15 April 2016

TOUR SOUTH KOREA DENGAN BAS YANG SANGAT COOL !!

Satu-satunya benda yang aku tak boleh move on dari trip ke South Korea baru-baru ni adalah bas. Bas yang kitorang naik terlalu ohsem sehinggakan setiap kali Nisa Kay naik pasti tertidur. (Maaf Nisa aku terlalu jujur. Haha.)

Nampak dari luar seperti bas biasa-biasa je. I don't expect more than that. Biasalah kalau join famtrip mesti naik bas persiaran persis public transport tu. Tapi masuk je bas, mata terus terpana. Wow, marvellousnya ...!!

Rasa macam buat tour konsert K-pop jelajah Gyeongbuk pula. Hahaha.


Selama 6 hari menjelajah bumi Korea, memang aku berpuas hati dengan bas ni. Sangat selesa. Nak pula aku conquer kerusi belakang. So, everytime naik bas je mesti terlentang. Haha.

Tour guide kami, Mr Spencer

Perjalanan kami bukannya mengambil masa sejam dua, tapi kalau totalkan semua mahu berpuluh-puluh jam. Terima kasih Korea Tourism Organization kerana menyediakan bas yang sangat-sangat selesa. Ini first time aku naik bas sedemikian rupa. I'm so happy.

Mana taknya, selalu tengok artis je naik bas macam ni. Now, bila turn sendiri terus tak terkata. 

Bas kami dilengkapi dengan lampu ala-ala disko .. Heee
Tempat penyejuk air
Ruang Belakang (kat belakang kerusi aku duduk tu pun ada ruang tidur)
Karaoke time

Korang tengok dalam gambar je tau. Kalau real lagi super duper teruja. Sampai sekarang aku tak boleh move on. Nak naik lagi ..!!!


Lampu disko tu bukannya selalu. Tapi kalau karaoke dia berkedip-kedipla. Kalau taknak, nak maintain je cenggitu pun boleh. 

Yang karaoke pulak tak terhad pada lagu Korea. Lagi Inggeris pun ada. Request je. Yang paling aktif menyanyi Nisa dan Asyila la. Diorang yang banyak conquer microphone. Tapi okaylah, penghibur kami sepanjang perjalanan menjejalah Gyeongbuk Province. 



4 comments:

  1. OMG! Meriah gila bus uols. Kalau macam ni, confirm hilang rasa penattt!

    ReplyDelete
  2. Boleh tanya kejap, berapa harga naik bus ni? Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah cik. Gambar-gambar pun menarik, tour ni lagi lah menarik. Siapa dengan bas yang unik. Kalau macam ni pergi melancong memang tak ingat dunia.. huhu..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)