14 October 2014

BILA AKU JADI PELAKON PEMBANTU TEATER MUD KL

Aku, dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi menetap di Seremban. Tapi tak bermakna aku melupakan tanah kelahirkanku. Aku bangga menjadi anak kelahiran Kuala Lumpur.

Ada tak pembaca blog Kisah Tatie yang lahir di Kuala Lumpur? Sejauh mana korang mengenali KUALA LUMPUR? Atau hanya tahu namanya sahaja? Sejarahnya? Kenapa namanya Kuala Lumpur? Hurm...

Semua soalan ini bakal terungkai bila korang menonton Teater Mud : Our Story of Kuala Lumpur (MUDKL) yang berlangsung di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Panggung Bandaraya ni menghadap Dataran Merdeka dan dekat je dengan Stesen Masjid Jamek. 

Panggung Bandaraya
Okay Selfie Jap

APA HUBUNGAN TEATER MUDKL DENGAN TIARA JACQUELINA?

Bagi peminat teater macam aku, aku memang sentiasa dahagakan karya dari Datin Seri Jacquelina. Pelakon dan pemilik The Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts (ENACT) ni memang sering menghasilkan karya yang bombastic seperti Puteri Gunung Ledang, P Ramlee The Musical dan lain-lain lagi.

Teater Mud KL ni adalah antara produk keluaran Enfiniti.

Souvenirs
Tiket

HARGA TIKET MUDKL
RM 60 (tanpa Mykad)
RM 45 (dengan Mykad)

SHOWTIME MUDKL
3 pm & 8.30 pm (daily)

Panggung Bandaraya

TEATER MUD KL MEMUPUK NILAI PERPADUAN

Teater Mud : Our Story of Kuala Lumpur ni juga turut menyelitkan persahabatan 1 Malaysia antara Mamat, Meng dan Muthiah. Memang mencabar betul la penubuhan Kuala Lumpur ni. Dengan banjir besar, dengan kebakarannya lagi, akhirnya Kota 'Lumpur' ni berkembang pesat sampai sekarang.

 Pssst, lakonan Anding AF sebagai Mamat memang mantap! 

Meng, Mamat & Muthiah

Dan, aku juga turut jadi pelakon pembantu Teater Mud : Our Story of Kuala Lumpur  ni. Diorang tarik aku untuk naik ke pentas. 2 kali pula tu, satu babak menumbuk cili dan satu lagi babak menari. Bakat terpendam lama wei. Hahahaha. 

Menumbuk Cili
Menari-nari

Memang lain dari yang lain. Don't be shy. Just enjoy the moments. Padahal dalam hati berdebar-debar. Muka tak payah nak cakap. Rasa setebal konkrit dah. Hahahaha.



Group Photo

Teater Mud : Our Story of Kuala Lumpur ni bermula sejak Julai lepas dan dipentaskan selama tiga tahun. Ayuh, warga Kuala Lumpur. Jom kita menonton Teater Mud : Our Story of Kuala Lumpur  ni.  

Yang lain sibuk kat dalam, kami kat luar sibuk bergambar

Teater Mud : Our Story of Kuala Lumpur
Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur

Tempat Parking 
- Dataran Underground
- Panggung Bandaraya (limited)

Website


31 comments:

  1. Asalam..membalas kunjungan..
    wahh..tak smpi lagi kat sana..
    bakat yang terselah dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kena tarik.. nasib tak ramai orang.. bolehla bantu sikit-sikit

      Delete
    2. ok la..at least ada peluang dan bakat tersembunyi..hehe

      Delete
  2. Wah hebat sudah mula terjun didalam seni theater pula. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pergila.. nak tengok versi akubiomed berlakon teater pula.. :)

      Delete
  3. hi tatie..

    orang pentas rupanya. dari dulu teringin nak tgk pementasan teater, tapi jauh sangat... tp akan ku cari masa utk masuk panggung bandaraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak shopping jalan tar, singgahlah sini dulu. dia dekat-dekat.

      Delete
  4. fuyooo. ada bakat terpendam gak kak tatie ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah. shushhh jangan bagitahu sesiapa

      Delete
  5. Replies
    1. nanti boleh la berlakon dalam movie kan

      Delete
    2. kan..mcm x percaya..nti boleh la try drama pulak :D

      Delete
  6. waaa!
    bakat terpendam yg mula berkilauan ni :)

    ReplyDelete
  7. hebat nya :) berbakat tu..
    jemput singgah http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. ok la tu..mula2 pelakon pembantu..mana tahu ada rezeki dpt jadi pelakon :-)

    ReplyDelete
  9. terer la.. ada bakat berlakon....

    tentang sejarah kl memang x tahu.. duduk jer kat kl.... hehehe

    ReplyDelete
  10. Bestkan dapat terlibat dengan teater. ;)

    ReplyDelete
  11. still ingt first experience tngk teater...

    ReplyDelete
  12. great experience.. :) :)

    visit my blog anaalut.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. wah tatie, ada bakat terpendam rupanya..

    ReplyDelete
  14. wow...pengalaman menarik ni....teringat masa akak remaja dulu...suka joined teater2 Yayasan NS....sekarang dah xde dah...skil menari pun dah kelaut kot...

    ReplyDelete
  15. Untungnya..mcm2 boleh buat..:)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)