1 November 2014

APA YANG ADA DI PEKAN RABU KEDAH ??

PEKAN RABU KEDAH dah sinonim dengan negeri Jelapang Padi Kedah. Bagi kaum wanita, ni kira must visit place untuk mereka. Kat Pekan Rabu ni ada macam-macam. Pelbagai jenis barangan dari makanan basah, makanan kering, ubat-ubatan, barangan kraftangan hinggalah ke gerai-gerai makan.


Pekan Rabu dibina pada tahun 1975 dengan kos RM3.2 juta dan dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir. Pekan Rabu ini juga merupakan antara tarikan pelancong di negeri Kedah. Terdapat lebih 300 peniaga di Pekan Rabu ni.


Nak cari souvenir Kedah yang murah, kain murah, barangan kraftangan yang murah. Carilah di Pekan Rabu Alor Setar. Gerenti puas hati! Siap boleh tawar-menawar lagi. Pssst, dengar cerita Pekan Rabu bakal ditutup untuk pembinaan semula kompleks Pekan Rabu ni. Hurm.... :(

Pekan Rabu Kedah

P/S : Kalau ke sini, jangan lupa singgah klinik Tun Mahathir. Tanya je orang, mesti diorang tahu. Femes kot!! Hihihihihi. ;)

1 comment:

  1. Menarik. Saya pernah pergi sekali je. Tahun 2008 dulu. Lamaaaaaa sangat dah hehe

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)