25 February 2015

MUDAHNYA PERCUTIAN KORANG KE PENANG BILA WUJUDNYA PERKHIDMATAN ....

Kalaulah dari dulu ada bas ni kan senang? Jimat minyak, jimat tenaga dan jimat duit parking. Tak payah nak stress bagai maki hamun segala benda yang sering dilakukan ketika memandu. Ops, kantoi la pulak! Hahahaha. Tapi takyahlah nak tipu, korang pun 2x5 je kan? kan? =P

Especially kalau pergi Pulau Pinang. Kebanyakan jalan kat tengah-tengah bandar Georgetown tu 'comel-comel' je. Gewammmmm ahkak tau! Tempat parking yang terhad. Kengkadang terpaksa pasrah bila parking jejauh dan kena jalan sampai keluar peluh jantan bagai. Make up? Jangan cakaplah.. lawa lagi Esah 50 sen. Haha. 

Tapi bila ada bus Hop-On Hop-Off ni ibarat satu penyelesaian. Bercuti dengan penuh bergaya, bawa anak bini, mak ayah dan saudara pusing Pulau Pinang dengan bas ni. Relax, sit back and enjoy your holiday. Ohsemmm sangat! :)

At the same time aku salute dengan orang Penang. Psst, diorang rajin berjalan kaki. Woooo, terbaiklah diorang ni. Healthy lifestyle. Ko hado?

Bas Hop-On Hop-Off Penang

Penang Hop-On Hop-Off ni baru je dilancarkan November tahun lepas. Walaupun masih baru, tapi biasalah Penang .. memang sentiasa ramai dengan tourist. Maka secara tak langsung bas ni pun dapat tempiasnya juga. Bagi aku, dengan adanya bas Hop-On Hop-Off kat Penang ni, percutian korang lebih teratur dan mudah. 

Entry lepas :


Penang Hop-On Hop-Off ni stop di beberapa lokasi famous di Pulau Mutiara ni. Bagi yang tak pernah naik mesti terpinga-pinga. Apa tu Ho-HO? Dia lebih kurang, bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Ni lebih senang sebab korang cuma naik bas ke sini ke sana. Korang boleh turun dan naik untuk ke lokasi seterusnya. But make sure kat bus stop bas Ho-HO ni je lah. Karang tunggu kat bus stop Rapid, sampai tahun depan pun belum tentu naik. Hahaha.

Ho-HO Info di Setiap Bus Stop
Lokasi Bas Hop-On Hop-Off Di Penang

Route Bas Penang Hop-On Hop-Off
(Bandar) - Persiaran Gurney ke Bukit Bendera
(Pantai) - Teluk Bahang ke Persiaran Gurney

Waktu Perkhidmatan Bas Hop-On Hop-Off
9 pagi hingga 8 malam
(tiket valid 24 jam)

Harga Tiket Bas Penang Hop-On Hop-Off 
Mykad RM19 (adult) RM12 (children)
No Mykad RM45 (adult) RM24 (children)

Bye Penang Hop-On Hop-Off, Till we meet again!
(^_^)

1 comment:

  1. Bestnyer.... lain kali balik kampung nak naik tengok... hehehe

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)