24 August 2019

AKIBAT DEGIL, HARI KEEMPAT DI PADANG JADI TAK BEST

Island Hopping di Kepulauan Bungus 

Tak tahu nak update ke tak pasal hari keempat ni. Bila fikir balik, rasa sakit hati gila tapi at the same time tak nak korang mengalami perkara yang sama. Tapi itulah adat resam kalau main redah je tanpa google apa-apa. Lesson learned Tatie! 

Jujur aku cakap, kalau ikutkan hati nak patah balik ke Bukit Tinggi. I should spend more time dengan saudara mara kat sana rather than pergi Padang and end up jadi macam ni. Tapi degil kan? Pergi pun dalam keadaan rushing mendadak dari Payakumbuh straight ke Padang, inilah yang jadi. Haih.

Hari keempat jalan-jalan di kepulauan Padang

Ceritanya macam ni .. Sebab laki aku cuti panjang dalam 7-8 hari minggu tu, maka timbul lah macam-macam plan nak ke sana ke sini. And dia ni suka pergi pulau. Alang-alang aku cadangkan balik kampung aku, kalau boleh aku nak bawa dia pergi pulau sekali. Tapi supposedly kami ke Kepulauan Mandeh tapi end up sampai di Kepulauan Bungus. Aku pun tak pernah sampai Bungus ni, so memula macam excited nak explore. Tapi hampehhhh...

 Apa-apapun kita breakfast dulu - Mie Pecal Padang

Dah acapkali pulang ke Bukit Tinggi, belum pernah sekali pun aku jejak kaki ke Padang. Selalunya bila sampai di Bandara Minangkabau, samaada saudara ambil atau supir ambil. That's why this trip, aku rasa nak bermalam dua malam di Padang. Tapi lain pula jadinya bila redah macam tu je. Kat Padang ni kami depend pada Grab sebab hari keempat nak ke pulau and hari kelima nak balik dah ke Malaysia.

And pagi tu around 6.30am, kitorang dah bersiap nak ke island. Mula-mula ingat nak ambil pakej yang tempat penginapan tu sediakan. After dia bagitau total amount, rasa eh mahalnya. Macam tak berbaloi pula. Terus kami decide pergi jelah ke jeti Bungus dengan Grab. Mana tahu ada agent pulau kat sana. Main redah je kan? Nak google takut lambat.

Tunggu bot kecil datang ambil kami

Masa sampai kat jeti macam takde pape. Yang ada feri ke Mentawai Island. Tapi kalau nak ke Mentawai seeloknya tidur kat sana. Sebab banyak aktiviti boleh buat kat sana, tambah lagi lokasi dia agak jauh dari jeti. Halamak! Terus aku stuck. Nasib baiklah abang Grab bantu. Sambil aku google kat handphone agent yang buat tour ke pulau Padang, sambil dia tolong call sekali.

Agent pertama call tak dapat. Cari lagi kat Facebook kalau ada yang lain. Cari, cari, cari .. jumpalah satu agent ni dna dia suruh kami tunggu di satu tempat tak jauh dari jeti tu.

Boat Kecil 850 ribu rupiah untuk 2 pulau

Aku happylah kan sebab dah jumpa. Kalau tak still stuck kat jeti Bungus ni.Tapi agak mahal juga sebenarnya kos island hopping kat sini. Entahlah .. Nanti aku cerita kat bawah nanti kenapa aku rasa mahal. Kalau tak kerana janji-janji palsu agent tu.

Lepas minta diskaun semua dia kasi 850 ribu untuk satu boat, pergi dua pulau dan lain-lain lagi. Boat tu hanya ada aku dan laki aku. Kalau pergi more than minimum 7 people, seorang jatuh 180ribu rupiah .. dia katalah. Tapi sebab berdua dia kira terus jadi harga macam tu dan timing pula ikut suka hati. Takpe, kita tengok dulu lawa ke idok dua-dua pulau ni.

PULAU PAGANG | PAGANG ISLAND


First sekali ke Pulau Pagang. Pulau ni takdelah jauh mana dari tempat pelepasan kami tu. Tapi sebab boat kecik, maka perjalanan terasa lama sikit. Sampai-sampai je tengok tak sampai 10 tourists ada kat situ. Rasa macam pergi private island la pula. Haha.


