1 April 2015

KEMERIAHAN HARI TENTERA DARAT DI PORT DICKSON

Meskipun aku duduk nogori, tapi ni first time aku tengok persembahan abam-abam sado tentera. Oh by the way, ini adalah acara tahunan kat Port Dickson. Korang tahu kan, Port Dickson dikenali sebagai bandar tentera darat. (fuh, tetiba rasa selamat duduk nogori.. kahkah).



Hari Tentera Darat tahun ni berlangsung dengan begitu semangat sekali kat Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson.



Tema kali ni, memperingati tragedi pencerobohan di Lahad Datu. Sebak pula aku mengenangkan jasa diorang ni mempertahankan negara semasa insiden pencerobohan tu. Bukan semudah ABC. Demi nak menyelamatkan tebusan-tebusan kat Lahad Datu, mereka ni sanggup berkorban dan amek risiko. Fuhh!!! Mekasih abam-abam tentera kerana mempertahankan negara Malaysia.


Selain persembahan demo, kat sini juga ada booth-booth jualan dan of courselah, paling best dapat makan FREE. Woahhh!!! Berebut-rebutlah orang beratur. Hahaha.


Belum terlambat aku nak wish, Selamat Hari Tentera Darat kepada abam-abam sado yang baca blog Kisah Tatie ni. Hikss, kalau adalah. :)

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)