Tahun lepas aku dapat whatsapp yang tidak menggembirakan pasal Jeruk Pak Ali ni. Dalam whatsapp tersebut mengatakan jeruk Pak Ali ni dah dijual ke bangsa lain. Gulp! Memang tak keruan dibuatnya. Sebab jeruk Pak Ali ni la satu-satunya jeruk yang aku makan sampai tak ingat dunia dan kengkadang terpaksa makan sesenyap tak moh share dengan orang lain. =P
Antara percaya dan tidak percaya. Tapi aku tahu, pengasas jeruk Pak Ali ni adalah arwah Hj Ali bin Hj Omar dan diasaskan sejak tahun 1985. Ish, mustahil lah dia jual kat orang lain. Waris dia kan ada lagi? Pastu, baru-baru ni bila ke Kilang Jeruk Pak Ali .. barulah aku lega!
Jeruk Pak Ali kini diterajui anaknya Alias bin Hj Ali. Dari kecil-kecilan, kini semakin berkembang. Kemudian pada tahun 2008, ia bertukar menjadi Jeruk Madu Pak Ali Enterprise dan seterusnya mengorak langkah menubuhkan Pak Ali Food Industries Sdn Bhd pada Januari 2013. Dah cukup dengan sejarah. Nanti tertido pulak korang.
Jangan makan jeruk Pak Ali selagi korang tak beli dari pengedar jeruk Pak Ali yang sah. Nak beli jeruk, make sure ada logo muka Pak Ali tau!! Aku diberitahu Jeruk Pak Ali ni adalah satu-satunya jeruk yang mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Makanlah tanpa was-was.
Logo Jeruk Pak Ali
Kompleks Jeruk Pak Ali atau dikenali sebagai Muzium Jeruk Pak Ali ni lokasinya kat Seberang Perai Selatan. Kat sini korang boleh tengok sendiri camana diorang proses jeruk-jeruk ni. Selain dari kilang, kat sini ada kedai jual-jual produk Pak Ali Food Industries dan juga produk-produk IKS yang lain termasuklah produk FAMA.
Kilang Jeruk Pak Ali
Waktu Urusniaga Kilang Jeruk Pak Ali
First Time Datang Kilang Jeruk Pak Ali
Pekerja Baru Kilang Jeruk Pak Ali
Suasana Dalam Kilang Jeruk Pak Ali
Siap Untuk Diedarkan
Bahan-bahan Yang Digunakan Untuk Buat Jeruk :
Buah-buahan
Gula Pasir
Cuka Epal
Madu Lebah Asli
Bahan Pengawet (10 L air = 30g sodium bonzaid dicampurkan)
Cara-cara Nak Buat Jeruk
1) Buah dikumpulkan dan digredkan mengikut jenis
2) Buah dibersihkan dan direndam dalam air garam selama seminggu
3) Buah dicuci dengan air suling dan dipotong mengikut saiz
4) Buah diperiksa dan kemudian dijerukkan selama 3 hari
5) Last sekali, buah yang dah dijerukkan akan dibungkus sebelum diedarkan
Jeruk Pak Ali ni bagus sebab dia menggunakan gula pasir dan sedikit madu lebah asli. Cuka yang digunakan pun bagus iaitu cuka epal. Bolehlah slim mlim sebab memang cuka epal ni bagus untuk menguruskan badan. Hahaha.
Paling teruja, ada juga coklat favourite zaman kanak-kanak dulu. Yahooo!! Rare gila especially JoJo dan Tora yang susah gila nak dapat sekarang ni. Yang ni aku beli dan nak simpan kat dalam almari. Tak mau buka sampai cucu cicit. Hahaha.
Tora, Jo Jo, NiNi dan Ding Dang
Kilang Jeruk Pak Ali
Lot 420, 421, 652-655, Kawasan Perindustrian Perda Tasek,
14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
No Telefon Jeruk Pak Ali
04-588 3781 atau 019 496 5169
14120 Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
No Telefon Jeruk Pak Ali
04-588 3781 atau 019 496 5169
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)