Suasana pun macam sunyi je. Hanya beberapa orang je yang snorkeling kat sini. Tapi air dia jernih dan cantik. Ikan-ikan pun tak macam kat perairan Malaysia. Ada yang aku tak pernah nampak. If korang lucky nampaklah penyu. Kat laut Padang ni banyak penyu. Banyak sangat. Kalah Perhentian. Haha. Tapi tak sempat nak ambil gambar diorang dah lari. 


Tapi aku bengang betul dengan tour agent yang aku amek ni. Janji macam bulan dan bintang, tapi habuk pun takde. Yela, makanan kata Kalio Ayam, dapatnya dendeng berlado sebesar hidung dengan nasi yang alahai makan 4 suap dah habis. Air pula bagi sebotol air mineral. Bab makan aku tak kisah sangat actually. Tapi yang aku kisah .... alat snorkeling dia tak kasi (mujur bawa sendiri punya), pastu janji rakaman/gambar aktiviti pulau dia kasi dalam CD, banana boat di Pulau Pagang dan lain-lain lagi. Nan hado wei .. ishh geram!! Kalau takde cakapla dari awal. Ini tak masa nak bayar tu kemain lagi. Dalam facebook dia pun kemain dia tawar macam-macam dalam pakej tu.


Coral dia biasa-biasa je. Ikan je yang banyak, ada yang kecik dan ada yang besar. Lagi-lagi kalau berenang kat area jeti tu. Tapi kena hati-hati. Sebab ke depan sikit dah dalam air dia dan arus pula agak deras. Indian Ocean lah katakan.. Siapa tak reti berenang macam aku ni silalah pakai life jacket.


Padang ni sebenarnya terkenal di kalangan mat salleh. Majority yang datang sini untuk surfing, stay kat pulau, pergi Mentawai dan lain-lain lagi. Masa aku kat Pulau Pagang ni, aku dengan laki aku je orang Melayu. Tourist lain adalah mat salleh. 

PULAU PASUMPAHAN | PASUMPAHAN ISLAND

Pulau kedua kami pilih Pulau Pasumpahan. Untuk island hopping di Padang ni korang boleh pilih pulau mana korang nak pergi. Tapi semua dekat-dekat je. Tapi kalau boleh, korang pergi kepulauan Mandeh dari pergi ke Bungus ni. Or ada masa lebih pergilah Mentawai. Kat sana ada orang asli which is boleh belajar culture diorang, dan ada macam-macam lagi aktiviti kat sana.


Berbalik pada cerita Pasumpahan Island ni, kalau tengok gambar kat google, amboi cantiknya. Tapi bila datang, halamak .. ini je ke yang diorang kata best, wow, mantap? Cantik lagi Pulau Mantanani kat Sabah tu hah.

Pulau Pasumpahan ni dah terlampau komersial dan ramai gila orang lokal kat sini. Kata tukang bawa boat kami, diorang memang ada boat pergi ulang alik dari jeti. No wonder lah kemain ramai picnic dan ada juga rombongan sekolah camping kat sini.



Tapi yang tak bestnya, bila dah terlalu ramai ... sampah pun banyak kat sana sini. Lagi menyedihkan korang snorkeling dengan plastik sampah. Arghhhh!! Tetiba teringat aku 4-5 penyu yang kami jumpa. Camanalah nasib diorang kan? 😥 


Tapi kalau korang suka hiking, kat Pulau Pasumpahan ni bolehlah mendaki bukit dan menikmati panorama dari atas bukit. Yang ni jelah aku rasa berbaloi kalau datang sini. Selebihnya agak 'nay' sikit. Maybe aku expect too much or maybe melihat sampah sana sini terus jadi hambar dan malas nak snorkeling kat sini.


Sebab aku malas nak snorkeling, aku pun habiskan masa dengan main buai, hiking dan lepak-lepak je. Dan mandi tukar baju semua kat sini. Lepas mandi, aku tengok pakcik boat bawa 2 cawan air. Agaknya lepas aku maki agent tu, baru dia tunaikan satu lagi janji .. "Coffee and Tea Session at the island". Hmmm.


