11 September 2015

TEMPAT PENGINAPAN KELUARGA DI JAKARTA : SOMERSET BERLIAN

Hai .. Assalamualaikum semua.

Puaslah fikir nak update apa lagi ye pasal Jakarta. Memandangkan dulu dah banyak kali cerita pasal ibukota Indonesia yang terkenal dengan 'macet' ni. Tapi macet-macet tu la yang aku suka. Nampak meriah sikit berbanding pergi kawasan yang sunyi sepi dan ngeri. Muahaha.

Holla Jakarta

Baru aku teringat, aku belum lagi cerita pasal Somerset Berlian Jakarta. Somerset Berlian Jakarta ni ada dua, satu untuk resident satu lagi hotel. Tapi masa aku pergi hari tu, ramai gila orang arab yang stay sini. Maybe sebab dekat dengan shopping mall macam Senayan and etc tu kot.

 
Somerset Berlian Jakarta

Kitorang stay 3 hari 2 malam dan ambil 2 apartment jenis 3 bedroom deluxe. Walaupun lokasinya berdekatan dengan Senayan City Mall dan bertaraf 5 bintang, tapi harganya tak mahal mana pun. Untuk 3 bedroom deluxe around RM450 termasuk tax. Murahkan?


Kat pintu masuk ada kolam ikan dan kolam kura-kura

Kalau korang pergi bercuti dengan keluarga, aku suggest stay sini. Selesa, dekat dengan tempat shopping dan tenang je. Lebih spesifik lagi, hotel ni terletak kat kawasan elite Permata Hijau. Buka tingkap je, nampak rumah-rumah bungalow besar. *telan airliur jela tengok rumah kat sini*


Front Desk

Waiting Area

Internet Corner
Restoran
Swimming Pool
Kids Area
Lift

Dua-dua apartment lebih kurang sama. Cuma tingkat je berbeza, tingkat 2 dan tingkat 11. Tingkat 2, kakak dan family dia. Tingkat 11, mummy, Alia  and me. Kalau nak view cantik, baiklah tingkat ataskan?? Ngeeee...

JENIS : 3 BEDROOM DELUXE

Luas dan selesa
Ruang Tamu
Master Bedroom
Bilik Kedua
Bilik Ketiga
Toilet Share Untuk Bilik Kedua dan Ketiga
Bilik Menggosok
Free
 
Dapur
Tempat Basuh Baju
Tandas Cangkung Pun Ada.. Hahahaha. Legend!
Mummy Gembira, Anak-anaknya pun gembira.. Hehehe

Best tak?? Bestkan?? Lengkap!! FREE Wifi?? Haruslah ada. Cuma agak lembab sikit. Hahaha. But its okay. Bukan selalu kat bilik pun. Most of the time kat luar. Ngeee.

Secara keseluruhannya, puas hati dengan hotel ni. Layanan staff dia, kemudahan dia, lokasi dia ... Cuma, cuma, cuma ...... breakfast dia je, tak banyak pilihan. Semuanya okay!

Pemandangan Swimming Pool Dari Atas
Pemandangan Luar .. Rumah-rumah Kat Sini Besar Gila!! 

Masa kat sini, sempatlah saudara dari Padang datang and join us for lunch. Lama tak balik kampung Bukit Tinggi, Insyallah tahun depan. Hehehe.


_______________________________________

** Gambar menggunakan Go Pro Hero4, Iphone 5 dan Lumix GF7.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)