25 March 2015

HOTEL BEST KAT MANILA PHILIPPINES

 F1 Hotel Manila's Review | Saje aku simpan entri ni lama-lama kat draft. Tapi kesian pula kat mereka yang asyik-asyik tanya.. "Hotel apa yang best kat Manila??". Okaylah, aku buka cerita. Tak sampai hati pulak nak simpan seorang. Lagipun hotel ni best dan selesa. Ngeee.

Ini trip kedua ke Manila. Kalau compare hotel sebelum ni dengan yang sekarang, best lagi yang sekarang ni. F1 Hotel Manila ni terletak di kedudukan yang best. Dekat dengan restoran halal, dekat dengan shopping mall dan lain-lain lagi. 

Makan, makan, makan .. Janji dekat dengan restoran halal!

Me & F1 Hotel Manila

F1 Hotel Manila ni dulu dikenali sebagai Best Western Premier F1 Hotel. Tapi aku lagi suka nama sekarang. Pendek dan senang nak ingat. Hotel ni takdelah jauh mana dengan airport. Lebih kurang 6.3 km je. Tapi aku ingatkan korang. Manila ni jam dia boleh tahan persis Jakarta. So, janganla take sweet time bila nak ke airport. Takut nanti terlepas flight.


Lobi hotel ni terletak di tingkat atas. Pelikkan? Apa-apa sajalah, asalkan selesa. Hotel ni juga menyediakan free shuttle untuk kemudahan pengunjung yang menginap di sini.

Free Shuttle Service

Memang aku tatau langsung jenis bilik, rupa bilik, keadaan bilik. Sebab trip ke Manila ni semuanya Airasia yang tanggung. Aku pula lupa nak survey. Pasrah je la dapat bilik macamanapun. Tapi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, mata aku terpukau. Homai...!!! Cantik gila.

Jenis Bilik : City Suite


Lepas je dapat bilik, terus aku keluar merayap sekitar hotel. Excited punya pasal. Haha. Hotel F1 Manila ni memang tak mengecewakan. Dari segi bilik, kemudahan sampailah ke lokasi. Aku suka semuanya. Hahaha.

Swimming Pool Sampai 3 .. Hahaha. 
TropicalVibe Bar
Spa
Gym

Cepat-cepatlah book hotel ni! Have fun in Manila. :)


2 comments:

  1. Hotel cantik tapi harga bilik hotel macam mahal.

    ReplyDelete
  2. nak tanya pasal penang..nak stay mana better? Georgetown atau feringghi?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)