in law message me and cakap, dia pergi UK 10 disember.. ada Petronas punya meeting.. aku jadi excited! yeay.. kami plan da lama, tapi setiap kali dia meeting kat london, confirm aku takde. so, kali ni kononnya nak make real lah. hahaha. tapi tetiba diorang tukar venue to dubai.. hampehhh!! tapi aku tetap pada plan asal.. 10 disember tapi beli tiket masa nak balik terengganu hujung bulan 11 hari tu. hahaha. 

now, dah sebulan lebih aku kat sini dan baby yang ditunggu-tunggu telah pun dilahirkan....alhamdulillah. hospital yang sama, kaedah yang sama dan ini yang paling last.

agak cuak sikit this time. sebab dah 4 kali kan kakak aku menjalani ceaserean.. pulak tu jarak tak jauh beza. masa  kakak aku masuk labour ward, aku yang nervous. dupdapdupdap..!! same date dengan anak kedua dia iaitu pada 15 januari lepas.. alhamdulillah. welcome to the world baby... please be good girl and i can't wait to teach you how to make up, dressing, shopping, facial and etc etc. hahahaha :p

genap seminggu
hari ni juga dia dah pandai senyum kalau kita panggil nama dia







masih mencari nama yang sesuai .. yang pasti bermula dari huruf A
arianna? atiqah? aisya? aleina? arshina? arisya?

:)


Newer Post Older Post Home

7 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane