Tahun lepas ketika Pantai Timur dilanda bah, aku cuak dan risau. Bolehkah mereka ni survive ketika air sungai Tembeling ni mencapai ke paras merbahaya? Itulah soalan aku ketika sampai di Taman Negara Pahang baru-baru ni.
Namun selepas mendengar jawapan dari 'orang local', aku jadi lega.
Anak orang asli
Memang tidak dapat dinafikan mereka ni mempunyai nilai survival yang sangat tinggi. Kalau akulah kan ... kalau korang tinggalkan di tengah-tengah hutan seorang diri mahu menangis berbaldi-baldi. Wei, takut!!! Aku tak secekal mereka. T_T
Wanita orang asli bersama 2 orang anaknya mandi sungai
Berkunjung ke Perkampungan orang Asli suku Batek adalah antara agenda yang terdapat di trip aku baru-baru ni. Seingat aku dulu masa course trip zaman UiTM, perkampungan mereka di terletak di tempat lain. Hurmmm...
Rupa-rupanya mereka ni telah berpindah sejak banjir besar tahun lepas. Well itulah antara bukti mereka ni cekal, bijak dan kuat,. Kehidupan mereka sering berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Tiada tempat tetap!
Perkampungan orang asli Batek ni adalah antara tarikan di Taman Negara Pahang. Kata guide kami, sebenarnya banyak lagi orang asli di tengah hutan. Tapi kebanyakan mereka suka buat hal sendiri dan taknak bercampur dengan masyarakat luar even sesama orang asli.
Sampai-sampai je sini kami disambut oleh Tok Batin. Jangan tak tahu mereka masih mengamalkan adat mereka okay! So, inilah peluang keemasan untuk melihat sendiri gaya hidup mereka yang sangat unik dan pure. Seterusnya, kami diajar untuk menyumpit dan menghidupkan api.
Orang asli Batek di Pahang kebanyakan berkulit gelap dan berambut kerinting. Walaupun berkulit gelap, bila mereka senyum manis je muka. Hehe.
Antara gaya hidup yang masih dipraktikkan suku kaum Batek ni seperti memburu binatang, sexual lifestyle dan dengar cerita mereka ni susah gila nak berenggang dengan anak. Disebabkan itu, mereka enggan menghantar anak ke sekolah. Kalau boleh setiap masa, setiap saaat anak tu berada di depan mata mereka.
Oleh sebab itu ramailah orang luar jadi volunteer sebagi cikgu dan datang ke sini untuk mengajar orang asli di Pahang ini. Yang mana datang in group bolehlah buat CSR (corporate social responsibility). Mengajar mereka secara berkumpulan.
Aku perhatikan mereka ni sebenarnya minat nak belajar. Semua bagi tumpuan. Tiada seorang pun berborak di belakang. Pelajar yang baik!
Pesanan aku simple, kalau nak ambil gambar mereka, mintalah kebenaran. Respect privacy mereka sebagaimana mereka respect kita. Heeee :)
__________________________________________________________
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)