18 April 2015

PERCUTIAN SINGKAT KE PHILEA RESORT MELAKA

Bila dah bercerita pasal kejutan hari jadi di resort ni, tetiba bersemangat pula nak cerita selebihnya pasal resort ni. Hey, sape kata Philea Resort Melaka ni berhantu hah? Memandai je. T_T

Resort ni takdelah jauh ke dalam sangat. Aku rasa A'Famosa Resort tu lagi jauh ke dalam berbanding Philea yang lepas je exit tol Ayer Keroh and amek kiri .. dah sampai. Kira dekat jugalah dengan tol. Cuma kalau malas, naiklah buggy yang disediakan oleh pihak resort. 

Lokasi Philea Resort Melaka

So far, menginap di sini tak rasa apa-apa yang pelik. Bulu roma pun Alhamdulillah tak tegak berdiri. Biasanya kalau pergi tempat yang tak best dia sendiri akan tegak sebelum perasaan takut menerjah ke dalam diri. Hurm..

Philea Resort Melaka

Philea Resort Melaka ni adalah resort yang bertaraf 5 bintang di Ayer Keroh Melaka. Mencipta sesuatu kelainan dalam industri perhotelan tanah air, rumah-rumah di dalam resort ini dibina dari pine log yang berkualiti tinggi. 

Cumanya kelemahannya, korang dah tahu kayu, toksahlah nak berlari sakan kat bilik tu lebih-lebih lagi duk tingkat atas. Sedangkan duduk rumah kampung  yang separa batu separa kayu tu pun boleh bergegar-gegar, apatah lagi resort kat Philea ni yang hampir keseluruhannya diperbuat daripada kayu. Haruslah bising. Kesian orang bawah. Hehehe.

Jom Daftar Diri Dulu
Lobi Hotel
Shuttel Services Ke Bandar Hilir

Dekat lobi resort ni ada jual Kapiti ice cream. Pernah makan tak Kapiti ice cream ni? Di beberapa supermarket kat KL seperti Ben's Independent Grocer Publika ada jual ice cream ni. Bukan tu je, ia juga turut dihidangkan di beberapa route penerbangan MAS di bahagian kelas business. Begitu specialnya ice cream ni. Naahh, dah alang-alang sampai sini haruslah menikmatinya terlebih dahulu. Hihihihi. Jangan jeles. =P

Kapiti Ice Cream

One For Me and One For Him

Sekarang, masa untuk ke bilik. Penatnya nak jalan.
Naik buggy lah!! Hahaha.



Kalau nak jalan kaki pun tak pe. Sebab tak panas mana pun. Kat sini banyak pokok so panas tu macam terlindung sikit. Redup je. Udara? Segar dan nyaman gila. 



Setiap rumah di luarnya mesti ada ni ..

Dapat Bilik Atas Hadap Swimming Pool

Kreatif. Boleh Tiru Untuk Rumah Ni. Hahaha

Jenis Bilik :
Pavilion Room

Keluasan Bilik :
37.5 SQM

Duduk di tempat kayu dan duduk di tempat batu adalah dua benda yang berbeza. Jangan pula korang bandingkan pulak. Sebaliknya, nikmatilah kelainan yang cuba disampaikan oleh Philea Resort ni. Insyallah, korang akan enjoy. =)


Paling Suka Katil Dia .. Empuk!!

Kawasan Philea ni dulunya adalah kawasan hutan. So, bila hutan ni mestilah ada serangga dan nyamuk. Tapi jangan bimbang, serangga tak berbahaya. Cuma nyamuk tu kat mana-mana ada nyamuk. Cuma aku sarankan korang bawa mosquito repellent untuk disapukan kat kaki.

BILIK AIR


BAHAGIAN LUAR :


Korang takkan mati kutu bila kat sini. Petang-petang boleh nature walk sambil hirup udara segar. Kalau tak nak boleh beriadah di swimming pool. Kalau tak nak juga boleh ke karaoke room. Eh, banyaklah aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Takdelah terperap dalam bilik je. Hihihi.

Nak Main Tapi Tak Reti. Hahaha.

Nak Ke Mana Pulak Tu??

Spa
Gym

Pemandangan Dari Atas

Ni Kalau Buat Photoshoot Cantik Ni
Air Terjun Buatan 
Petang-Petang Jalan Sini Ambil Udara Segar
Yang Mana Tak Nak Mandi Boleh Relax Kat Dalam Ni
Swimming Pool Area

Selain dari Bayu Cabana, ada juga restoran lain seperti Cravo-Cravo yang terletak di lobi hotel. Cravo-cravo ni dibuka dari jam 10am-2am. Kira tengah malam pun dia buka lagi. Hehehe. Kot-kot ada yang sampai lewat dan lapar, tak yah susah-susah cari makanan. Pergi sini je untuk sapedek.

Cravo-Cravo

And last, sebelum pulang kita isi perut dulu dengan breakfast. Memandangkan hari tu adalah jari Jumaat, kitorang terpaksa pulang awal sebab nak kejar solat Jumaat. Nasiblah Philea-Seremban tak jauh mana. Hahahaha. Kalau korang dari Keyell, dekat-dekat Philea ni pun ada masjid. 


Philea Resort Melaka
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, 
Off Jalan Ayer Keroh Tol,
Ayer Keroh, Melaka

Website


4 comments:

  1. Insanely beautiful! masa study sini, lalu je la mampu. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdela mahal mana pun resort ni. sometimes diorang jual bilik dengan harga murah .. :)

      Delete
  2. brapa harga semalam? ada pakage ka?

    ReplyDelete
  3. Tempat memang cantik.. cuma kita pergi waktu Tahun Baru Cina... mahal jugak la harganya.. tapi kita puas hati..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)