16 October 2015

PERCUTIAN KE NEW ZEALAND : HARI KETIGA DI AUCKLAND (HOBBITON MOVIE SET)

Hari seterusnya tu, kitorang sewa kereta kat Auckland. Plan nak pergi ramai-ramai, tapi hari kejadian ramai lak yang tetiba ada plan sendiri. Yang tinggal enam orang je. Enam orang enam oranglah. Janji jadi pergi.. Kan? Heee. 

Kalau ikutkan hati nak sewa kereta dua hari. Tapi a day before that, hujan!! Tak berbaloi la pulakkan. So, hari ketiga ni macam cuak. Dalam hati berdoa, janganlah hujan.. please, please. Haha.


Perjalanan hari ketiga ni agak jauh dan kereta dipandu oleh Mira. Thank Mira sebab pandu pergi dan balik. Lama gila tak duduk belakang. Hahaha.

Berbalik pada perjalanan kitorang ke Matamata ni, adalah lebih kurang 2-3 jam dari bandar Auckland. Lenguh jugakla duduk dalam kereta. Tapi lenguh tu terubat dengan menikmati panorama sepanjang jalan. Haa, yang ni aku cerita kat next entry k? =P

Smileee...

On the way ke Matamata, kitorang singgah sebentar kat The Native Tree Cafe. Sepanjang jalan ke sana memang banyak kafe, tapi tak semestinya kafe tu menyediakan toilet percuma. Sebaliknya korang kenalah beli something. Wifi FREE? Itu mestilah ada.


Then perjalanan diteruskan hingga ke Hobbiton Matamata. Kat sini scary sikit okay. Aku mengalami pengalaman tragis. Tengah-tengah duduk sorang (semata-mata nak guna wifi free), tetiba didatangi sekumpulan remaja nakal yang macam nak merampas gadget aku. Goshh.. nasiblah yang berlima tu tak jauh dari aku. Lintang pukanglah aku lari. *trauma*

Kata Encik H, tu mungkin orang Maori. Entahlah, aku tak sempat nak tenung lelama sebab tengah panik. Tsk, tsk. T_T

Matamata yang femes dengan cerita The Hobbit
Beli tiket Hobbiton Tour di sini

Actually aku bukanlah peminat The Lord of The Ring (tak pernah tengok) mahupun The Hobbit. Tapi dek kerana suara majoriti nak ke sini, aku ikut jela. Alang-alang dah sampai, why not?

Untuk masuk ke Hobbiton Movie Set, korang wajib amek tour. Tak boleh masuk sendiri ke dalam tu, tapi kenalah check jadual yang diorang sediakan. (Kalau tak silap boleh check online kat website dioranh). Macam kitorang main redah, terpaksalah menunggu kejap.

Sementara menunggu masa...

Harga tiket masuk ke Hobbiton Movie Set ni agak mahal. Lebih-lebih lagi ringgit tengah drop sekarang ni. Sakit jugalah nak bayar. Rasa taknak masuk pun ada. Mahal nau.  T_T

Harga Tiket masuk Hobbiton Movie Set dari Matamata
NZ$ 75 = RM212.50/seorang


Tunggu punya tunggu, bas pun sampai. Bas ni special dan akan bawa korang masuk ke dalam movie set.. Tak jauh pun dari tempat kitorang tunggu tadi. Huhu.


Setiap group mesti ada tour guide yang akan cerita pasal sejarah dan segala benda pasal tempat ni. Aku? Menganga je. Kahkah. Kawasan sini cantik gila. No wonder Peter Jackson berminat nak jadikan lokasi pengambaran filem dia. 

Sebenarnya kawasan seluas 500 hektar ini milik keluarga Alexander dan mula femes bila si Peter tu menjadikan ia sebagai salah satu lokasi penggambaran The Lord of The Rings. Tempat ini dijadikan sebagai perkampungan orang kerdil aka hobbit.


Rumah-rumah kat sini terbahagi kepada beberapa saiz. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kebanyakannya hanya boleh tengok dari luar je. Ada satu yang besar, itulah rumah sebenar diorang masa dalam filem tu. Tapi bila nak nampak lokasi tu kecil, diorang akan gunakan rumah saiz kecil sebagai background je. Diorang just guna luar rumah, lokasi dalam tour guide bagitau kitorang, diorang buat kat studio di Wellington bukannya kat sini..  Ohhh...

Tapi rumah-rumah ini dibina khas untuk filem ni tau. Sebelum filem ni, tempat ni memang 100% ladang. Takde apa-apa. Dan kini tempat ni dipenuhi dengan kehadiran pengunjung setiap hari .. Memang ramai pun pengunjung ..

Kena mendaki sikit
Rumah Bilbo & Frodo Baggins
Rumah Saiz Kecil
Rumah Saiz Besar .. 

Kalau fikirkan, macam tak berbaloi sebenarnya NZ$ 75 tu untuk tour ni. Just tengok rumah-rumah ni je. Semua sama saiz je lain-lain.  Tapi bila fikir pengalaman ke sini, terus aku lupakan kejap duit tiket tu. Eh, korang kalau minat gile kat filem ni .. Apa ada hal dengan tiket mahal camtu. Kan?



Tak semua benda kat sini betul. Ada tumbuhan tipu dan macam-macam lagi bagi mencantikkan lagi set penggambaran filem ni. Tapi kalau tengok dari mata kasar, semua ni macam real. 



Seterusnya ke Green Dragon. Green Dragon? Apa tu?? Haa, inilah kafe yang terdapat kat sini. Pakej NZ$75 tu termasuk minum sekali kat sini. Ada satu minuman non-alkohol dan selebihnya arak. Tapi aku tak minum sebab was-was.

Eh kejap, ada ke Green Dragon ni kat filem The Lord of The Rings and The Hobbit? 


Tour kat dalam tu taklah lama mana pun. Dalam dua jam begitu then habis. Tempat dia kecik je. That's why aku cakap NZ$75 is so ridiculous. Mahal gila !!!

Then kitorang ke The Shires Rest Cafe dan diberi masa free and easy selama 15 minit. Kat sini ada restoran, kedai souvenir dan tandas. Tapi bukan itu yang menarik perhatian aku, sebaliknya pokok kat luar. Soooo cantik and suka gila. Hahaha.

The Shires Rest Cafe

Haa, dari sini terus ke Rotorua. Hari semakin petang. Sempat ke kitorang sampai di Rotorua? Nantikan entry seterusnya. Zassssssssssssss~

9 comments:

  1. permandangan yang memukau. New Zealand ni masih cantik dan tak tercemar dengan pembangunan.

    ReplyDelete
  2. Lawa betul negeri New Zealand. Cantiknya gambar tantie ambil.

    ReplyDelete
  3. cantik sungguh ciptaan Allah ..bila lah agaknya boleh smpi sini.

    ReplyDelete
  4. cantik! OMG I memang peminat LOTR. Kalau dah ke NZ nanti memang kena terjah sini

    ReplyDelete
  5. Salam blogwalking...cantiknya NZ...

    ReplyDelete
  6. cantiknya subhanallah... dah la baru layan sequel LOTR ni.. :D

    Jom pi Ocean Park HK

    ReplyDelete
  7. SubhanaAllah...cantiknya..
    Tenang je ati tgk...

    Aahhh tatie..cm mhl kan tiket tu juz utk ronda2 tgk rumah...hehehe..tapi xpelah..pengalaman lagi berharga kan...

    Ruby pun teringin nk p..belum ada rezeki... :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)