27 February 2015

FLYING FOX TERPANJANG DI DUNIA AKAN DIBINA DI LANGKAWI

Selepas menaiki basikal gantung (bike zipline) di Bohol tahun lepas, fobia aku kat ketinggian seolah-olah dah lesap entah ke mana. Kalau dulu pantang kat tempat tinggi sikit, aku da mengigil-gigil. Tapi kini, bukan setakat lesap malah aku rasa tak pernah puas bila melakukan aktiviti lasak seperti flying fox. I want more and more and more!!!

Benarlah, nak ubati trauma kita sendiri kena hadapinya. Kalau tak, sampai ke sudah rasa takut membuak-buak kat hati. Ini tips atasi trauma pada ketinggian dan apa jua jenis trauma yang korang alami. Alah bisa, tegal biasa. Pernah dengar? Hehe.

Begitu juga dengan Skytrex Adventure. Oh, aku suka gila Skytrex. Tak pernah serik dan bosan untuk ke sini. For this, ini juga tempat dating paling best. Bolehlah test pakwe korang tu macho ke idok. Kot takat macho kat luar, tapi baru suku jalan da pancit. Isk, isk, isk.


Skytrex Adventure ni ada dua lokasi. Satu kat Shah Alam dan satu lagi kat Langkawi. Soon, bakal dibuka kat Melaka. Katanyalah... Kita tengok je lah nanti. Tapi kat Langkawi ni pun masih baru dan Insyallah banyak perancangan diorang ni. Semua hebat-hebat dan tak sabar nak tengok.

Salah satunya, membina flying fox terpanjang di dunia. Oh, wowww. Flying fox terpanjang di dunia bakal dibina di Langkawi?? Yahooo. Ia bakal dibina dari Cabel Car hingga ke tempat Skytrex bertentangan dengan Perdana Quay Langkawi. Tapi aku tak dapat imagine lah camana. Seramlah pulak nak naik nanti. Hahaha. 

 

APA TU SKYTREX ADVENTURE?? Dia macam cabaran melintasi beberapa halangan. Halangan dari pokok ke pokok atau dalam bahasa omputeh, a tree to tree sky-trekking on a various aerial obstacles suspended above the lush rainforest. Apa yang aku salute kat sini, walaupun diorang menggunakan pokok, tapi diorang tak tebuk satu pokok pun menggunakan paku. Baguskan? Masih mengamalkan budaya eco friendly.

Bakal Menjadi Kaunter Reception

Cukup dengan pengenalan, ayuh kita lihat cabaran-cabaran yang kitorang buat kat Skytrex ni. Dari ramai-ramai yang join Skytrex ni, hanya beberapa orang je yang lepas cabaran Skytrex ni dan hanya aku seorang (group media) yang berjaya naik tangga ganas tu. Diorang lagi lima orang?? Skip tangga tu sebab kesuntukan masa tapi continue buat cabaran seterusnya. Cess, aku tertipu bila dah sampai atas, tengok diorang lari pergi ke next step. T_T


Terdapat tiga level kat Skytrex Adventure ni. Satu, little legend adventure (beginner level). Yang ni ada 20 cabaran yang dibuat khas untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Dua, eagle thrill. Eagle thrill ni la yang kitorang buat. Ini lebih dikenali sebagai intermediate level dan terdapat 25 cabaran kat sini. And last, island extreme. Ini untuk mereka yang suka lasak aka advance level. Yang ni lebih 30 cabaran kat sini dan sememangnya menguji tahap ketahanan dan kesabaran korang.

Daftar Dahulu
Kasut Tak Sesuai? Boleh SewaKat Sini
Are You Ready??
Sarung Tangan Pun Boleh Disewa Kat Sini

Walaupun sarung tangan ni nampak ganas, tapi aku tak galakkan sangat. Berdasarkan pengalaman aku, jari masih lagi melecet. So, silakan bawa sarung tangan sendiri. Yang penuh menutup satu tangan kalau tak nak sengsara tahan pedih dek kerana tangan mengelupas. :(

Saya Dah Bersedia
Sesi Pasang tali
Taklimat

Korang wajib dengar taklimat dan belajar pasal tali ni. Sebab kat Skytrex ni ada part korang kena buat sendiri tanpa dibantu oleh staff-staff Skytrex. Apa yang merumitkan adalah bab sambung menyambung, Mean, korang kena tanggalkan tali dan sambungkan dengan cabaran lain. Tak faham? Nanti dah pergi sini, korang fahamlah sendiri. Hahahaha.

 

Little Legend Adventure

Amoi Masih Bertahan Dengan Kebaya Nyonya Dia

EAGLE THRILL ADVENTURE 
AT SKYTREX

Tak semua aku kepilkan kat sini, tapi tengok je lah mana yang aku sempat snap.

Nampak Mudah, Tapi Sumpah Menyusahkan
Ini Paling Ganas, Kena Peluk Dari Satu Kemudian Pusing Dan Peluk Dan Pusing ...
Tengoklah Tuuuuuu .. Hahaha
Ini Pula Kena Meniti Tali Dan Juga Papan .. Senang Je Ni
Ini Susah Sikit Kalau Kasut Licin
Ini Kacang je, Tapi Kena Merangkak, Tak Boleh Berdiri
Ini Kena Bongkok Dan Berjalan .. Tak Sukaaa!! Sakit Lutut!! Hahaha
Flying Fox .. Nampak Rendah Tapi Tinggi Sebenarnya
Meniti Papan Untuk Ke Sana.. Senang Juga Ni
Ini Pun Senang

Dan yang paling susah sekali, tangga ni lah. Sebab dia kena naik ke atas. Aku naik 3 anak tangga, stop, naik lagi stop, naik stop.. Lama juga nak sampai. Agaknya sebab tu diorang skip benda ni, sebab susah gila. Yang aku pun satu hal, naik paling awal.. Rasakan kena tinggal bila dah sampai kat atas. Hahaha. Nak turun balik tak boleh, terpaksa pasrah. Sobsobsob.

Taknak Naik Tangga Ni Lagi !!!

Candid By Dboy..

Walaupun penat gila, tapi aku puas hati. Lebih-lebih lagi habis kesemua cabaran kat Eagle Thrill Adventure. Sayang pula rasanya nak jadi 'chicken'. Alang-alang dah buat, biar buat sampai habis. Kan? Korang kena try. Skytrex Langkawi dan Skytrax Shah Alam tak sama. Kat Shah Alam senang sebab kawasan sana mendatar. Kat Langkawi ni dia kawasan dia berbukit. Lebih mencabar!

Peluh dan tenaga tu keluar lebih sikit. Memang memenatkan tapi best. Singgah-singgahlah bila ke Langkawi nanti. :)

Harga Tiket Skytrex Adventure Langkawi
Little Adventure RM45
Eagle Thrill RM55
Island Thrill RM65
*harga online*

Skytrax Adventure Opening Hours
9 am - 3pm

Untuk Beli Tiket Dan Info, Layari :
Skytrex-Adventure

1 comment:

  1. Owhh skrang pagil eagle thrill plak...dulu sy pg big thrill...mmg bestt pasni nk try extreme lak...huhu...batang paip panass...lahaii xske gak >.<

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)