10 December 2015

GIRLS TRIP KE HOTEL CORUS PORT DICKSON

Weehhhoooooo.. Halluuu..

Hari ni aku nak cerita pengalaman menginap di Hotel Corus Port Dickson. Macam first time pula aku stay situ kan? Haha. Well, first timelah dengan rakan-rakan. Kalau tak dulu, ke sini pasti menginap di rumah arwah pakcik sedara. (dia beli seunit kat sini).

Memandangkan H busy dengan fly, so aku decide untuk spend masa dengan rakan-rakan. Takdelah kebosanan kat rumah kan? Hewhew.

Hello Port Dickson

Percutian 3 hari 2 malam di Hotel Corus Port Dickson tu memberi kenangan manis kat aku. Mana taknya, i'm so happy sebab dapat spend time dengan kawan-kawan yang gila. Haha.

HOTEL CORUS PORT DICKSON

Hotel ni bukan hotel baru. Dari zaman uncle-uncle dan arwah abah masih hidup lagi. Tapi masih menjadi pilihan sesetengah orang untuk datang bercuti kat sini. Lokasi kat Batu 3 Port Dickson, haaa... korang mesti nampaklah hotel ni dari jauh. Sebab ada perkataan CORUS kat atas bangunan ni. Hehehehehehe.


Masuk-masuk bilik dah tersedia cantik. Siap ada pewangi lagi. Tak seperti hotel lain yang dah lama. Hotel ni masih menjaga kemudahan yang terdapat kat sini bagi keselesaan pengunjung.


Toilet pun okay. Semualah okay. Ada FREE WIFI tau. Oh ya, kesian orang sebelah kitorang. Bila 3 orang bergabung, sampai 3 pagi pun masih berhuha huha bergelak ketawa. Hahaha. I really miss this moment. Hilang segala stress bila pergi bercuti dengan diorang ni.

The toilet

Sementara tunggu Nannie and Zaila sampai, aku sempatlah order 'room service'- makanan. Nasi goreng ni special. Nama pun special, Nasi Goreng Corus. Hahaha.

corus hotel
Nasi Goreng Corus

Macam-macam kitorang buat selama 3 hari 2 malam. Mostly jalan-jalan cari makan kat sekitar Seremban. Aku memang tak boleh pergi jauh memandangkan rumah still dalam renovation lagi.

Jadi bawalah mereka makan sekenyang-kenyangnya. Cuba teka berapa kedai kitorang terjah? 8 tempat makan dalam 1 hari. MEMANG AKU SAJA NAK BAGI DIORANG GEMUK. Kahkah.

Apa-apapun enjoy bila tengok diorang happy. Nanti kita plan next trip k?

Aktiviti kami, makan.. makan, makan ... 

port dickson
 Aku memang suka menggemukkan kawan. Kesaahhhhh?

4 comments:

  1. sayang tatie and kak ella..
    hope nanti kite gi trip sesama lagi ye :)

    ReplyDelete
  2. bila gathering ngan kawan2 yang happening automatik percutian kita jadi happening

    ReplyDelete
  3. Enjoy nyaa.. apa2 pun makan is the best part kalau travel.. meriah perut.

    ReplyDelete
  4. Best dpt jln2 dgn kwn2. Majority my frenz after kawen their hubby x bg kuar. So sad

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)