11 July 2015

REAL | ORGAN MANUSIA YANG JARANG SEKALI KITA DAPAT LIHAT

Ini benar dan bukan main-main. Tapi tak ramai yang mampu lihat sampai habis pameran ni. Ramai yang kesian, sedih dan ada juga yang loya sebab semua yang dipamerkan benar-benar dan real. 

90% daripada organ kat dalam ni asli (diawetkan dengan cecair formalin bagi tahan lama) dan 10% je replika. Sila amek peluang untuk lihat sendiri organ manusia ni. Bukan senang nak tengok tau!


Pameran Organ Manusia yang kini berlangsung di Muzium Negeri Terengganu ni something yang exclusive dan dibawakan oleh Pusat Pengajian Sains dan Perubatan USM, Hospital Sultanah Zahirah, APEX dan lain-lain lagi. 

Ini pengalaman pertama aku lihat dengan dua biji mata. Aku memang suka bab-bab anatomy ni. Minat dari kecik tapi apakan daya, cita-cita nak jadi pakar bedah mayat atau pakar forensik tak kesampaian. So, bila ada pameran sebegini umpama pucuk dicita ulam mendatang.


Masa memula masuk, aku pun ingat tipu. Nasiblah ada abam Pojie. Secara kebetulan dia pun kerja bab sebegini kat UPM. Dialah yang menerangkan serba sedikit.. kenapa ada wayar macam biru merah, kenapa itu kenapa ini.. Tengs Pojie. Hehe.

Pameran ni bertujuan bagi pengunjung lebih mengenali dan memahami organ-organ manusia secara lebih dekat melalui disiplin perubatan serta sains dan teknologi. Ya, memang betul. Bila lihat dari dekat barulah aku faham tulang, tangan, ovari dan lain-lain.

Bila tengok organ-organ ni dijangkiti penyakit seperti kanser, cyst, diabetis dan lain-lain terus rasa insaf. Takut pun ada. Aku kan jenis tak jaga pantang dalam bab makanan. T_T

Abam Pojie sedang bagi penerangan kat Moka

ORGAN-ORGAN MANUSIA

Tangan (kiri) dan Organ Pembiakan Lelaki (kanan)
 Janin Kembar Siam
 Janin berkepala saiz besar (hydrocephalus)
 Siku
 Kaki yang dah lama
 Lutut
 Organ seperti ginjal, perut dan hati
 Tulang rahang (kiri) dan muka (kanan)
 Gigi manusia
 Tumor sel tulang
 Bahagian Atas Peha
 Jantung
 Ovari dan rahim yang dijangkiti serous cystadenoma
 Testis
 Ovari yang terkena Sistik Teratoma Matang (kiri) dan Kanser Pangkal Rahim (kanan)
 Kanser Payudara
 Kanser Servik

 Kanser Pangkal Rahim 
 Salur Fallopian/kandungan tubal (kiri) Kanser Rahim Endometrium (kanan)
 Usus Besar 
 Usus Besar  Divertikulosis (kiri) Usus Kecil Askariasis (kiri)
 Kanser paru-paru
 Kaki yang terkena diabetis/gangrene 
 Otak

Dan kat situ juga ada booth derma organ, derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aku dah berikrar jadi penderma.. korang bila lagi? Ramai yang memerlukan organ kita. Don't worry, benda ni dah dikaji dan dibenarkan dalam Islam.

Kalau tak mampu nak sumbangkan apa-apa masa hidup, why not sumbang sesuatu yang berguna buat mereka yang sangat-sangat memerlukan organ kita tu.. Kan? Just my two cents. 


And I really love this exhibition. Insyallah kalau berkesempatan, balik raya ni nak singgah lagi. Pameran ni sangat berguna khususnya buat adik-adik yang belajar Sains dan Biologi. Kadang-kadang bila tengok real lagi senang ingat dari tengok gambarajah je. Hehe.


Pameran Organ Manusia | The Human's Organ Exhibition

6 April hingga 31 Julai 2015
9 am - 5 pm
Dewan Mandalika, Muzium Terengganu

Dengan kerjasama Hospital Sultanah Zahirah, Pusat Pengajian Sains dan Perubatan USM, Jabatan Patologi USM, Jabatan Anatomi USM, APEX, Tourism Terengganu, MedikSCOM,  .. etc

3 comments:

  1. Menarik la...tp bab janin tu akak x sampai hati nak tgok..

    ReplyDelete
  2. oh gosh....... speechless.......

    ReplyDelete
  3. Very interesting yet scary. Feel sad to see the babies condition.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)