11 February 2015

BLOK M EXPRESS MELBOURNE JADI TUMPUAN ORANG MALAYSIA

MAKAN?? Nak makan apa kat Melbourne?? Jangan risau, banyak restoran halal kat sana. Cuma mahal sikit je. Tapi dalam banyak-banyak tu, Restoran Blok M lah menjadi pilihan hati. Restoran Indonesia ni sering menjadi tumpuan penggemar-penggemar makanan Indonesia.

Owner dia pun orang Indonesia, Pak E dan ianya Halal. Lokasi Restoran Blok M Express Melbourne di Little Bourke Street. (berdekatan dengan H&M). Harga-harga makanan kat sini boleh tahanlah harganya. Contoh ayam bakar dengan nasi, AUD 9.90. Murah ke mahal?? Itulah Australia. Hahaha.

Nama Blok M ni diambil sempena kawasan Blok M di Jakarta, tempat dimana Pak E ni membesar. Tetiba rindu pula kat Jakarta. Haha.

Restoran Blok M Express

Dalam banyak-banyak menu, aku suka Iga Bakar. Sedap gila!!! So, kalau ke Indonesia .. Eh Melbourne, jangan lupa ke Blok M Express. Air kosong adalah percuma. Haa, boleh save duit kat situ. Hahahaha. Bagi yang suka pedas, orderlah Iga berlado ke, ayam berlado ke.. Memang pedas gila.

Antara yang aku sempat makan kat Blok M Express Melbourne ni adalah :


Iga Balado AUD 14.90

Ayam Balado AUD 9.90

Ayam Bakar AUD 9.90

Iga Bakar AUD 9.90

Menu seakan-akan sama, cuma tukar-tukar je. Apa-apapun sos bakar dia sedap. Iga dia pun lembut. Sebab tu aku jadi addicted. Nak lagi, nak lagi dan nak lagi. Nasiblah dari Tunehotels Melbourne ke Blok M Express ni dekat je dan nasib baik lagi, tram adalah percuma. Huahuahua.

Sekarang bagitahu cepat, siapa boleh tapaukan iga bakar untuk aku?? Craving ni!! Hahaha.

I Love Blok M Express Melbourne


Restoran Blok M Express Melbourne
380 Little Bourke Street, Melbourne CBD

5 comments:

  1. tatie.. nak tanya sikit.. iga tu apa?
    hehe.. first time dengar.. :D

    ReplyDelete
  2. nomnomnom.. craving for ayam bakar penyet....

    ReplyDelete
  3. Terliur pulakk.. dah lama dah tak jumpa Iga Bakarr ni.

    ReplyDelete
  4. mmg sedap bangat,dah cuba!! rindu sgtt melbourne.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)