25 September 2015

ENTRY DUBAI : MANZIL DOWNTOWN DUBAI HOTEL

Ahlah wa sahlan semua.
(amaran : entry ni mempunyai banyak gambar)

Benarlah kata orang, dari angan-anganlah sesuatu benda tu boleh jadi kenyataan. Beberapa hari sebelum berangkat, kat kepala ni asyik berangan kalaulah dapat bilik bertentangan dengan Burj Khalifa. Buka tingkap nampak Burj, nak tidur nampak Burj. Alahai, seronoknya kalau dapat.

Tup, tup ... bila melangkah masuk ke dalam bilik kat Manzil Downtown Hotel ni, rasa seperti bermimpi. Apa yang di-angankan tu jadi kenyataan. Alhamdulillah, syukur. 

Manzil Downtown Dubai

Hotel Manzil ni terletak kat Downtown Dubai, kalau Emirati sini panggil area ni "The Heart of Dubai". Kawasan ni kira kawasan elite kat sini. Berdekatan dengan hotel ni, Dubai Mall. Mall terbesar di dunia. Kalau nak pergi situ, jalan kaki je. Dekat gila!

Dekorasi hotel ni berkonsepkan tradisional arabic combine dengan modern concept. Memang cantik dan sangat selesa. Masuk-masuk je ada seperti satu aura meresap kat badan. Heeee. 

Lobby
 Front desk
Yang ni boleh ambil dan makan.. It's free!!
Welcome drink .. Boleh juga minta arabica coffee kalau nak.
Kemudahan internet dan komputer
Burung hidup

Hotel ni taklah tinggi mana. Bilik pun ada 4 jenis kategori je iaitu, deluxe room, deluxe pool view room, deluxe burj view room dan suite burj view room. Rasa-rasa korang, mana satu bilik aku? 

My room 615

Jenis Bilik :
Deluxe Burj View Room

Simple je bilik ni kan? Tak sarat dengan perabot dan nampak luas. By the way, hari tu seorang satu bilik. Dapatlah feeling lebih sikit. Hihihi. =P


Yang syok tentang bilik ni, of courselah pemandangan luar. 

Pemandangan luar .. (I miss this room so much)
Siang
Malam

Harga bilik?? Menggeletar tulang lutut bila check harga dia..  Tapi pengalaman stay sini selama empat malam, lebih bernilai dari nilai wang ringgit. Sampai sekarang kalau ingat mesti senyum-senyum kambing.. Sumpah rindu bilik ni wei. Tsk, tsk.

via Booking.com 

TV dia pun canggih, 42 inci flatscreen IPTV. Segala info pasal hotel, boleh klik kat sini. Ala-ala seperti komputer. Nak request something pun just klik kat remote tv. Oh ya, jangan lupa check message kat tv ni. Kengkadang hotel bagi message. Hehehe.


Toilet pula berkonsepkan terbuka. Memang dari luar pun boleh nampak. Tapi itu untuk bathtub. Kalau nak privasi, mandilah di tempat shower. Ikut suka korang ... Tapi kalau stay sorang-sorang macam aku, balun je dedua sekali. Hahaha.


Di sudut lain pula, ada meja tulis dan coffee & tea making facilities. Malangnya aku bukanlah pecinta coffee, so tak terusik sikit pun. Cuma teh dia je aku usik, teh TWG. Heee.


Kat bilik ni, korang tak perlu bimbang kalau tertinggal kepala plug. Boleh cas di belakang tv dan juga kat tepi katil. By the way, plug mereka sama macam plug kita. :)

Tempat Cas
Dalam almari
Ini pun berat ...

Tiap-tiap malam ada je surprise dari hotel. Strawberry salut coklatlah dan macam-macam lagi. Ni buat aku bertambah suka dengan Manzil Downtown Dubai ni. Cuma ... hurm takde papelah. Hehehe.


Anddddddddddddddddd, another part yang aku suka pasal hotel ni, Boulevard Kitchen. Kat sinilah kitorang sarapan setiap pagi. Main menu tetap (which bila korang duduk, pelayan dia akan datang and tanya nak makan apa), tapi for self-service menu hari-hari bertukar.

Bahagian tertutup
Bahagian terbuka di dalam
Bahagian terbuka di dalam
Sekejap ni kat bawah sekejap kat atas
 Variasi Jus .. (Susu kurma pun ada)
 Roti
 Variasi Minuman
 Jeruk?
 Bukan sekadar Omelet dan telur.. more than that!
 Bahagian Salad
 Kacang-kacang
 Buah-buahan (siap bagitau ni vitamin apa)
Kurma

Hotel ni juga dilengkapi dengan facilities seperti gym dan swimming pool di tingkat 1. Untuk gym dia buka 24 jam dan untuk swimming pool dari 7 pagi sampai 7 malam. Haaaa... Best kan? Tapi dek kerana jadual yang sangat padat, tak sempatlah nak bergym sangat. 

 
Gym
Temperature-controlled swimming pool

Dari sini ke tempat lain tak susah mana pun. Senang je access dia. Kat luar hotel ada tempat tunggu teksi. Kat sebelah hotel ada tempat tunggu bas. Sangat-sangat senang. Macam aku cakap, lokasi dia sangat best dan strategik. Memang aku suka gila area ni.

 

5 hari 4 malam tu rasa kejap sangat. Tak puas sebenarnya dok menghadap Burj Khalifa ni. Entah bila lagi boleh stay sini. Kenalah menabung .. Ye dop? Apa-apapun, terima kasih Dubai Tourism dan Emirates Airlines kerana menaja percutian ni. Terima kasih Manzil Downtown Dubai.

Sedih nak meninggalkan bilik T_T

Manzil Downtown Dubai Hotel
Sheikh Mohammed bin Rashid Boulevard,
Downtown Dubai, Dubai,
United Arab Emirates.

2 comments:

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)