22 August 2015

CUTI-CUTI KE PULAU REDANG : LAGUNA REDANG ISLAND RESORT

Antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, kalau korang nak bawa anak-anak pergi bercuti, aku suggest Pulau Redang. Kerana kat sini mempunyai penginapan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan Pulau Perhentian. Kemudahan yang ada kat sini pun cukup. 

Kalau kat Perhentian tu, kebanyakannya chalet. Tapi ikut andalah. Lain orang, lain seleranya.

Mengenai penginapan yang ada kat Pulau Redang, salah satunya adalah Laguna Redang Island Resort. Resort bertaraf empat bintang ni bukan saja cantik malah memberikan anda percutian yang sangat menenangkan dan bermakna bagi mereka yang rindukan 'panggilan pulau'.

Laguna Redang Island Resort



Laguna Island ni juga mempunyai pantainya sendiri di Pantai Pasir Panjang. Air laut yang jernih dan kebiruan, pasirnya keputihan dan halus menambahkan lagi mood percutian bagi mereka yang berkunjung ke sini. Kalau tak nak mandi laut takpe, resort ni mempunyai kolam renang yang luas. 


Kalau nak ke sini, korang tak perlu susah-susah ke Besut. Kerana terdapat perkhidmatan feri yang disediakan oleh Laguna Redang di jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Aku tahu, letihkan nak drive jejauh? Kalau naik flight sampai Kuala Terengganu pun, just amek teksi ke jeti Syahbandar je.


Kat Pulau Redang ni ada banyak resort salah satunya Laguna lah. Dah sampai jeti di Pulau Redang, kalau malas naik je pengangkutan yang disediakan. Arghh, kalau malas!! Kalau rajin jalan kaki je wei. Dekat gila !!! Hahahahaha. (sorry, aku memang pemalas =P)

I'm here for Terengganu Internation Squid Jigging Festival

LAGUNA REDANG ISLAND RESORT

Front Desk
 
Sunrise di Pulau Redang
Food court & massage centre
Coffee House & Restaurant 
 
Pantai Laguna ... Nice kan?
 
Nak snorkeling? Diving? Jomlah meniti titi ni...
Hurm ...
Jogging ... Kahkah
Volleyball beach

Yang bawah ni special sikit sebab ia pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem Hong Kong, "SUMMER HOLIDAY". Bangunan ini dibina dan dinamakan sebagai More More Tea Inn khas untuk filem ini dan sekarang dijadikan sebagai kedai souvenir.


Penat pusing-pusing, kita kembali ke bilik.  Hari tu, aku ditempatkan di bilik Deluxe Garden. Memang selesalah. Pasal tv, mereka masih menggunakan TV lama. Tapi so what? Pergi pulau untuk bercuti. Lupakan kejap gadget and blablabla. Hahaha ..

 

Setiap bilik ada balkoni. Cumanya bilik aku menghadap ke belakang. Tapi ini pun kena jaga-jaga. Sebab banyak monyet kat sini. Kahkah. Kalau bebudak sukalah. Ye dop??  Tapi jangan sesekali bagi diorang makan. Kalau tak ............. pepahamlah sendiri yo?


Line telefon pula, aku rasa bergantung pada line telefon. Aku pakai Celcom and sangat-sangat low kat sini. Member lagi sorang pakai Maxis, line full pulak. Kalau emergency sangat, kat sini ada Internet Room. Kalau nak senang lagi, pergi je lobi sebab kat sana ada free wifi. Hiks!

Internet Room
Medical Room/klinik
Khas untuk kami sempena Squidjigging Fest.. kihkih
Malam-malam ada liveband kat sini
Beach Club & Karaoke
Where and where??
Peta resort ni .. Besarkan? Boleh sesat!! Huhu

Memang aku suggest kepada mereka yang ada anak kecil tu untuk datang menginap kat sini. Tak terhad kepada aktiviti pulau je, macam-macam benda ada. Selesa satu hal, kemudahan tu penting. Bila kemudahan lengkap, mesti hati pun lega. 

Tapi semuanya terpulang pada bajet. Tepuk dada, tanya selera. Selamat Bercuti !!!


10 comments:

  1. wow.. sangat menarik. dh lama teringin nak pegi tapi bila plan ada jer tak jadi. susah betul plan bercuti dlm negara. kalau oversear elok je jadi. hurmmmm

    ReplyDelete
  2. Cantiknya pulau redang. Bab naik feri tu agak takleh tahan, mabuk laut Hahaha

    ReplyDelete
  3. menariknya!! tak pernah g pulau redang..asyik tak kesampaian je nk ke pulau redang..

    ReplyDelete
  4. pernah g sekali pulau redang masa form 6. lamanyaaa hahaha

    ReplyDelete
  5. oh men, tak pernah sampai lagi pulau redang

    ReplyDelete
  6. Dua tahun lepas datang ke pulau ini dan menginap di resort yang sama. Disebbkan tajaan company memang mampu la aku tido kat sini kalau nak harapkan duit poket sndiri. Nan hadoooo.. tapi jgn risau buat yang tak berkemampuan tpi nak dtg ke pulau ni sebb sekitar chalet laguna ni ada chalet chalet murah untuk yang berkemampuan.

    Akhir kata, selamat bercuti dan hargailah keindahan alam sekitar.

    ReplyDelete
  7. ade x yg bwk ank dua taun ke bawah

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)