3 November 2015

VIEW CANTIK DARI THE SHORE SKY TOWER MELAKA

Kalau korang cakap Menara Taming Sari paling tinggi di Melaka, korang silap !! Ada yang lagi tinggi dari tu. Sememangnya tempat ni berjaya buat lutut aku terketar-ketar hari tu. Kahkah. 

The Shore Sky Tower ni baru je dibuka beberapa bulan lepas dan aku pasti ramai yang tak sampai sini lagi. Lokasinya di The Shore Shopping Gallery .. Senang cerita cari je hotel Swiss Garden yang paling tinggi tu. Heee..

THE SHORE SKY TOWER MELAKA
 Beli Tiket Dulu 

Harga tiket The Shore Sky Tower ni murah je. Just RM18. Murahkan? RM18 tu tiada had masa. So korang boleh lepak sepuas-puasnya kat atas tu sampai bosan. Haha.


VIEW SIANG DARI THE SHORE SKY TOWER

Untuk naik atas ni, korang perlu naik lift ke tingkat 42. Kalau sesat kat dalam The Shore tu, tanya je orang. Lebih senang, cari je dewan Ballroom hotel Swiss Garden. Kalau jumpa dewan Ballroom ni, maka dah dekatlah tu dengan lift.


Berada di ketinggian 163 meter ni, macam-macam benda korang boleh nampak. 360 darjah okay. Utara, selatan, timur, barat Melaka ... I can see you! Secara kebetulan masa aku naik tu, pengarah Tourism Melaka pun ada sekali. Dialah yang banyak explain pasal Melaka. 

 Nampak tak sungai tu? Tak lama lagi ada water taxi kat situ.

BAGI MAKAN IKAN

Selain dari view panorama dari atas ni, korang juga boleh bagi makan ikan kat sini .. Errrr, ikan?? Yessss!! Makanan ikan boleh dibeli di kaunter masuk.

 Mulanya, nampak ikan-ikan dulu ni dari tingkap bilik .. Sebab dia berkaca dan nampak dari bawah

OBSERVATORY DECK

Sebab aku join trip Tourism, maka dapatlah pose kat tempat bawah ni dengan kamera sendiri. Ekekeke. Jangan jeles! Actually bagi visitor korang hanya boleh ambil gambar kaki sahaja jika pakai kamera sendiri. Kalau nak full, kenalah guna kamera EPS diorang dan bayar RM45 untuk satu gambar. Hurm.

THE SHORE SKY TOWER MELAKA

Lama jugalah aku spend time kat atas ni. Bosan-bosan duduk bilik, naik je atas ni. Jerebu ke tak jerebu ke time tu, peduli apa. Once dah sampai kat atas ni, terus hilang segala stress yang terbuku di hati. Serius pemandangan cantik gila. Hahaha.


VIEW MALAM DARI THE SHORE SKY TOWER

2 malam stay kat Swiss Garden Melaka, 2 kali juga aku naik atas ni. Satu siang dan satu lagi malam. Dapatlah merasa dan menikmati view kedua-dua waktu ini. Tapi dek kerana jerebu teruk, aku tak dapat nak amek gambar sunset. 


Psssst, sebenarnya aku ni gayat tau!! Tapi cara nak atasi perasaan gayat tu kenalah berdepan dengan fobia tu sendiri. Hehehe. Alah, abaikan je perasaan tu dengan melayani pemandangan indah. Nescaya hilang terus rasa takut tu. Tak percaya?? Trylah sendiri. 

Rasa nak tidur kat atas ni .. Hahaha

Waktu Operasi The Shore Sky Tower
10 am - 10 pm

Untuk maklumat lanjut tentang promosi, sila layari facebook mereka :

3 comments:

  1. Tatie apasal aku yang gayat!!! Adoiii

    ReplyDelete
  2. macam jerebu je suasana. ok akan ku terjah nanti

    ReplyDelete
  3. Ok noted. Next plan g mlaka pula. Weeehuu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)