25 October 2014

TIPS PERCUTIAN KE SYDNEY AUSTRALIA

Pemergian aku ke Sydney beberapa hari lepas memangla satu jangka masa yang amat pendek. Kalau tak disusun masa dengan sebaik-baiknya, mungkin hanya 2-3 tempat je yang aku sempat pergi. Today aku nak bagi sedikit tips mengenai Sydney. Ada sesiapa yang tengah plan nak ke Sydney? Mungkin ini boleh membantu... :)

Me at Opera House

BEST KE SYDNEY?

Jawapannya ... best!! Tapi kos kat sini agak mahal berbanding tempat-tempat lain kat Australia. Makan, transport and blablabla. Mengigil-ngigil nak membayarnya! Lagi mahal dari London hokeyy!!! (Sydney termasuk antara bandar paling mahal di dunia, huh padanlah)

Sydney ni sesuai untuk pelancongan keluarga. Kat sini ada banyak zoo (Sydney Zoo, Taronga & Featherdale Wildlife Park). Selain tu ada beberapa tarikan lain seperti Madame Tussauds, Sealife, Luna Park & Etc.

Ada juga aktiviti seperti skydive, jet boat, hot air balloon, sewa heli pusing-pusing dan macam-macam lagi. Semuanya menyeronokkan!! :)

Bagi yang suka nature, jangan lupa pergi Manly Beach tengok penguin dan Blue Mountains untuk tengok pemandangan cantik. @_@

PENGINAPAN DI SYDNEY

Terdapat banyak hostel-hostel backpackers kat sini. Tapi ramai yang suggest menginap di Malaysian Hall Sydney. Murah! Selain dari tu, pilihan-pilihan pengembara seperti YHA hostel, Maze Hostel dan lain-lain lagi. Aku suggest korang stay hostel, bagi yang nak jimat. Hotel kat Sydney ni mahal gila wei. *pitam*

MAKANAN HALAL DI SYDNEY 

Ada banyak restoran Halal kat Sydney, antaranya Time For Thai, Cafe Kasturi, Cafe Seulanga, Aah Sedap,  Turkish Stall, Enfes Kebab, Delima,  Curry at The Rock dan lain-lain lagi. Tapi harga satu makanan, perghhh .. melampau-lampau!! Nak buat camana? Aussie tak boleh bawa masuk makanan. Kalau tak, dah lama aku bawa Brahim's food. T_T

TRANSPORT DI SYDNEY

Kat Sydney ni aku banyak gerak dengan ferry. Siang-siang lagi dah beli kad Opal. Senang nak gerak pergi mana-mana. But still expensive. Ada satu kali aku teringin nak merasa naik tram kat Sydney ni. Dari Central ke Darling Harbour 7 dollar. Mak aihh!!! Dekat je pun. Selain dari ferry dan tram, korang boleh juga naik bas.


SHOPPING DI SYDNEY

First sekali, pergila Paddy's Markets. Murahnya ya ampun!! Souvenir dan macam-macam lagi. Selain dari tu, beli perfume kat Sydney pun murah!!! Ada yang siap bawa balik stock untuk jual lagi. Corelle dan Pyrex pun murah!! Eh, jangan lupa pergi World Kitchen, Birkenhead Point Mall dan lain-lain. Souvenir, corelle, perfume ... itu je lah yang murah kat Sydney. Haha.

BAJET CUTI DI SYDNEY

Yang ni susah nak cakap. Macam aku katakan kat Sydney, semuanya mahal.

_____________________________________________

Tempat-tempat menarik di Sydney? Yang itu aku akan ceritakan kat entry akan datang.. :)


54 comments:

  1. Miera belum pernah ke Sydney... tapi sungguh nak pergi.... kalau ada rezeki nanti..... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Bestnya..member ofis bari balik dari sana..she said it's very beautiful place ..org kat sana peramah katanya..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. tapi duduk lama-lama kat sini boleh pitam. sebab mahal benar barang-barang kat sydney

      Delete
    2. OMG, kena kumpul duit byk2 ni :)

      Delete
    3. alamak..tu yg x daya tu..duit terbang :-)

      Delete
    4. so Anaalut..silalah menabung :-)

      Delete
  3. teringin sangat nak peluk koala tapi dalam mimpi je agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. berdoalah lepas ni diorang import koala ke malaysia pula.. panda dah, turn koala dengan kangaroo pula. hahaha

      Delete
  4. Realitinya tak murah. Tapi sydney antara tempat yang teringin nak pergi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. at least sekali seumur hidupla kena pergi

      Delete
    2. InsyaAllah harapnya dapat sampai. Tengah kumpul duit lg. Hehe

      Delete
    3. betul tu..if teringin..kna simpan duit byk2

      Delete
  5. Tips untuk jimat bab transport tu, guna Opal Card dan always use bus instead of train, tram & ferry. Sebab bayar 14AUD je seminggu, lepas tu, unlimited ride ke mana-mana. boleh la sekali-sekala naik feri dari circular quay, amik gambar dengan Opera House. Kang rugi pulak tak merasa pengalaman tu. Huhu :)

    ReplyDelete
  6. Boleh berangan ker lah nak ke sini. Berangan tu kan free. Ntah bila lah boleh merasa ke sydney nih.

    ReplyDelete
  7. ingat nak ke sydney tgk koala barang sekor dua gk la..nnt nk pg, ak minta lagi tips dgn ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak Ayyan pi sini JMR...amik gambar macam Tatie tu....ngan memek muka ayyan sure gempak percutian u olls...

      Delete
    2. JMR..gaya mcm nk beli koala je..hehe

      Delete
    3. Amanda..boleh la plan tu.

      Delete
  8. Akak selalu tertanya2 Tatie nyer budget mcm mana erk...boleh dikatakan selalu sgt Tattie berjalan ke nergara orang.....share la skit....contohnya macm beli tiket murah ke....kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! nak tau budget2 g travel please. :)

      Delete
    2. nanti saya buat bajet. actually, bila nak travel.. kena ketepikan semua. ikat perut, ikat nafsu. jangan shopping. for this year boleh kira dengan jari berapa kali sangat saya pergi shopping mall.. :)

      Delete
    3. Akak punya next plan next year mmg nk focus on travel...xde nk shopping bagai...just nk enjoy tgok tempat org....

      Delete
    4. x shopping pun xpe, at least merasa pergi tempat org and dapat experience tu : )

      Delete
    5. wahh..mmg kna berkorban tu

      Delete
  9. Nice info! blla ek nak merasa travel g australia (check purse) :)

    ReplyDelete
  10. Bestnya..nnt dah kejenk guna duit gaji gi travellah..hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kan best je dpt travel merata tempat, : )

      Delete
    2. betul tu..byk ilmu yg boleh dpt

      Delete
    3. nurul..insyaAllah boleh pegi nti

      Delete
  11. Nak kena wat tabung every month ni..:-)

    ReplyDelete
  12. bla la nk sampai Aussie agknya

    ReplyDelete
  13. Kalau ada kenalan yang boleh dicontact kt sydney or melbourne..bgthu saya..insyaAllah bln9 ni prgi sna..

    ReplyDelete
  14. Saya dah kesana tahun lepas. Memang seronok. Betul lah apa yg admin kata tu. Serba serbi mahal.
    Nasi kalau convert duit kita... 30 ringgit sepinggan. Air mineral botol kecil...5 ringgit. Boleh demam ..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)