22 October 2015

MELAWAT ZOO DI GOLDEN TRIANGLE KUALA LUMPUR

Baru-baru ini aku berkesempatan melawat KL Tower Mini Zoo. Ini first time aku jejakkan kaki ke zoo ni. Sebelum ni bukan tak pernah pergi KL Tower, tapi maybe aku terlepas pandang Mini Zoo ni. Rupa-rupanya banyak attraction menarik di KL Tower ni selain dari naik tingkat atas (view point) dan restoran berputar. Aha!

Kalau tengok dari luar, korang mungkin menyangkakan mini zoo ni kecil. Yela, nampak dari atas seperti rumah kecil. Tapi korang kena masuk dan menuruni tangga. Barulah nampak binatang-binatang kat sini. So, don't judge a book by its cover! Kehkeh. =P

By the way, KL Tower Mini Zoo ni dulunya dikenali sebagai KL Tower Animal Zone .. Kalau dulu kecil kini diperbesarkan bagi kepuasan pengunjung yang mahu berinteraksi dengan binatang.


Harga tiket masuk KL Tower Mini Zoo ni taklah mahal seperti zoo lain. Masih mampu lah kalau korang nak belanja satu kampung. Tapi sekarang terdapat promosi menarik untuk korang semua. Tolonglahhhhhh jangan lepaskan peluang ni. Heeeee... :)

Dewasa RM 19
Kanak-kanak RM16
Warga Emas RM16


Sampai je kat sini disapa oleh burung kakak tua yang hinggap di dahan di tepi pintu. Bukan setakat itu sahaja, masuk lagi disapa burung-burung yang berwarna warni. Alahai, semuanya comel-comel belaka. Tak takut orang pulak tu. 


Kemudian, korang akan nampak binatang-binatang reptilia seperti katak dan iguana. Iguana tu dibiarkan di luar.. Kalau korang berani, bolehlah sentuh. Macam aku, harapanlah nak sentuh. Takut! 


Dari Iguana kita ke Squirrel Monkey. Monyet bersaiz kecil ni tersangatlah comel. Geram pulak aku tengok. Dahla bijak. Korang tadah tangan dan letak makanan, berpusu-pusu diorang datang dekat dan mengambil makanan tu.


Beralih pula ke tempat turtle. Spesis turtle ini dinamakan sebagai Common Snapping Turtle. Turtle ini mampu hidup hingga ke 100 tahun. Fuhhh.. dah macam jangka gayat manusia pula. Selain dari spesis turtle ni, terdapat juga spesis Asiatic Soft Shell Turtle kat sini.


Selain tu terdapat juga binatang seperti arnab, ayam, ayam serama, Savannah Bat Eared Fox (musang), Cape Ground Squirrel (tupai), Ferret dan lain-lain lagi kat bahagian atas mini zoo ni.


Kemudian, menuruni tangga ke bawah, korang akan nampak Malaysian Serama dan Helmeted Guinea Fowl terlebih dulu sebelum jumpa sangkar ular dan iguana.


Bukan setakat haiwan cilik, kambing dan kuda pun ada jugak kat sini. Marvellous!!

Tak pasti camana nak datang dekat ke kandang tu .. Huhu
 Group Selfie dengan Blogger Malaysia

Next, kami ke sangkar burung pula. Kat sini terdapat burung-burung yang sangat jinak. Panggil baby je diorang datang hinggap di tangan korang ... Bijakkan? Tapi haruslah diumpan dengan makanan. 


Penatlah nak jalan. Rehat kejaplah kat kafe. Kat dalam ni juga terdapat kafe dan kedai souvenir. Macam-macam jenis air ada dijual kat sini. Bolehlah singgah dan berehat dulu. 


Dah hilang penat, kita sambung perjalanan ke Longkang Fishing. Mengimbau zaman kecil-kecil dulu sebelum wujud zaman internet. Memang betul pun. Zaman dulu manalah ada gadget. Apa yang nampak di depan mata, itulah permainan kami. Salah satunya menangkap ikan di tepi longkang.

Eh longkang dulu tak macam longkang sekarang. Longkang sekarang majoriti dikotori dengan pollution. Iskk, iskk..

 Ayunya Zaila menangkap ikan.. Haha. 

Then ke Rabbit Village. Kat sini part paling best. Masuk-masuk je Guinea Pig datang dan berkerumun di kaki aku. Nasib baik tak terpijak. Haha. Selain tu, korang juga boleh bagi makan kat diorang ni. Tak payah susah susah panggil, hulur makanan je, pasti diorang datang.


Masuk ke dalam lagi, korang akan jumpa Albino Monkey. Kalau dah nama pun Albino, mestilah berwarna putihkan? Hehehe.


Akhir sekali, kita tengok Raccoon atau Racoon. Binatang ni sangat-sangat gebu. Rasa macam nak dukung je raccoon ni. Kalau luck, korang boleh tengok dari dekat. Kadangkala diorang merangkak di atas dahan. Itu kalau luck. Kalau tak hanya tengok dari jauh je. Hahaha.


Aku dah share pengalaman aku. Bolehlah korang bawa anak-anak korang ke sini pula. Manalah tahu korang buntu nak pergi mana hujung minggu ni. Bolehlah ke sini...

KL Tower Mini Zoo bakal menambah lagi binatang-binatang kat sini. Kalau nak tahu apa yang baru, apa yang best atau the latest promotion, silalah follow Facebook KL Tower.

Link 


1 comment:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)