13 November 2014

TIPS MASUK HUTAN (JUNGLE TREKKING TIPS)

Zaman sekolah dulu aku memang aktif dengan aktiviti perkhemahan. Pantang ada je trip masuk hutanlah, trip campinglah, panjat gunung dan sebagainya mesti aku join. Tapi itu dulu, sekarang dah jarang.

Mungkin disebabkan faktor penuaan. Hahaha. Kengkadang meroyan gaklah nak panjat gunung. Tapi takde geng. Encik H? Arghh, dia bukan suka pun. T_T

Tapi tahukah korang sebenarnya masuk hutan ni ada pantang larangnya?? Apakah etika-etika yang harus ada semasa masuk hutan? Tips-tips keselamatan semasa masuk hutan? Apa yang boleh, apa yang tak boleh? Ini semua sangat penting ye hadek-hadek.. 

Kalau korang tak nak hilang dalam hutan, taknak ghaib kat hutan secara tetiba, tak nak benda-benda buruk terjadi... maka dengarlah nasihat akak ko ni.. hahaha :P

Ekspedisi Gunung Datuk Rembau


Tips Masuk Hutan ini dari Tuan Haji Jamaluddin Mohamed Yusoff
Exco Member Mountaineering Federation of Malaysia.


JUNGLE TABOOS (do)

1 - First sekali, korang kena hormat hutan tu sebelum memasukinya mengikut kepercayaan agama masing-masing. Seperti contoh, 'Assalamualaikum kepada penghuni-penghuni hutan'. 

2 - Ingatlah bahawa hutan adalah sebuah kingdom yang penuh dengan mitos dan misteri yang didominasi oleh penghuni-penghuni alam ghaib.

3- Jangan sesekali berkelakuan tidak senonoh. Jaga adab dan percakapan.

4 - Bagi yang lemah semangat, bawalah yaasin bersama.

5 -Sentiasa melihat kiri, kanan dan belakang. BE ALERT! Ia membantu korang bila sesat.

6 - Bawa botol air secukupnya. Kita mampu hidup dalam hutan dengan minum air selama 2 minggu.

7 - Nikmatilah persekitaran di dalam hutan. Dengan cara ini korang dapat mengatasi masalah ketakutan, kebimbangan dan tekanan.

8 - Bawa bersama-sama biji lada hitam, bawang merah dan cili kering. Ini mungkin membantu dengan 'membakar mereka' sebagai kemenyan dalam menakutkan makhluk halus ni. Especially bila kes histeria.

9 - Do take a brief half (10-15 minutes), at mid-day 12 noon whilst exploring or trekking.

10 - Sentiasa memberitahu diri sendiri, korang boleh melakukan aktiviti itu sampai habis. Percaya pada diri sendiri dan dengan kuasaNya korang boleh hidup dimana-mana hutan. Ini untuk menambahkan semangat.

Trip ke Taman Negara Bako Sarawak


JUNGLE TABOOS (don't)

1- Jangan sesekali mention kalau nampak apa-apa yang aneh. Contohnya, "Wei, hantu tu depan kau"... Sebaliknya, gunakanlah nama samaran. "Eh, cik han ada kat depan".

2 - Jangan tidur across any tracks atau laluan pejalan kaki. Ini kebiasaannya laluan haiwan dan juga makhluk halus (penjaga hutan).

3- Jangan sesekali mandi di sungai atau anak sungai semasa senja.

4 - Jangan bersiul, menjerit atau bertindak keterlaluan di dalam hutan. Jaga perangai dan tingkahlaku. Jangan cakap besar.

5 - Jangan buang air kecil di merata tempat especially di batu-batu yang pelik, batang pokok atau akar. And also busut.

6 - Jangan menyalakan lilin berhampiran mana-mana telur binatang. It is a calling sign of the jungle spectre hunstmen atau dalam bahasa lain memanggil hantu hutan.

7 - Jaga tingkahlaku semasa berada di air terjun.

8 - Jangan menendang semut-bukit atau ants-hills, atau menggulung mana-mana tumbuhan menjalar rotan @ rattan creepers.

9 - Jangan menoleh ke belakang atau menjawab panggilan kalau nama anda dipanggil secara tiba-tiba semasa berjalan. Mungkin ia petanda tidak elok. Especially suara-suara yang tidak dikenali.

