22 December 2014

PENGALAMAN ORDER MAKANAN DENGAN FOODPANDA

Makin lama, aku makin malas nak keluar. Serious!! Especially hujung-hujung tahun ni. Dengan hujanlah, dengan banjir kilat yang tetiba berlaku lah, haish.. tu semua merumitkan perjalananku untuk ke shopping mall nak hadap traffic jam sana sini. Eh, tapi kenapa kena pergi mall?? Sebab nak makanlah. Laparudin bin Kebuluran. Hahaha.

Kadang-kadang, bila perut dan tekak berlaga nak makan sesuatu yang lazat dan istimewa, mesti rasa berkobar-kobar tapi bila tengok waze, sesak sana sini.. terus mati kutu sarung baju tidur balik. Haih. Aku memang sangat bencikan kesesakan lalu lintas.

Luckily, I found this apps, FOODPANDA yang sangat membantu. Mudah, just download kat handphone dan seterusnya buatlah tempahan makanan. Lagi best, lebih banyak restoran, lebih banyak pilihan. Semuanya di hujung jari je. Tak payahlah nak fikir minyak, fikir parking, fikir jam.. Senangnya hidup. Ewah!

Foodpanda

Foodpanda ni sebuah applikasi yang korang boleh download di Appstore, Google Play dan Window Phone Store. Ia sangat membantu bila time-time korang mengidam sesuatu makanan. Lebih 600++ restoran yang terlibat, korang boleh order makanan kegemaran korang di applikasi ini.


Then, samada nak pick up atau delivery. Suka hati koranglah asalkan perut kenyang. Ye dop? Kot-kot kat opis, malas nak keluar makan tengahari, just order je makanan dengan Foodpanda.

CAMANA NAK ORDER MAKANAN DENGAN FOODPANDA
1) Register terlebih dahulu di apps atau website Foodpanda 

Website :

2) Bila dah register kat Foodpanda, cepat-cepat find location. Kini Foodpanda makin berkembang sampai ke Ipoh, Melaka, Selangor, Penang dan Johor Bahru. Insyallah akan sampai ke negeri-negeri lain selepas ini. Negeri Sembilan pleaseeee!!! Pleaseee!!

Kuala Lumpur, Melaka, Penang, JB, Ipoh, Selangor, soon??

3) Dah pilih lokasi, dia akan keluar restoran yang terdekat. Tidak semua restoran ada di tempat korang. Tak bolehlah duduk Ipoh tapi nak order Nasi Ayam Linda Onn. Tak logik namanya kan? So, orderlah mana yang ada. Macam aku, aku order dari Taman Cempaka Kuala Lumpur. Tetiba hari tu teringin nak makan Italiannies. Nasib Pavilion dekat je. Hehehehe.


Done with order?? Tunggu sehingga delivery Foodpanda sampai. Delivery biasanya ambil masa sedikit dan bergantung pada keadaan traffic. Kadang-kadang lambat, kadang-kadang cepat. Ikut nasib. 

Mengenai caj tambahan, of courselah ada. Diorang ni bukan free delivery. Jika total order aku, RM82.50, ada caj-caj lain seperi service fee, vat dan delivery fee. Hiks!

Masa berlalu dengan cepat, aku terima call dari abang delivery untuk confirmkan location. Tup-tup dah sampai depan rumah. Agak cepat berbanding biasa. Dengan T-shirt Foodpanda dan motor biasa, abang ni pun sampai dengan senyuman menawan. Haha.


Foodpanda Man

"Ini Makanan Yang Diorder"
"Aha, masih panas.. That's good"
"Kejap, ambil duit ..Tunggu ye"

Dah habis membayar, sekarang masa untuk makan tengahari. Yahooo!!! Makan time panaslah best sambil chit chat dengan my bestfriend, Fazreen Ramli. Seronok tak terhingga. Lebih banyak masa boleh dihabiskan sambil tengok cerita kat televisyen berbanding keluar rumah, cari parking, tersekat dengan kesesakan jalan raya.. blablabla.. Tu semua bakal mengundang perasaan negatif dan mengganggu emosi. 


Makanan Yang Diorder dari Foodpanda

Senangkan?? Banyak lagi restoran-restoran yang best selain Italiannies ni. Korang boleh order snacks dari 7 Eleven, coffee dari Starbucks, Milk Tea dari Chatime, Sushi dari Sushi King dan

4 comments:

  1. tp sure ada minimum order kan?

    ReplyDelete
  2. wow.. can try order with them next time.

    ReplyDelete
  3. Cool! I hvn order mine! Will order ASAP :P

    ReplyDelete
  4. nmpk convenient kann., tp apsal 2 air tin pepsi smpi rm19? aiyahh ;p

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)