18 January 2016

GAMBAR-GAMBAR DI MAKKAH ... RINDUNYA!

RINDU. RINDUUUUUUU SANGAT!!!

Macam tak percaya sebulan dah berlalu. Rindu sangat kat Kota Suci ni. Rasa macam nak turn back. Nak pergi lagi. Tapi apa boleh buat. Now, diorang dah perketatkan peraturan mahram. Hari tu pun ramai dari negara luar tak lepas masuk sebab tiada mahram.

Dan kalau korang ke Saudi pun, kat visa ada tulis nama mahram yang sah yang akan ikut ke sana. Ketatkan peraturan diorang? Jadi lelaki sangat beruntung. *tetiba*.

Okaylah, i know ada yang rindu Mekah seperti aku. So jom kita lepaskan kerinduan dengan tengok gambar-gambar kat bawah ni.

Dari kamera Go Pro

 Ramai dan sentiasa ramai
 Di tingkat paling atas Mataf semasa pembersihan
 Jabal Thur. Ingat lagi peristiwa labah-labah?
 Jabal Rahmah. Saya nasihatkan pakai proper shoes kalau boleh.
 Suasana di atas Jabal Rahmah
 Beli beli ..  Jangan lupa minta tawar
 Jabal Rahmah
 Masjid Jaaranah
 Suasana di luar Masjidil Haram selepas solat Subuh
 Suasana semasa solat Jumaat .. Ramaikan? Ramai hujung sana... 
 Suasana di luar Masjidilharam waktu biasa
 Perkarangan luar (kitorang panggil dataran)
 Clock tower. Yang belah kiri tu hotel kitorang, Al-Safwah Royale Orchid

Dari kamera Panasonic Lumix

 18 orang ahli keluarga (adik beradik, ipar & anak buah) .. So sad Encik H tak join
 Sampai di airport Jeddah. Musim Haji ramai ni
 Tempat tunggu bas untuk ke hotel di Mekah
 Di luar tempat solat Masjid Tana'im
 Masjid Tana'im
 Jangan lupa niat bagi mereka nak buat umrah sunat
 Sesi bersihkan Kaabah
 Bagi kurang upaya atau tidak sihat boleh naik buggy untuk buat saie (tingkat atas)
 Buggy untuk saie (drive sendiri) 50 riyal/seorang
 Gambar lagi dekat untuk Jabal Rahmah
 Souvenir ...
 Kota Mekah pada hari Jumaat.. Wanita duduk dalam bilik semasa solat Jumaat
 Gerai Tasbih di luar Masjid Hudaibiah
 Menara Masjid Hudaibiah 
Dalam Masjidilharam

