22 February 2015

SUASANA TERKINI DI BUKIT BENDERA PULAU PINANG

Dah lama berhajat untuk ke Bukit Bendera Pulau Pinang ni. Rasa-rasanya kali terakhir ke sini masa zaman kecik-kecik dulu. Tau pun bila tengok gambar masa kecik-kecik. Memang satu benda pun aku tak ingat. Hewhewhew.


Untunglah bila Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia Gaya Travel singgah ke Bukit Bendera baru-baru ni. Ibarat impian tercapai. Thank you Gaya Travel Magazine dan Tourism Malaysia Pulau Pinang kerana merealisasikan hajat ni. Dah berkali-kali ke Pulau Pinang, tapi ada je halangan untuk ke sini.

BUKIT BENDERA
Bukit Bendera Pulau Pinang

BUKIT BENDERA?? Best ke? Eh, mahunya tak best! Pada ketinggian 830m above sea level, Bukit Bendera ni terkenal di kalangan pelancong dan juga rakyat tempatan. Bukan setakat bukit semata-mata, tapi kat atas tu ada macam-macam.

And of course, bila sebut je Bukit Bendera Pulau Pinang mesti teringat 'kereta kabel' atau Fenicular Train. Dah jadi satu trademark bila ke Bukit Bendera ni. Stesen Penang Hill ni mula dibuka pada tahun 1923 dan masih kukuh sehingga kini. Wow!



Kereta kabel di Bukit Bendera ni pun dah berubah imej. Siap berhawa dingin dan berkonsep moden. Memang selesalah. Tapi yang tak selesa bila terlampau padat macam sardin especially time tengah peak. Alamak, kacau je! Hahaha.

Itulah Pengangkutan Awam Untuk Ke Bukit Bendera
Funicular Railway

HARGA TERKINI TIKET CABLE CAR BUKIT BENDERA


Memandangkan aku dah lama tak pergi Bukit Bendera, maka aku jadi excited. Haha. Tak sabarnya!!! Nasiblah kereta kabel yang baru ni laju. Sekejap je dah sampai. Cuma sesekali aku rasa gerun bila tengok landasan. Lebih-lebih lagi duduk di bahagian paling depan sekali. Memang clear view dia. 


Yeay, Dah Sampai

Zaman dulu-dulu, Bukit Bendera ni la tempat penjajah Francis Light berehat dan juga menanam strawberry. Suhu kat sini dulu sejuk berbanding sekarang. Dari atas ni, korang boleh lihat pemandangan indah di sekeliling pulau. Memang cantik, lebih-lebih lagi menjelang senja. Sunset view yang sangat menakjubkan. 



Icon Pulau Mutiara

The Famous Penang Hill Kacang Putih



Apa yang ada di atas Bukit Bendera? Ada Muzium Burung Hantu, Kuil, Masjid, The Guard House, Astaka Bukit Bendera, Cliff Cafe, David Brown's Strawberry Hill Cafe, Crag Hotel, Bellvue Hotel dan lain-lain lagi. Korang juga boleh buat aktiviti jungle trekking kat sini.

Cliff Cafe & The Owl Museum


Lookout Point


Kalau rajin, naiklah ke atas. Tapi awal-awal aku dah surrender tak nak daki. Hahaha. Terdapat perkhidmatan buggy yang disediakan kat sini. Satu buggy lebih kurang RM30 dan bawa korang pusing-pusing kat situ. Aku tak sarankan korang untuk naik. Melainkan kalau pergi dengan group, then okaylah. If seorang je, tak berbaloi.

View kat atas tu lagi cantik dan merupakan puncak tertinggi di Bukit Bendera ni. Ada meriam lama zaman British dulu dan lain-lain lagi. Mana aku tau? Dari gambar hasil tangkapan media lain. Haha.



Alamak, budaya love padlock dah merebak ke Bukit Bendera ni lah. Tak percaya tengok kat bawah ni. Aiyo, aiyo. Tak payah pergi Paris atau Korea. Kat Bukit Bendera pun boleh. Hihihi.


Bagi memperingati benda yang lepas, train lama diletakkan cantik kat atas ni. Haa, adik-adik .. Inilah train lama yang diorang pakai dulu kala. Ahkak kau ni pun tak wujud lagi time tu. Hahaha.


David Brown's Strawberry Hill

Ini aktiviti paling seronok kat atas ni, tak lain tak bukan .. MAKAN!!!! Haha. Ada dua tempat korang boleh melantak kat atas Bukit Bendera ni. Satu kat Cliff Cafe (ada variasi makanan) dan satu lagi David Brown's Strawberry Hill. Dah alang-alang sampai atas ni, tak syoklah tak feeling-feeling mat salleh. Hahaha. Jadi, jomlah kita menikmati English Hi-Tea kat sini. 


Bestnya dating kat atas ni. Eh, eh.... Jangan salah sangka. Kitorang dating beramai-ramai dengan group media. Dengan Syad, Tira dan lain-lain lagi. Hehehe. Tapi bestlah. Perasaan makan scones kat atas ni lagi syok berbanding di Cameron Highlands. Lebih-lebih lagi bila menghadap view menarik. So romantic and calm. :)

Peace Yo!!

Masa nak balik tu pun aku duduk di bahagian paling depan. Part ni aku tak suka sebab terlalu ramai. Kalau korang nak balik, mohon jangan naik time tengah peak. Semput! Anyway, pengalaman duduk depan sekali masa nak turun ni sangat menakutkan. Tetiba teringat cerita Final Destination. Seram!! 

Train terakhir turun dari Bukit Bendera pada jam 11 malam. Tapi kaunter tiket tutup jam 10.30 malam. Jangan lambat ye, karang tidurlah korang kat atas tu. Hahaha.

Moh Kita Balik
View Malam Dari Bukit Bendera

Alaaa, dah balik. Rindu dah! Semoga kita ketemu lagi
BUKIT BENDERA

5 comments:

  1. nak tanya soalan gila....kat atas tu ada tempat penginapan tak?

    ReplyDelete
  2. excited! nak pegi 28-30 may ni..

    ReplyDelete
  3. wah...cantiknya bukit bendera...kalau tak silap, saya pernah minum teh kat strawberry tu...halal kan tempatnya?

    ReplyDelete
  4. 1. Teratai - Ambil kelopak terbaik dari bunga teratai. Tumbuk kelopak hingga halus dan campur dengan madu dan susu untuk membuat pasta. Gunakan pasta ini seminggu sekali untuk mencerahkan kulit Anda secara alami.

    2. Jeruk - Jeruk sangat baik untuk meringankan noda gelap pada kulit. Yang perlu Anda lakukan adalah membuat bubuk dari kulit jeruk yang dikeringkan. Tambahkan beberapa tetes susu bubuk untuk membuat pasta halus. Oleskan pasta ini pada wajah dan leher. Bilas dengan air dingin setelah kering.

    ReplyDelete
  5. Teh. Tentulah halal.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)