16 February 2015

CARA-CARA NAK KE BANDAR MELBOURNE DARI AIRPORT

Sambungan kisah percutian di Melbourne. Actually, entri ni patut be the first entry pasal Melbourne. Huahua. Tapi tak kisahlah. Memana yang start dulu pun okay. Janji berkaitan dengan Melbourne. Kan?

Ada sesiapa yang tengah plan nak ke Melbourne tak? If ada, bolehlah take note. Cerita hari ini pasal, CARA-CARA NAK KE BANDAR MELBOURNE DARI AIRPORT. Haaa, penting ni.. penting!! Sebab ini permulaan langkah untuk ke bandar Melbourne. Tersilap langkah boleh sesat! 

Percutian ke Melbourne Australia

Dari Kuala Lumpur ke Melbourne, aku menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS). Tu pun nyaris-nyaris tak dapat naik sebab flight FULL. Maybe disebabkan kejohanan tennis, Australia Open. So, ada lebih kurang 12 orang menunggu di waiting list, termasuklah aku. Full bukan time tu je, but yesterday, today, tomorow and blablablabla dalam minggu tu. So, harapan nak naik flight time tu sangat tipis. Boleh bayangkan tak camana cuaknya aku time tu?? 

Malaysia Airlines to Melbourne

Sampai je kat airport, mak datukkk!!! Kena beratur panjang. Fuh, kusss semangat. Aku nasihatkan korang bila sampai je airport Melbourne, cepat-cepat lari ke kaunter immigration. Jenuh nak beratur panjang hoi. Unless korang ada express card, bolehlah skip beratur ni. Mohon bodek stewardess/steward kat dalam flight kalau nak kad ni. Hahaha.


Beratur Panjang Gile!!!

If korang dah biasa ke Australia, maka takde hal la bab immigration sebab semua data dah ada dalam komputer diorang. For me, kat sini paling sempoi compare dengan Sydney dan Adelaide. Kastam dia pun tak banyak songeh. Eh, aku masih trauma dengan kejadian dipunggah habis-habisan kat Adelaide tahun lepas. Lol!

Keluar je kat arrival hall Melbourne International Airport, terus ambil kiri. First of all, korang akan jumpa Tourist Information Centre dulu. Kat situ bolehla amek map ke, pamhplet ke dan sebagainya. Berdekatan dengan situ juga ada mesin jual Myki kad. Silalah beli Myki kad ni untuk kegunaan semasa berada di Melbourne. Hehehe.

Dah beli Mykid Kad?? Sekarang jom ke bandar Melbourne.  

Terus dan terus keluar sehingga nampak logo Skybus. Ingat, dari arrival hall, terus ke kiri. Jangan ke kanan pula ye. Hehehehehe ... =P

Skybus Melbourne Airport

The easiest way untuk ke bandar Melbourne dari airport adalah dengan menaiki Skybus. Mudah dan jimat masa. Tiket skybus kenalah beli di kaunter Skybus di luar airport Melbourne atau beli online. Tiket ini valid untuk tempoh tiga bulan. So, kalau nak beli bebanyak pun boleh, janji kena gunakan dalam tempoh tiga bulan. Errr, faham ke tak?? T_T

Harga tiket Skybus Melbourne adalah AUD18/sehala. Tapi kalau beli return jimat AUD 6. Sebab harga tiket return adalah AUD30. Harga tiket ni termasuklah Skybus hotel transfer.

Harga Tiket Skybus
Tiket Skybus Melbourne

Okaylah ada yang tak faham kan, kenapa dah naik skybus tetiba ada pula Skybus Hotel Transfer.. Kalau aku first time ke Melbourne pun aku rasa pelik. Sebenarnya, Skybus ni akan berhenti di Southern Cross Station Melbourne. 

Jom Naik Bas
Selfie Kejap

Yang best semestinya FREE WIFI onboard. Bolehlah update kat Instagram ke, foursquare ke atau Whatsapp family bagitau dah selamat sampai kat Melbourne. Perjalanan dari Melbourne International Airport ke bandar mengambil masa kira-kira 25-40 minit. Bergantung pada traffic.

Pemandangan Bandar

Sampai je ke destinasi, janganla terus keluar dari tempat tu. Sebaliknya silalah check-in di kaunter Check-in Hotel Transfer. Ini bukanlah check-in hotel, tapi check-in bas dan tunggu sehingga nama hotel korang dipanggil kemudian naiklah Skybus Mini-bus. Ini termasuk dalam harga tiket korang tu tau!

Step 2 : Check-in Hotel Transfer
Spot Bahasa Malaysia.. Wah, bangga!!
Tempat Simpan Barang

Tapi Skybus Minibus ni ada yang tak berhenti betul-betul kat depan hotel. Al-maklumlah kat town ni majority banyak zon restricted, so ada yang dia akan berhenti di tepi hotel, di hujung jalan, di belakang hotel.. Depend kat kawasan tu.

Bila dah sampai hotel, ingat!! Silalah book pick-up Skybus Minibus untuk pulang ke airport secepat mungkin. Booking mestilah dibuat pada waktu pejabat Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 1030 malam. Hotel Transfer service ni on setiap hari except Hari Krismas. 

Mudahkan?? Untuk info lanjut bolehlah layari : 


8 comments:

  1. melbourne nye public transport memang terbaik....

    ReplyDelete
  2. Salam sis...h0w to private our pic dr diklik??

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat berguna... thank you!

    ReplyDelete
  4. Tip top!! Mahu bercuti ke Melbourne?? Hubungi kami melalui FB Percutian Bajet ke Melbourne 😊

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya telah masuk anda dalam bloglist saya. Jom kita tukar bloglist. Thanks

    ReplyDelete
  6. salam... perkhidmatan skybus tu 24 hours ke?

    ReplyDelete
  7. Salam, kalau tak keberatan boleh tak sharekan itinerary kepada saya , coz saya tak boleh copy paste, just utk rujukan sendiri sahaja
    rickyminaiky.rm@gmail.com

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)