Untuk mereka yang nak kerjakan umrah.... 
- Jangan takut kalau anda tak sempat mempersiapkan diri. Jangan takut kalau anda tak hafal doa. Jangan takut kalau anda tidak pandai baca jawi. Semasa tawaf dan saie, anda boleh bawa buku dan baca dalam rumi. Insyallah, kalau kita dah niat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh , semuanya dipermudahkan. Kalau tak hafal rukun takpe, just follow mutawif untuk umrah pertama (umrah wajib).
- Kat sini anda perlu kejar masa. Tak boleh lewat! Untuk masuk Masjidilharam perlu awal, kerana gate akan ditutup 20-25 minit sebelum masuk waktu. Kalau tak, solatlah di luar. (dataran)
- Sila pakai kasut tawaf kerana lantai sejuk. (musim winter)
- Sentiasa berhati-hati dengan barang kepunyaan anda 
- Untuk air zam-zam saya sarankan ambil waktu tidak puncak. Kalau ambil selepas solat, memang akan berhimpit-himpit dan berebut-rebut dengan jemaah lain.
- Sentiasa SABAR dengan karenah jemaah lain
- Waktu di sini kalau winter agak rapat. Zuhur-Asar-Maghrib-Isyak. Bagi yang duduk jauh, rasanya elokla duduk sahaja di kawasan sekitar sini. Masa boleh diisi dengan buat tawaf sunat.
- Sentiasa berfikiran positif. Ingat, kata-kata itu satu doa! Jangan terlepas cakap atau pun cakap besar, atau pun rasa benda yang negatif.
- Berusahalah untuk solat/doa di Hijir Ismail, Multazam, Hajaratul Aswad, makam Nabi Ibrahim dan Pancur Emas.
- Berdoalah supaya hilang rasa lapar semasa di sana, diberikan rasa kusyuk dan dipermudahkan segala urusan. Insyallah.
- Berdoalah supaya tidak rasa mengantuk dan diberi tenaga yang lebih. Insyallah.
- Berdoalah supaya hati tak terlekat untuk shopping. (Alhamdulillah hilang terus rasa nak shopping kat sana.. cuma last day baru teringat souvenir untuk mummy n mertua).
- BAGI JEMAAH WANITA, jangan lupa amalkan doa tahan haid dan ambil pil tahan haid. Pil ni boleh dapat di klinik di Malaysia. Katakan saja, nak ubat tahan haid untuk umrah/haji.
- Semasa tawaf, saya selesa memakai telekung .. untuk jaga wuduk. 
- Saya galakkan anda mengambil wuduk terus dari hotel.
- Bukan takde tempat wuduk, tapi terbuka. Sometimes, orang arab lelaki main masuk je dan selamba mengambil wuduk di tempat wanita.
- Kalau nak menderma, boleh dermakan Al-Quran (wajib beli di Mekah dan ada cop kerajaan Saudi) atau derma duit kepada peminta sedekah. Boleh juga derma makanan atau duit kepada pekerja-pekerja di Masjidilharam.
- D'saji Malaysia di Safwah Tower. Bawah hotel kitorang.
- Di tingkat atas mall dalam tower, ada Al-Bait. Food court yang murah.
- Kurma? Beli di Madinah.
- Untuk sejadah dan jubah, di Mekah lagi murah.
- Sentiasa bantu membantu di sini. Insyallah jika anda dalam kesusahan, pasti ada yang membantu anda balik. Percayalah.
- Untuk jemaah wanita, sekiranya nampak terlalu ramai di Hajaratulaswad, janganlah terus ke sana. Sebaiknya tunggu dah redha sikit. Risau baju tertarik dan nampak aurat. Seboleh-bolehnya jagalah aurat dan wuduk di kawasan Kaabah. Senang cerita, berdoalah bebanyak dan solat hajat semoga ada rezeki untuk cium Hajaratulaswad. Insyallah dipermudahkan.

Semoga dipermudahkan urusan kalian. 

17 January 2016

PAKEJ UMRAH RAYHAR ...

Assalamualaikum.

Sebulan rasanya tak hapdet blog. Actually bila mood jalan tengah menebal ni rasa malas nak buka laptop. Hahaha. Ops!! 

Tapi taknaklah gitu kan? 

Syukur, ibadah Umrah bulan lepas berjalan dengan lancar and i'm so happy. Benarlah kata orang, setenang-tenang tempat, paling tenang kat Mekah. Kat sana takde langsung rasa takut nak keluar seorang and rasa selamat je sepanjang masa. Suasana kat sana pun berbeza dari negara-negara yang pernah aku pergi sebelum ni.

Berbalik pada umrah, seperti yang korang tahu, aku amek pakej Umrah dari Rayhar. Bulan November-Disember memang peak time kat sana. Nak pula sekarang cuaca sejuk, memang ramailah umat Islam dari pelosok dunia datang berkunjung ke tanah suci.

Harga Pakej Rayhar untuk 11 hari / 9 malam ...


Aku pilih menetap di Hotel Al-Safwah Royale Orchid untuk di Mekah dan Hotel Dallah Taibah di Madinah. So, seorang bayar RM 8150 untuk bilik share 4 orang. Untuk di Mekah diorang hanya menyediakan sarapan pagi sahaja dan di Madinah diorang sediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Sebenarnya aku rasa mahal juga compare dengan pakej agensi lain. 

Tapi aku follow leader yang merangkap abang sendiri. Ini tak termasuk tiket ke London. Sebab RM8150 tu termasuk tiket balik Malaysia tapi burn sebab kitorang beli tiket ke London lepas tu. 

Okay, okay memang blur.. Sebab gambar bersaiz kecil.

