15 November 2018

MY ROOM IN SUPERSTAR GEMINI

Dulu masa naik Superstar Libra, aku banyak spend time kat luar, tapi kali ni ..... Oooohhhh-EMMM-Geeeee .. AKU TEWAS DENGAN GODAAN BILIK sampaikan aku rasa pelayaran 4 hari 3 malam tu terlalu singkat. Kejap betul masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai Pelabuhan Klang balik.

Nampak je macam hampir sama level dengan laut tapi jauh lagi.. haha

Dalam banyak-banyak benda kat Superstar Gemini ni, bilik yang aku stay ni lah paling aku rindu!! Aku sanggup stay seharian dalam bilik sambil menikmati view laut. Memang best dan seronok hokeyyy!! Memang layan tengok view laut dari tingkap bilik. 😍

Superstar Gemini Access Card 

Lokasi bilik aku adalah di Deck 5. And aku memang recommend korang pilih deck 5 atau deck 6. Lebih privasi dan lokasi dia pun tengah-tengah tingkap kapal. (Superstar Gemini ada 12 Deck). And silalah pilih bilik yang sama jenis dengan aku supaya percutian korang lebih awesome dengan pemandangan yang sangat WOW.

By the way, kad ni bukan sekadar kad bilik. Kalau nak beli apa-apa dalam kapal, kena guna kad ni and nanti hari terakhir korang kena bayar kat kaunter reception di tingkat 7. Sila bawa kad ini kemana-mana jua anda pergi dan jangan sesekali hilangkan.

Deck 5

Masa first day tu, aku memang tewas pada godaan bilik. Mana taknya, ingat nak pergi ambil gambar la apa la malam tu, tapi menjelang jam 9pm, dah tertidur kat katil. Haha. Katil dia pun boleh tahan kawww dia punya level selesa. Sumpah tak tipu.

So kali ni, aku dapat bilik jenis OCEANVIEW STATEROOM WITH WINDOW. Harga around RM899 - RM1949 per person based on twin-sharing (depend pada pakej, day and season).

 Oceanview Stateroom With Window
 I miss my room so much
Voucher dan Star Navigator

Mengenai wifi pula, semua bilik dilengkap wifi. Tetapi kena beli dan satu password untuk satu gadget sahaja. Nak jimat korang beli masa kat Phuket je. Sebab kalau kat perairan Malaysia, sometimes still dapat line phone lagi. Tapi tak mahal pun kalau korang nak beli wifi.

View from My Room
Free Mineral Water 

Dari segi keluasan bilik pula, for me .. takdelah sempit sangat oceanview stateroom with window ni. Luas juga dan selesa. Bolehlah kalau nak muat 3 orang dewasa or mungkin 2 dewasa 2 kanak-kanak. And toilet dia agak kecik sikit tapi selesa.

Toilet Amenities & Towels

Maafkan ku kerana gambar berbelang-belang 💆


 Dilengkap dengan air panas (water heater) dan hair dryer.

Harga-harga bilik Superstar Gemini

AND SERIOUSLY AKU TAK BOLEH MOVE ON

Semoga aku ada rezeki untuk naik Superstar Gemini ni lagi atau kapal Genting Dream. And aku pun doakan korang cepat-cepat naik Superstar Gemini ni dan terokai pengalaman yang menyeronokkan ni. Kalau tak silap, Superstar Gemini ni sampai bulan 5 tahun 2019 je kemudian dia akan berlayar ke tempat lain. Cepat .. cepat .. jangan .. lambat-lambat!!


T A K N A K B A L I K P L E A S E


4 comments:

  1. Wishlist..one day nak juga bercuti atas kapal ni..
    Update lagi Tatie, nak info lagi..TQ

    ReplyDelete
  2. lepas ni aku nak naik dream cruise pula
    memang selesa katil dia sampai i tertidur tak notice kapal dah berlayar from jeti
    tapi shower dia i tak tau control suhu dia LOL

    ReplyDelete
  3. Sis update tentang makanan dalam cruise pulak sis ��

    ReplyDelete
  4. HI DEAR TOUR DAY DI PHUKET BOLEH SHARE X??

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)