16 December 2014

PEARL INTERNATIONAL HOTEL HOTEL LAMA YANG ......

Pearl International Hotel adalah sebuah hotel lama tetapi sehingga kini masih menjadi pilihan pelancong khususnya dari negara China. Buktinya masa aku sampai, hotel ni FULL. Kat kaunter receptionist je sentiasa ramai. Tu menunjukkan betapa produktifnya hotel ni.

Walaupun kalau ikut usianya, banyak lagi hotel-hotel baru di ibukota, tapi aku percaya, pelanggan-pelanggan hotel ni berpegang pada prinsip ... kalau dah sekali datang suka, pasti datang lagi. Tak gitu?

Pearl International Hotel

Kalau siapa tak familiar dengan hotel ni, Pearl International Hotel terletak di Jalan Klang Lama. Tahu kan Jalan Klang Lama kat mana?? Alaaa, dekat-dekat dengan Pantai Dalam, Taman OUG dan lain-lain tu. Tanya Encik Waze mesti dia tahu. Wiwiwiwi. =P

Receptionist

Kalau tiba-tiba rasa nak pergi shopping, turun je bawah.. Ada Pearl Point Shopping Mall. Yela, kot-kot isteri mengidam Starbucks ke, apa ke.. haa, kan senang?? Tak payah siap bagai, pakai kain pelekat cap gajah dan pagoda, turun bawah je dah sampai. 

Pearl Point Shopping Mall
Kedai Kopi (Depan Kaunter Receptionist)

Kedai Kopi Femes

Kalau ikutkan, banyak benda diorang dah baikpulih kat hotel ni berbanding kunjungan-kunjungan aku yang lepas. Kira dah upgrade sikit bagi nampak modern dan lebih selesa.


Hallway

Jenis Bilik :
 Deluxe Room 


Okaylah kan? Selesa sangat .. Harga penginapan kat Pearl International Hotel ni pun murah jika dibandingkan dengan hotel-hotel 4 bintang yang lain di ibukota. Cuma yang tak best, bila nak iron baju. Masalah betul bab ni. Korang kena turun ke tingkat 15 untuk iron baju. Alahai, tetiba rasa macam zaman asrama. Hahahaha. 

Maybe ni, Pearl International Hotel boleh upgrade sikit. Rasa macam menyusahkan pelanggan pula. Especially bila makcik pakcik tua datang menginap di hotel ni, takkan diorang nak turun bawah? Hehe.

Ironing Room

Kawasan Persekitaran

Ops, terlupa pula. Pearl International Hotel ni lengkap dengan facilities seperti swimming pool dan lain-lain. Jadi, kalau ke Kuala Lumpur dengan bajet rendah tetapi mahukan penginapan selesa dan exclusive dengan harga rendah, why not stay kat Pearl International Hotel. Kan? Fyi, hotel ni dekat dengan Mid Valley Shopping Mall. Senanglah nak jalan-jalan. :)

Pearl International Hotel
Batu 5, Jalan Klang Lama, 
58000 Kuala Lumpur

No Telefon
+603 7983 1111

______________________________

1 comment:

  1. Dulu Miera stay dekat dengan hotel ini.. selalu lalu... hehehe

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)