15 October 2014

LAT'S PLACE PUTERI HARBOUR MENGIMBAU ZAMAN SILAM

Time aku kecik-kecil dulu, belum ada lagi Upin dan Ipin, Boboiboy, blablablabla .... Yang ada Usop Sontorian, Anak-Anak Sidek dan Kampung Boy. Boleh kira pakai jari je kartun hasil kreativiti anak jati Malaysia pada masa tu. 

Tapi antara bebanyak tu, Kampung Boy la paling menyerlah. Sampai sekarang pun kalau buka channel 611 Astro , masih ada lagi Kampung Boy. Legend sungguh!

 
Watak Utama Kampung Boy, Lat

Kampung Boy ni adalah hasil kreativiti kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Datuk Lat, anak kelahiran Perak. Kampung Boy ni bukan je famous kat Malaysia, malah pernah mendapat anugerah Fukuoka Asian Culture Prize pada tahun 2002. 

Dan .... sejajar dengan namanya yang famous, Little Red Cube Johor telah berbesar hati membuka sebuah restoran yang diberi nama LAT'S PLACE. Tempatnya di Puteri Harbour, Johor. Pssstttt, ada sesape nak sponsor me buka Kisah Tatie's Place pula? Hak Hak.

LAT'S PLACE JOHOR BAHRU

Bahagian Luar Lat's Place

Pintu Masuk Lat's Place


Kaunter Bayaran


Bahagian Dalam Lat's Place


Sempatlah kitorang menjamah bihun Singapore dan air teh tarik kat Lat's Place ni sebelum lunch di Traders Hotel Johor tempoh hari. (aku lupa nak amek gambar.. lol).

Oh ya, sambil-sambil makan tu bolehlah berinteraktif bersama Lat yang muncul secara tiba-tiba di kaca kat dining hall tu. Kus semangat! Nasib tak tercekik masa tengah makan. Haha. Interaktif bersama kartun ini dikatakan first-of-its-kind in the world. 

Tukar Kerja Sekali Sekala



Kedai Souvenir


Sesi makan kat Lat's Place ni terbahagi kepada tiga, iaitu 

Breakfast Time at Lat's Place
hanya weekend & public holiday 
9 am - 11 am

Lunch Time at Lat's Place
11 am - 7.30 setiap hari

Dinner Time at Lat's Place
6 pm - 8 pm setiap hari
*dinner show 6 till 7.30 pm*


Masa terbaik untuk ke Lat's Place adalah malam. Dinner selama 80 minit sambil dihiburkan dengan show yang pasti menghiburkan. Yang ni aku tak sempat nak 'rasa'. Tapi dengar cerita meriah uols! Tengokla kalau rajin, aku nak try datang time malam pula. Insyallah.

Nak book tempat kat Lat's Place? Sila book di sini : Lat's Place Johor atau call terus 1300 88 LATS (5287) Malaysia atau +603 2203 9667 (luar Malaysia).

Cuba Teka Apa Yang Sedang Aku Buat? Haha.

24 comments:

  1. Sweet... entah bila Miera dapat sampai di sana... hehehe

    ReplyDelete
  2. Lat's place nie kalau gi reramai mmg bestkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi meriah kalu buat lawatan sambil belajar dengan budak-budak

      Delete
    2. aah. buat birthday kat sana

      Delete
  3. Wahhh, dapat jumpa dengan Datuk Lat. Kampung boy memang femes memes. Hehe

    ReplyDelete
  4. cite kampung boy pun dah glamer kat oversea..siap de alih bahasa lg...hebat Datuk Lat.... :)

    ReplyDelete
  5. tatie terlepas satu katun dulu.. keluang man.... hehehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... ingat-ingat.. sampai sekarang ingat lagu tema dia. haha

      Delete
  6. Jangan x pecaya Dato' Lat tu kan...abang kepada Mamat Khalid...akak baru tau ni....so mereka memang adik beradik yang talented...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul..prngakuan mamat khalid sendiri masa sembang teh tarik

      Delete
  7. dulu sll tgk anak2 sidek je, my fav :)

    ReplyDelete
  8. selalu baca koleksi buku kartun Lat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. if baca komik kurang best..tgok kartun Lat kt tv lgi best

      Delete
  9. Selalu tgok kat TV jer.. :)

    ReplyDelete
  10. Saja google lat's place sekali jumpa blog u... Detail... Good job...

    ReplyDelete
  11. Mahal tak makanan kat situ? Huhu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)