Tak tahulah nak happy ke idok hari keempat ni. Tapi sepanjang masa aku dok complaint je kat cousin-cousin aku kat Bukit Tinggi tu. Padan muka kan? Degil. Supir nasihat taknak dengar. Puas supir cakap stay ajelah kat kampung. Aku nak juga pergi Padang. Okaylah pengalaman sekali. Pasni kalau balik terus pulang ke kampung je. Haha.


Nasib baiklah pergi Padang dengan Husband. Sampai tengah malam dengan takde penginapan (90% hotel sold out) dan terpaksa duduk kat tempat entah hape-hape sebab dah takde pilihan dah, pepagi main redah pergi jeti pastu stuck and masa nak balik ke kota Padang pula takde teksi atau Grab sebab area Bungus susah gila nak dapat public transport ke Padang. What a bad day for us, luckily semua ni terjadi masa dengan dia. 



 ~ bersambung




______________________________________________________________

Bercuti di Padang Indonesia
Percutian ke Padang Indonesia
Wisata di Padang Indonesia

19 comments:

  1. Tapi kau mesti tak serik, kannn.. Hihi

    ReplyDelete
  2. nasib la view2 kat pulau tu cantik2 jgak..kalau tak mesti lagi frust kan
    .
    salam kenal dari blog cik renex. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah .. nasib baiklah view cantik. tapi kat pasumpahan tu macam tak puas hati sgt sebab banyak gila sampah

      Delete
  3. Patut buat aktiviti sendiri... tonggang penyu... he he he...

    ReplyDelete
  4. Dan bagus jugak zaman skrg ada Internet.. boleh google sebeum nak kemana2 untuk survey. In your case, mmg geram la kalau agent tu dah menjanjikan bintang & bulan. But its ok, pengalaman mengajar erti kehidupan.. cewahhhh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. tapi kat sana kena roamingla kalau nak google bagai, sebab simkad diorang tak bagi orang luar beli ... local pula ada limit satu family 3 orang je boleh ..

      Delete
  5. ni jenis macam aku travel dengan ady je ni..suka aci redah aje...tapi biasanya kitorang make sure stay dah setel...lepas tu kat sana baru la redah cari supir ke sana ke mari..ahahhaha

    ReplyDelete
  6. Mana rumah anehnya Tie? Aku rasa lepas ni mesti ko pergi lagi kan hahahaha

    ReplyDelete
  7. Bahaya betul tu main redah2 je. nasib ada cik abang.

    ReplyDelete
  8. cantik view pulau2 tu...dulu pergi Bukit Tinggi, tk jalan2 area Padang..huhu..

    ReplyDelete
  9. Mujur masa holiday ada suami di sisi tatie...mmg kadang2 baca tour agent kt mana2 media sosial janji tu kemainnn sgt, kami pun kalau tour sendiri suka cari agent on the spot...kdg2 tu lah kalau kena nasib baik agent bagus sgt...yg tak bagus tu rasa aduiii ...yg penting air biru laut Padang lawa.

    ReplyDelete
  10. aduhai... heheheh tp itulah org kata degil kan, cumanya ini jadi pengajaran buat kita, lain kali kita beringat...

    tp tgk en hubby happy je kt semua gambar tu hheheh

    ReplyDelete
  11. Tapi kan Tatie, kalau takde insiden macam ni macam tak lengkap plak percutian..akak selalunya mcm ni ikut kepala..hahaha....tapi pemandangan kat sini cantik banget..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah rezeki tu melawat ke tempat cantik dah menarik. kena banyak bersabar jugak lah kan bila jadi menda yg tak dijangka camtu :(

    ReplyDelete
  13. Waah tempatnya bagus, keren. Thanks for share..

    ReplyDelete
  14. Itu yang tak seronoknya bila agent tu tak kotakan apa yang dikatakan. Tak apa, lepas ni, dah tahulah tak payah guna agent tu lagi.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)