16 December 2015

SENARAI DOKUMEN UMRAH YANG DIPERLUKAN (LATEST)

Assalamualaikum ..

Mesti ada yang tertanya-tanya dokumen apakah yang perlu ada untuk apply visa Umrah? Saban tahun, kerajaan Arab Saudi mengetatkan syarat-syarat untuk ke sana.

Untuk wanita, pertama sekali sebelum korang membuat keputusan untuk ke sana, korang haruslah mempunyai mahram yang sah jika anda berumur bawah 45 tahun. Ini sangat penting!!

Dokumen-dokumen yang perlu ada untuk apply visa Umrah :

1) Passport
Passport yang masih sah tempoh (6) bulan dari tarikh berlepas ke tanah suci dan mempunyai 3 mukasurat kosong.  Passport ini hendaklah diserahkan kepada agent yang bertanggungjawab membawa korang ke sana at least 2-3 minggu sebelum pergi. Agent akan pegang passport ini sehingga hari berlepas.

2) Gambar Visa
4 keping gambar saiz 6x4 cm, berlatarkan putih dan untuk wanita hendaklah bertudung hitam dan lelaki hendaklah mengambil gambar tanpa songkok atau kopiah.

3) Buku Rawatan Kesihatan
Untuk dapat buku ini, korang haruslah ke klinik berhampiran dan mengambil suntikan vaksin ACYW-135. Ini wajib. Harga untuk seorang RM130 (mungkin lebih) dan tahan selama 4 tahun. So, kalau pergi lagi sekali tahun hadapan, dah tak perlu dah nak ambil vaksin.

4) Salinan Sijil Nikah
2 Salinan sijil nikah yang harus di cop (cop pengesahan) oleh Pejabat Agama Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk. Macam aku hari tu, bagi 2 salinan sijil nikah dan 1 yang ori. Salinan tu lah yang kena cop tau. Jangan lupa.

5) Salinan Sijil Lahir 
2 Salinan yang dicop oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

6) Surat Akuan Mahram
Pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam. Haa, ini paling penting antara semua khususnya untuk WANITA. Masa aku hari tu, Encik H pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah dan minta cop pengesahan.

Then bila dah dapat belum settle lagi. Sekiranya suami tak pergi, korang haruslah ada mahram yang sah macam aku cakap tadi. So, aku bermahramkan abang kandung. Next adalah salinan sijil lahir abang aku. Kalau korang pergi bermahramkan adik, maka bagilah salinan sijil lahirnya.

Bagi janda atau kematian suami, korang wajib lampirkan sijil mati dan cerai. Kalau bapa meninggal atau cerai dengan mak pun, wajib sertakan sekali sijil mati/cerai arwah bapa tu. Ini untuk yang bujang.

7) Borang Tempahan Pendaftaran Umrah
Lengkapkan borang tempahan umrah mengikut agent korang tu dan submit kepada mereka.

Ha, settle ketujuh-tujuh? Maka berdoalah agar semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)