Hari Pertama 14/12/2015
0700 am
Berkumpul di KLIA. Tapi kalau korang datang 830 am pun aku rasa takpe sebab flight 10am. Aku tengok ramai je datang lewat. 
1000 am
Berlepas ke Jeddah dengan berpakaian Ihram. Kitorang tak niat ihram lagi masa ni. Just berpakaian ihram sahaja. Sebelum tu ada taklimat ringkas dan penyerahan passport.
1500 pm
Sampai di Jeddah. Seperti yang telah diberitahu masa kursus umrah tentang perangai immigration kat sini, kitorang pun pasrah sahaja. Anggap sahaja seperti ujian. Kitorang bernasib baik hanya 3 jam sahaja kat sini. Sehari selepas kitorang dengar cerita 8 jam menunggu. 
(note : airport Jeddah menggunakan tangga untuk turun flight)
1930 pm 
Selesai semua, berkumpul di bas  Rayhar mengikut nama hotel dan gerak ke Mekah.
1030 pm
Tiba di Mekah Al-Mukarramah dan letak beg kemudian mengikut Mutawif mengerjakan umrah wajib. Untuk first timer, disarankan ikut Mutawif.

Hari Kedua 15/12/2015
Aktiviti Bebas

Hari Ketiga 16/12/2015
Umrah kedua. Berniat di Masjid Tana'im (masjid paling hampir dengan Kota Mekah). Umrah kedua ni sunat dan buat secara individual. Cuma ke Masjid Tana'im tu pergi beramai-ramai menaiki bas yang disediakan kemudian tiba di Mekah buat aktiviti sendiri.

Hari Keempat 17/12/2015
Ziarah Luar Mekah seperti Jabal Rahmah, Jabal Thur dan masjid Jaaranah. Kat masjid ni boleh berniat ihram. Selain tu, kitorang lalu kawasan haji seperti Arafah, Muzdalifah dan Mina. Acara ziarah selesai tengahari.

Hari Kelima 18/12/2015
Aktiviti Bebas

Hari Keenam 19/12/2015
Berniat di Masjid Hudaibiah. Kat luar masjid ni ada jual-jual barang seperti Masjid Tana'im. Kat sini juga dulu ada ladang unta, tapi kata Rayhar dah ditutup. Tapi tengok agensi lain, pergi je. Aku rasa ikut agensi masing-masing.

Hari Ketujuh 20/12/2015
Pagi-pagi lagi dah letak segala luggage di luar bilik. Nanti diorang akan letak terus dalam bas. Kemudian selesai solat Subuh, breakfast dan buat Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal). Selepas buat Tawaf Wada' ni, korang dah tak boleh fikir apa dah, tak boleh nak shopping ke apa ke.. TAK BOLEH. Kena tunggu bas dan terus meninggalkan Mekah.

Hari Kelapan 21/12/2015
Ziarah Raudhah (Maqam Rasullah) dan berdoa di luar perkuburan Baqi. Kami dibahagikan mengikut kumpulan. Bagi warga emas, kurang upaya dan mempunyai anak kecil, diorang ada kelebihan dari segi menunggu turn.  Ziarah Raudhah habis dalam tengahari kemudian aktiviti bebas.
** Untuk solat dan masuk Raudhah, korang perlu beratur negara masing-masing contoh Malaysia, ikut turn Malaysia.

Hari Kesembilan 22/12/2015
Ziarah Luar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain (hanya lalu), kedai kurma. 
Sepatutnya dalam itinerary ada ziarah ke Medah Peperangan Khandaq dan Ladang Kurma tapi tak tahu kenapa kitorang tak pergi. 

Hari Kesepuluh 23/12/2015
Berangkat ke London dan jemaah Rayhar pulang ke Malaysia.

Itulah itinerary kami. Kebanyakan aktiviti bebas. Kalau acara ziarah pula kebanyakan habis tengahari.  Next, aku nak cuba agensi lain jika ada peluang untuk ke sana lagi.

Harap ni dapat dijadikan rujukan korang. Insyallah. Pergilah, tak rugi duit untuk dilaburkan ke sana. Takde sesen pun rugi. Insyallah.