3 December 2018

BERCUTI DI PULAU BELITUNG INDONESIA (DAY 1)

PERCUTIAN DI PULAU BELITUNG INDONESIA | Bermulalah perjalanan aku ke Pulau Belitung Indonesia bersama MTN Getaways selaku penaja trip 4 hari 3 malam ini. "Ishhh, tak sabarnya nak sampai Belitung,"- bebel aku pada H sepanjang perjalanan ke KLIA.

Aku pilih untuk naik kapal terbang dari KLIA ke Changi Airport. Sekurang-kurangnya aku boleh sarapan pagi terlebih dahulu sebelum bertolak ke Kota Singa. Lagipun, kami kena berkumpul di Terminal 3, Changi Airport pada jam 3 petang. Dan kalau naik kapal terbang dari KLIA, perjalanan ambil masa lebih kurang 50 minit je untuk sampai ke Changi Airport berbanding naik bas. 

 Boarding Time
Nak Pindah Terus Ke Tu?

Kalau korang naik Airasia atau MAS, diorang akan mendarat di Terminal lain. Kenalah menapak sikit untuk sampai ke Terminal 3 Changi Airport. Aku bernasib baik MAS mendarat di Terminal 2 Changi Airport. Jadi takdelah jauh mana nak jalan kaki tu. Manakala Airasia pula tak silap aku mendarat di Terminal 4 Changi Airport. 

Kumpulan Aku 

Seramai 30 orang yang join trip kali ni. Bertambahlah kenalan baru. Nasib semua sporting-sporting. Takdelah aku rasa kekok and awkward sangat. Hehehe. 

From terminal - bus - aeroplane

Pesawat  Garuda Indonesia ni terbang dari Singapore ke Tanjung Pandan 4 kali seminggu iaitu hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad pada jam 5.30 petang (hari biasa) dan 5.50 petang (hari Ahad). 


Tak banyak aktiviti pun sepanjang hari pertama ni memandangkan kami sampai time senja. Tup tap, tup tap, hari pun dah gelap masa turun kapal. Sesiapa yang tak pernah sampai Indonesia, kat sini gelap cepat tau. Jangan terkejut kalau tengok jam 7.30 petang tu dah gelap gelita. Haha.

Keluar-keluar je pintu airport, dah ada 4 orang menunggu sambil pegang nama ketua kumpulan. Ikut sahaja nama ketua kumpulan masing-masing. Luggage pula mereka ambil dan terus hantar ke hotel. Tak payah pening-pening dan heret luggage ke hulu ke hilir. Lagi-lagi luggage hijau yang paling besar tu. Luggage sape eh? Ops!

Tour Guide Kami Yang Paling Kanan Tu

Tempat pertama yang kami pergi adalah Resto Wan Bie Pulau Belitung untuk makan malam. Restoran ni HALAL dari Majelis Ulama Indonesia. Satu je aku pesan kat korang, kalau korang datang Indonesia, jangan ingat semua restoran HALAL walaupun diorang kata halal. Kalau korang tanya halal ke tak, of course diorang kata HALAL. Tapi ada juga yang tidak jujur. Jadi, nak selamat, pastikan restoran itu ada sijil halal dari Majelis Ulama Indonesia. Please, jangan pandang enteng soal halal dan haram kerana ia jadi darah daging kita.


Kalau korang nak try makanan-makanan ruji masyarakat di Pulau Belitung ni, di Resto Wan Bie lah tempatnya. Kat sini diorang hidangkan secara 'Makan Bedulang'. Lebih kurang macam zaman kita dulu-dulu, cuma diorang alas dengan kain dan hidangkan menu mengikut citarasa mereka.

 Aku sebenarnya nak tunjuk ikan bilis, tapi dah macam 'love' Korea pula

Kata tourist guide kami,  masyarakat di Pulau Belitung ni jarang makan ayam dan daging. Makanan diorang kepada seafood especially ikan. Yelah, orang pulau lah katakan. Eh, eh .. dah macam Terengganulah pula. Ni kalau bawa H memang takde masalah. Sebab dia hantu ikan. Haha.


Antara lauk yang mereka hidangkan untuk kami malam itu adalah bilis goreng, oseng kacang panjang dengan kentang, lalapan, sambal serai, ayam ketumbar, ikan pindang, satay ikan kukus dan nasi. Minuman pula Teh Hangat atau lebih famous sebagai Teh Tawar. Aku ni kalau tak memilih ikan, dah lama aku bedal lauk kat meja aku. Tapi apakan daya, aku kurang gemar makan ikan. 

 Lupa pulak nak tanya apa ni
 Satay Ikan Goreng Pulau Belitung

Bagi aku, so-so je makanan di kedai ni. Tak menepati sangat selera aku. Dari 5 bintang aku bagi 2.5 je. Tapi ayam ketumbar kat Resto Wan Bie ni memang best. Memang licin habis termasuk kuah-kuahnya sekali. And satay ikan dia tu tak macam satar ya. Dia lebih sedap. Haha. Okay tu je yang aku suka. Selebihnya dihabiskan oleh Sis Lin dan lain-lain.

 Beginilah Cara Mereka Hidangkan Juadah "Makan Bedulang".
 Harga-harga ... Boleh order yang lain juga

And now, tibalah masa untuk check in. Allahuakbar, penat sungguhlah hari ni walaupun takde buat apa sangat. Mungkin dok menapak kat Changi Airport tadilah kot. Isk!

Oh, anyway ... tempat penginapan kami adalah di Green Tropical Village (GTV) yang terletak tak berapa jauh dari bandar Tanjung Pandan. Resort ni dah lama bertapak di Pulau Belitung ni. Kalau tak silap dalam 5 tahun kot. Aku dah lupa. Hahaha. Ampun!

 Room Sweet Room


 Okaylah ... nanti kita bersambung di entry Hari Kedua di Pulau Belitung, Indonesia. Tata.

~ Bersambung

Percutian ke Pulau Belitung
Pengalaman Bercuti di Pulau Belitung
Apa Yang Best Di Pulau Belitung
Blog Percutian di Pulau Belitung
Lokasi Pulau Belitung



3 comments:

  1. Last kita jumpa tahun 2016, dan 2018 kita jumpa balik sama-sama pergi trip.
    Next time ada rezeki nak pergi trip lagi dengan ko la Tie..
    Tiberr rindu plak kita kat awak :)

    ReplyDelete
  2. Selalu mendengar cerita dan nama Pulau Belitung ni tapi belum sempat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah .. sekarang airasia tengah buat promo ke pulau belitung kan sempena pembukaan route baru ...

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)