30 June 2015

PERCUTIAN BAJET KE CEBU PHILIPPINES : HARI KETIGA

Dah sampai hari ketiga. Tapi hari ketiga ni macam tak banyak cerita pun. Sebab masa terlalu pendek. Maklumlah nama pun short visit, jadi memang segalanya terhadlah. Hahaha. =P

Tipulah kalau aku cakap aku tak penat. Gila ke pergi Cebu 3 hari je? Tolak tidur semua actually 2 hari je. Banyak tempat tak sempat nak pergi macam Mactan Island, Olango Island, Samboan dan Malapascua Island. Next timelah datang lagi. Kalau ada rejeki. Insyallah.

Thanks Uncle. Owner Malonzo Pension House

Overall kat Cebu ni memang rutin harian bangun jam 4-5 pagi nak catch up bas. Hari ketiga ni pun sama. Jam 6 pagi dah terpacak tepi jalan dan tahan bas. Nasib bas tak penuh. Adalah seat untuk kitorang. Risau gak kot-kot takde seat. Patah kaki oi nak berdiri lama. Hahaha.

Naik teksi di South Bus Terminal

First sekali aku nak cari kat mana ada replika I love Cebu. Memang wajib setiap kali ke Philippines, aku cari benda alah ni. Except masa ke Manila. Boracay and Bohol, nasib baik jumpa. Tak lengkaplah kalau tak amek gambar kat sini. Hahaha.

Taraaa.. jumpe pun!!

Bertentangan dengan Island Souvenirs shop ni ada satu lagi attraction kat Cebu yang dinamakan sebagai Magellan's Cross. Ni kira macam mercu tanda Cebulah. Kata dioranglah. Hahaha. Ini sebahagian dari tapak heritage kat Cebu. Alang-alang sampai sini, singgah japlah.


And, masa jenjalan kat sini juga ada kanak-kanak jalanan yang jual souvenir. Memula aku malas nak layan. Yela, based pada pengalaman lepas. Kalau beli satu, nanti ramailah datang.

Entah nape kali ni lembut lak hati. Aku beli lah fridge magnet. Murah gila ok!! 6 untuk 100 peso. Okaylah kan? Kalau beli dalam Island Souvenirs Shop tu mahu 140-300 peso satu. Mahal!! Beli satu dua bolehlah. Nak beli bebanyak botak kopalo den. Hahaha.


Lepas beli fridge magnet, budak tu tanya. Nak t-shirt tak? Murah. *dalam bahasa ayam itiklah kitorang berkomunikasi. Hahaha*. Then, dia tunjuk kedai kat dalam Bank of The Philippines Islands ni. Kedai kecik tersorok kat bawah tangga. 

Memang murah!!! 100 peso satu t-shirt. Boleh tawar lagi..

Lepas dari sini, aku ingat nak ke Magellan Shrine and Lapu-lapu. Tapi dek kerana terlepas pandang tiket flight, terus aku batalkan niat tu. Dari sini drop Ajikah ke hotel dia, then straight ke airport. Haru!!! Nasib tak terlepas flight. Kahkah.

Comel kan diorang??

Bye Ajikah ... 

Dari Fuent Oro Business Suites ke airport nasiblah dekat. Amek masa 40 minit. Tu pun stuck kejap kat jalan sebab orang baiki jalan. Tambang teksi lebih kurang 250 peso. 


Airport tax Cebu? Kata Ajikah lebih mahal dari Manila. Entah, aku tak perasan pula. Untuk airport tax Cebu korang boleh bayar sebelum nak masuk ke Passport Control. Lokasi dia .. tepi pintu tu je dan after check in flight. 

Amount yang korang kena bayar untuk airport tax Cebu adalah 750 peso. Mahal jugak!!


And last masa nak naik flight. Ini aku tak pastilah samaada flight aku je ke atau semua macam ni. Yang row depan sampai 17 boleh terus jalan ke flight. Manakala 18 ke belakang, kena turun dan naik tangga. Haaa!!! Just take note jelah ye korang .. Hiks!


Okaylah. Berakhir sudah trip ke Cebu. Sadaqallahul Azim ... Hopefully dapat bantu korang yang sedang plan nak ke sini. Next aku story ringkas tips ke Cebu dan lain-lain lagi. 

Cebu ni best kalau pergi ramai dan best juga kalau pergi solo. Masa nak balik tu, ramai betul mat salleh kat airport. Aku rasa diorang semua pergi diving. Kat Cebu ni terkenal dengan tempat dive dan antara yang tercantik di dunia. Kata merekalah. Hehehe.

3 comments:

  1. sis saja lah nak tanya .. 3 hari dekat cebu agak2 berapa ribu habis ... hiks

    ReplyDelete
  2. Wahh.. x sampai seribu? Menarik tu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)