10 - Jangan masuk hutan apabila hujan turun semasa hari cerah. Ia mungkin tanda buruk. Seelok-eloknya tunggu sampai hujan berhenti.


TIPS JUNGLE TREKKING

1 - Tips elakkan gigitan nyamuk, sila pakai mosquito repellent. Sekarang ni boleh beli je kat farmasi, jenis sapu, spray dan pelekat tampal kat baju.

2 - Tips elakkan gigitan pacat - Ada orang kata spray ubat nyamuk kat stokin, ada orang kata lumurkan garam kat kaki atau nak senang beli je anti-leech socks.

3 - Pakai kasut yang sesuai dan tidak berat. Pastikan seluar yang dipakai tu selesa.

4 - Bawa botol air, untuk hilangkan haus. Tapi jangan pula, korang asyik-asyik minum. Sekadar membasahi bibir. Ini aku dapat semasa explorasi Gunung Datuk dulu.

5 - Bernafas dengan sempurna. Ini juga tips aku dapat masa explorasi Gunung Datuk dulu. Berkesan!

6 - Bila penat, berhenti kejap. Jangan berhenti lama sangat, just rehat dalam 20 saat, kemudian sambung balik. Sebab kalau korang terlalu amek masa lama, ia boleh membuatkan badan korang bertambah penat.

7 - Freeze @ Kaku - bila ternampak binatang liar seperti ular dan lain-lain.

8 - Hati-hati ketika menyeberangi kawasan berkayu especially yang dah usang.

9 - Jika sesat dalam hutan, jangan sesekali ikut perasaan 'sense of direction'. Sebaik-baiknya fikir dan imbas kembali jalan yang korang lalui. Ada orang menggunakan teknik tanda bila masuk hutan. Iaitu membawa kain, kemudian diikat kat pokok. Tapi jenuh jugakkan nak bawa kain.

10 - Exhaustion in the jungle assigned to back off and recheck, rethink and it can also be a protection.

11 - Jangan takut bila berada di dalam hutan. Sebaik-baiknya enjoy the nature dan tenang sahaja.

ALWAYS ALERT !! BE ALIVE ALL YOUR LIFE
(^_^)

Trip ke Taman Negara Pahang

__________________________________

Apa-apapun, hormatilah penghuni-penghuni hutan. Mungkin ada yang tidak percaya dengan benda-benda ghaib, tapi sekurang-kurangnya jangan main lepas cakap dan jaga adab supaya dapat elakkan benda-benda yang tidak diingini. Sebab hutan ni penuh dengan misteri. Kengkadang bulu roma aku naik secara tiba-tiba. Iskkk, scary!! Tapi jangan dilayan sangat perasaan tu.

Semasa hidup ni rugi kalau asyik pergi melancong tempat-tempat best seperti bandar dan pantai, sesekali menerokalah ke dalam hutan dan juga menyelam ke dasar lautan. Korang akan melihat sesuatu yang lain dari yang lain. Enjoy and relax, embrace the nature. :)


90 comments:

  1. Rindu zaman kolej dahulu aktif buat aktiviti jungle trekking. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. the best moment utk jungle trekking masa study...lagipun stamina masih kuat..

      Delete
    2. betul tu zaman diploma selalu masuk hutan join koko palapes

      Delete
    3. kalau skrg ntah boleh ke tidak

      Delete
  2. Teringin nak masuk hutan jungle trekking ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best masuk hutan. Kena try :)

      Delete
    2. Jungle trekking memang best if pergi ngan kawan2 yang sama kepala...

      Delete
    3. Must be dgn group..sama kepala if x bahaya sbb jungle trekking ni perlu kerjasama team

      Delete
    4. betul tu sebaiknya pergi bergroup. nanti apa2 masalah senang nak setel

      Delete
    5. betul2, kalau pergi srg2 very scary!

