7 December 2014

SEJARAH PADI DI MUZIUM PADI KEDAH

Kalau sebut pasal 'NASI', aku tahu. Nasi ayam, nasi tomato, nasi briyani, nasi goreng... alahai sedapnya! Tapi kalau uols tanya aku pasal sejarah padi memang satu benda aku tak tahu. Nasib baiklah ada Muzium Padi Kedah. Masa trip Sahabat Media ke Kedah beberapa bulan lepas, kami sempat singgah ke Muzium Padi Kedah. Apa yang menarik kat muzium ni? Apesal aku baru tahu kewujudannya sedangkan ia dah dibina lama? Erk.

Jom Ke Muzium Padi Kedah
Ce Teka Apa Nama Jentera Ni

MUZIUM PADI KEDAH

Kedah memang sinonim dengan nama 'Negeri Jelapang Padi'. Sejuk je mata bila berkunjung ke Kedah. Kiri kanan hijau. Ditambah pula pemandangan sawah padi, Gunung Jerai dan lain-lain. Nyaman!
Tapi jangan lupa singgah ke Muzium Padi Kedah. Antara tempat wajib yang harus dikunjungi, especially for first timer. Lokasi Muzium Padi ni ialah di Gunung Keriang Kedah, kira-kira 8km dari Alor Setar. Mula dibuka 10 tahun lepas (12 Oktober 2004).


Waktu Operasi Muzium Padi Kedah
9 am - 5 pm (setiap hari)

Harga Tiket Muzium Padi Kedah
RM 5 (dewasa)
RM 2 (kanak-kanak)


Macam yang aku cakap, ini kunjungan kali pertama aku ke Muzium Padi Kedah ni. Memang tidak menghampakan. Muzium ni sangat besar. Kat luar siap ada kuda. Eh, bukan kuda kat atas ni. Kuda atas ni patung kuda. Sebaliknya, kuda hidup.

Kuda Padi
4WD Yang Membawa Rombongan Kami
Cara Tradisional

Jom tengok apa yang ada kat dalam Muzium Padi Kedah ni.


Muzium Padi ni bukan je ada barang-barang berkaitan padi, malah kat sini padat dengan info mengenai padi. Sebab tu muzium ni dikira special. Muzium Padi ni terbahagi kepada 3 aras. Sangat-sangat besar!


Pameran Lukisan Berpusing

Pameran ni sangat unik. Korang duduk je. Nanti dia berpusing. Keseluruhannya menceritakan tentang kawasan sekitar Gunung Keriang ni. Aku rasa ini lagi hebat dari lukisan-lukisan yang lain. 


Turun je, kena merentasi tangga dan sekelilingnya seperti gua. Unikkan?


Selebihnya mengenai padi. Produk-produk yang terhasil dari padi. Eh, sebenarnya bukan beras je tau. Tapi banyak lagi benda seperti mee dan lain-lain. 


Lebih istimewa, ini adalah muzium pertama berkonsepkan padi yang dibina di Malaysia dan yang keempat di dunia selepas Philippines, Japan dan Germany.


And last, shopping time di Kedai Cenderamata yang terdapat di Muzium Padi ini.

Borong Jangan Tak Borong

Muzium Padi Kedah
06570 Alor Setar, Kedah

Last photo with driver kami. Thank you!

5 comments:

  1. U berada di kampung I... Huwaaaaa rindu kampung

    ReplyDelete
  2. Manarik sugguh... kalau kesempatan I pun nak check it out... best tahu serba sedikit latar belakang macam mana nasi boleh terjadi... thanks for sharing Tatie..

    http://www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete
  3. Lawak gambar yg u pakai baju kurung kedah tu n sebelah u tu... Muka dia..hahahaha....

    Adoi rindu kampung walaupun kampung i kat selangor je tapi ada padi

    ReplyDelete
  4. wahh..best juga kan..at least dpt tahu kehidupan pesawah....baru perasan blog Tatie tukar 'baju' lagi ye :-)

    ReplyDelete
  5. Muzium padi dengan my home sekangkang kera jer tapi tak penah jejak kaki pun..huhu.. kesiankan. Org luar yg dh sampai dulu.. adoi !!!

    http://zinziemeewah.blogspot.com

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)