17 November 2015

MY JOURNEY TO PHUKET THAILAND

Deepavali hari tu, sempat aku berlari kejap ke Phuket Thailand. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar. Dari aku pergi, sampai sana dan balik ke Malaysia balik. Semuanya baik-baik belaka.

Aku ke Phuket dengan menaiki pesawat Airasia dan perjalanan mengambil sama selama 1 jam lebih.

 Boarding Time
 Free Gift Dalam Flight Sempena Deepavali

Tak sempat pun nak tidur lena. Tup, tup ... dah sampai. By the way flight hari tu FULL. Aku rasa semua amek kesempatan bawa family jenjalan.

 Arrival Way

Lepas je immigration, korang akan jumpa macam tempat pamphlet seperti kat bawah ni. Segala maklumat pasal tempat-tempat menarik Phuket, semuanya ada kat sini. Ambil je sebab semua FREE. Hehehehee.


Then jalan depan sikit, korang akan nampak booth telco True Move. Eh, penting ni. Mana boleh takde internet. Kan? Kan? Nasiblah murah. Bayar dan diorang akan tolong topap prepaid korang tu. Macam aku, aku pergi 3 hari je, so aku amek pakej untuk 2 hari sahaja.


Bila phone dah berfungsi dengan line Thailand, barulah hati rasa senang. Haha. Then, keluar-keluar, orang hotel dah terpacak berdiri dengan senyuman lebar. "Welcome to Phuket Madam". Waaahhh, very warm welcome from the hotel.


Dari airport ke hotel, aku menaiki kenderaan yang dah disediakan oleh hotel Boathouse by Montara Phuket (private transfer). Untuk airport transfer ni ada 2 pilihan. Samaada nak airport shuttle atau private transfer. Kalau nak jimat ambil airport shuttle, kalau nak privasi, ambil private transfer.

 Inilah airport transfer Boathouse by Montara Phuket

Tapi private transfer ni a bit high class sikit. Masuk-masuk je diberi cold towel untuk lap muka dan air mineral free. Selesa? Sangat-sangat selesa.


Perjalanan dari airport ke hotel Boathouse by Montara mengambil masa dalam 1 jam. Memang agak jauh dari airport. Tapi kata orang, tempat jauh-jauh ni lah berbaloi pergi .. Sebab pemandangan dia adakalanya lagi cantik dari tempat yang dekat. Hehe.

~ bersambung

1 comment:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)