      Delete
    6. jrg org nk trekking sorang2 dik..nghee

      Delete
  3. Zaman sekolah dulu tak pernah lagi menyertai kem2 yang lasak macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu pengakap Sally so dah biasa dah bab2 hutan ni...cuma dah lama x praktik

      Delete
    2. Bestlah tu kak. Dapat juga peluang masuk hutan ni kan.. Hee

      Delete
    3. wah, saya pun pengakap juga tapi x aktif sangat.. hehe

      Delete
    4. saya pun pengakap tapi penakut sikit..;-)

      Delete
    5. dulu pun bkhemah kat padang sekolah je tengah bandar.. pun boleh la

      Delete
    6. Percaya x...akak penakut byk...hahaha

      Delete
    7. sama la..cikgu rasa lebih selamat utk anak murid if kt pdg sekolah..

      Delete
    8. kan, asal cmping mest mostly kat padang skolah

      Delete
    9. senang nak control dik..if student U boleh la buat kat luar

      Delete
  4. Setuju sesangat.... good tips!!! Kena hormat sekeliling kita sentiap masa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu semnestinya..pesanan cikgu dan parents setiap kali nak pergi tempat ala2 hutan gini

      Delete
    2. paling penting bagi salam dulu sebelum masuk hutan..ibarat macam nak masuk rumah orang mesti bagi salam dulu

      Delete
    3. Lg satu jgn sesekali ckp besar kan..bhy...tau2 hilang or jumpa apa2

      Delete
    4. kan, bahaya tu.. beringat sebelum kena :)

      Delete
    5. hmm..sbb tu kena jaga adap bila masuk hutan mcm ni

      Delete
    6. ckp besar..yg tu mmg kena jaga

      Delete
  5. Best dapat masuk hutan. Awal maybe takut tp lelama rasa enjoy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skali skala masuk hutan pon ok

      Delete
    2. Antara tips dari tatie sapa penakut dan lemah semnagat bawak la apa yang patut especially surah yassin

      Delete
    3. betul tu.. especially perempuan

      Delete
    4. Just kuatkan semangat dan ikut arahan...insyaallah ok...

      Delete
    5. Lagi bagus x yh masuk hutan kan...so xde dtg mslh

      Delete
    6. haha..yg tu sudah semestinya..:-D

      Delete
    7. Nak lg senang, dengar mp3 ngaji sepanjang perjalanan. Ok kot..

      Delete
    8. kalu semua ahli amik tahu menjaha diri, tak jadi masalah rasanya

      Delete
    9. betul ..masing2 kena tahu jaga diri & behave :-)

      Delete
    10. yg terbaik bawalah surah yassin

      Delete
  6. great sharing! memang banyak taboos bila masuk hutan ni so kena jaga tingkah laku :)

    ReplyDelete
  7. banyak btol tips masuk hutan ni..dah lama x masuk hutan..hutan batu hari2 la

    ReplyDelete
  8. Nak masuk hutan kena ada tertibnya...x leh main masuk je...mulut especially nak kena jaga..perangai pun...arahan kena ikut..x leh nak ikut kepala je..akak dah lama x masuk hutan...hehehehe...last masa zaman sekolah dulu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3, utk keselamatan diri sendiri juga tu so mest follow rules.

      Delete
    2. betul..especially ppuan..kalau red flag tu sila behave bab2 kebersihan diri..if x pdh jwpnya

      Delete
    3. betul tu kena sangat menjaga..

      Delete
    4. Betul tu..if dh tau red flag..x yh la masuk hutan..byk mslh nanti...

      Delete
    5. btul tu..but in case bila masuk baru RF tak leh nak elak la kan..

      Delete
    6. klau perempuan awal-awal lagi bagi surat mintak pelepasan nak join kan

      Delete
    7. boleh jer..in case klau dah masuk hutan baru RF..itu yg nk kena hati2

      Delete
  9. Benda penting. Rasa lebih selamat..

    ReplyDelete
  10. Thanks for the tips Miss Tatie! Berguna! ;)

    ReplyDelete
  11. cikgu-cikgu kokurikulum boleh la amik tips ni.. hehe

    ReplyDelete
  12. Nice tips..saya selalu bawa 1 bar coklat untuk boost energy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. at least kalau lapar ada kudapan :)

      Delete
    2. jangan buang sampah merata sudah

      Delete
    3. hehe..itu keje org tak sekolah kot..

      Delete
    4. betul tu...if travel suka bawa coklat sbb mengeyangkan :-)

      Delete
  13. Tapi yang tak suka takut ada pacat n cacing..erkk..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)