9 December 2014

KISAH TATIE DI RANCANGAN SAFIYYA TV9 MINGGU INI

Pernah tak korang tengok budak yang tak ready apa-apa tetiba muncul kat rancangan TV? Capai je baju apa di depan mata, make up bersahaja .... Itulah yang berlaku kat aku baru-baru ini.

Pada mulanya, aku sangka tak jadi. Maklumlah lokasi pengambaran tak confirm, tiba-tiba dapat whatsapp, crew Safiyya dah sampai Seremban. Apa lagi, lintang pukang aku bersiap. Maafkan aku sekiranya tidak se-gah seperti orang lain. Tapi percayalah sampai hari ni aku rasa seperti bermimpi. 

Betul ke aku yang masuk rancangan Safiyya TV9 tu?  Apesal selekeh sangat? Alahai. T_T

SAFIYYA TV9
Shooting Safiyya TV9 Di Rumah Mummy

Actually hari tu memang aku tak cukup rehat. Sampai dari Kelantan (trip Sahabat Media Kelantan Unique) awal pagi tu. Memang lemau lah badan tak cukup rehat... Eyebag? Jangan citerlah. Sebesar duit syiling 50 sen lama.  *nangis*
Memang aku tak ready apapun. Nasiblah dah beberapa kali masuk TV. Kurang sikit rasa gabra. Kalau tak confirm basah lecun berpeluh jantan. Tapi still, entah apa yang aku merepek pun aku tak tahu. Arghhh, nanti korang layankan aje lah... hahaha.

SAFIYYA TV9
 Kerjaya Sebagai Blogger
SAFIYYA TV9
 Nak Ambil Baju Pun Masuk TV? Hahaha.

Kali ni aku masuk TV sebagai 'Kaki Jalan' atau sinonimnya sebagai travel blogger. Apa destinasi pilihan aku, itu ini.. blablablabla.... goreng selagi boleh. Segalanya tentang travel. Kalau korang nak tahu, slot Safiyya TV9 ni slot Islamik sikit. Apapun, maaf sekiranya terkurang.


Tapi kenapa aku pakai baju tu?? Whyyy?? Why??? Arghh, nampak besar!!! T_T

SAFIYYA TV9

Saksikan rancangan Safiyya Ahad ini 
14 December, 11 pagi di TV9

Terima kasih Safiyya & TV9
(^_^)

10 comments:

  1. Wahh bestnya kak tatie.. cantik sungguh rumah kak tatie

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu rumah mummy kita la.. rumah kita biasa-biasa je

      Delete
  2. Tanniahlah. Semakin gempak sekarang ini. :)

    ReplyDelete
  3. proud of awakkkk tatie wehhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  4. Yeayyy. Harap2 dpt tengok 14hb ni.

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH dear. bestnya dapat masuk TV :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah..InshaaAllah ahad nanti akak tengok :-)

    ReplyDelete
  7. seronoknya tatie! hari tu alisa & ayra tiba2 jerit sebab nampak tatie kat tv utk rancangan apa lupa lah. hehhehe..Hebat!!

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)