5 October 2014

BENARKAH LADANG ANGGUR TASIK BERIS TIDAK BERBUAH?

Terdapat kontroversi yang terpalit di sebalik nama Ladang Anggur Tasik Beris ni. Ramai yang tak puas hati termasuklah baru-baru ni ada yang komen kat entri aku yang lepas. Benarkah Ladang Anggur Tasik Beris ni cekik darah? Bayar RM6 tapi bila masuk pokok tidak berbuah?

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah

Semasa kunjungan bersama Sahabat Media Santai Travel Magazine dan Tourism Malaysia Kedah sempena Discover Kedah Agrotrail 2014 baru-baru ni, kami sempat singgah ke Ladang Anggur Tasik Beris yang terletak kat daerah Sik. Setibanya kat kawasan ini, mata aku terpandang keindahan Tasik Beris. 

Tasik Beris ni adalah tasik buatan manusia yang terhasil dari pembinaan Empangan Beris pada tahun 2010. Memang cukup cantik dengan kehijauan pokok-pokok dan air tasik yang mengalir tenang. Lepak petang kat sini mampu menenangkan jiwa yang tengah bergelora.

"Wah, cantiknya,"


Tapi masa aku pergi ke Ladang Anggur Tasik Beris ni pun pokok togel. Tak semua pokok berbuah. Nampak tak kehampaan kat situ? Baru nak feeling-feeling petik buah anggur, sekali tak boleh. Isk! T_T

Kata mereka, buah anggur kat sini bermusim. Dua kali setahun dan masa kami pergi tu baru je harvest. Tapi sempatlah tengok beberapa buah cuma dilarang petik.


Harga Tiket Masuk Ke Ladang Anggur Tasik Beris
RM6 (dewasa)
RM3 (kanak-kanak)

Mahal? Hurm...

Tiket Masuk Ke Ladang Anggur Tasik Beris

Ladang Anggur Tasik Beris ini adalah ladang anggur yang terbesar di Asia Tenggara. Diusahakan sejak tahun 2007 pada keluasan 26 ekar. Terdapat 100 pokok anggur yang ditanam kat sini dan 4 jenis anggur. Kesemua pokok-pokok ini menggunakan baja organik yang bermutu tinggi. 



Pintu Masuk Utama

Pokok 'Togel'
Antara Kawasan Yang Ada Buah
Hanya Dapat Hidu, Tetapi Tidak Boleh Makan

Selain Ladang Anggur, kat sini juga terdapat Ladang Strawberry. Yang ini kami tak sempat pergi dek kerana mengejar masa. Lagipun Ladang Strawberry banyak kat tempat lain. Nak highlightkan anggur je. Tang rasa pula, korang jangan tanya aku. Seketul anggur pun aku tak dapat rasa. Huuu.


Cafe de Beris ini adalah kafe yang terdapat di Ladang Anggur Tasik Beris. Makanan-makanan yang dijual adalah berasaskan anggur seperti mufin anggur, air anggur dan lain-lain lagi.


Tapi aku tak hairan sangatlah dengan anggur (sebenarnya frust tak dapat makan anggur. haha). Ada yang lagi best kat sini. Iaitu pemandangan Tasik Beris. Kalau korang masuk ke Ladang Anggur Tasik Beris ni, korang boleh bersantai kat satu kawasan yang menghadap tasik buatan manusia ini.

Thanks YB belanja minum dan makan
Rumah Pemilik Ladang Anggur Katanya

Kedai Souvenir Ladang Anggur Tasik Beris

Macam-macam Ada
RM10 satu
Anggur Siap Dipetik
Hijaunya landskap

Andai korang kata korang kecewa tak dapat makan anggur, aku lagi kecewa datang jauh-jauh tapi tak dapat petik satu biji pun. Isk, isk, isk. Maybe no luck for me. Diharap tuan punya ladang ni dapatlah buat inisiatif lain bagi menyerikan lagi Ladang Anggur Tasik Beris ni. Kasihan orang yang datang jauh macam aku ni. Balik dengan tiada hasil. 

And some info for those yang plan untuk ke sini.

Waktu Operasi Ladang Anggur Tasik Beris
9.30 pagi - 6.30 petang

Alamat Ladang Anggur Tasik Beris
Beris Lake Vineyard
Lot 264, Kampung Ternas
08200 Sik, Kedah

Pulang Dengan Tangan Kosong *Kukecewa*

19 comments:

  1. wah..timm nma je org kedah..tapi belum brkesemptan lgi ke sni..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pergila... tapi make sure pergi masa musim anggur kat tasik beris. :)

      Delete
  2. Anak akak pon baru je pergi rombongan sekolah ke ladang anggur ni..akak sendiri pon tak sampai lagi ^_^*

    ReplyDelete
  3. maybe cuaca yg tak sesuai kot sbb tu pokok togel :-)

    ReplyDelete
  4. Betulla. Dengan harga tiket yg mcam tu memang patut buat sesuatu untuk meriahkan ladang tu

    ReplyDelete
  5. aduh sedihnya datang jauh2 pastu anggur togel T,T

    ReplyDelete
  6. Lor...kesiannya...xde rezeki kan...x per la maybe bleh pi next time

    ReplyDelete
  7. Cuaca tak sesuai barangkali

    ReplyDelete
    Replies
    1. x mustahil..mner yg stay kt shah alam tnm dpn rumah..rasanya sgt msm..

      Delete
  8. Bestnya kalau berpeluang ke sana!

    ReplyDelete
  9. Dulu untuk masuk ke ladang anggur ini, hanya RM2. Rasanya baru lagi dinaikkan jadi RM6. Saya sudah 3 kali ke sini, yang terbaru memang pokok togel sebab buah baru habis dituai. Anggurnya (yang hijau) sangat rangup dan manis juga.

    http://www.petai.net/2015/02/ladang-anggur-tasik-beris-sik.html

    ReplyDelete
  10. Bulan berapa kah anggur berbuah diladang tersebut?

    ReplyDelete
  11. Bulan berapa pokok anggur tersebut berbuah?

    ReplyDelete
  12. Pada bulan berapa pokok anggur tersebut mengeluarkan buah?

    ReplyDelete
  13. Esk tghari smpi...pokok bnyk buah x ? Pokok togel x jd pii laa nohh

    ReplyDelete
  14. Esk tghari smpi...pokok bnyk buah x ? Pokok togel x jd pii laa nohh

    ReplyDelete
  15. utk berbunga pokok anggur perlu dicantas daun supaya berbunga dn mengeluarkn buah seperti keadaan yg berlaku di persekitaran/keadaan iklim temperate yg meluruh daun pokok anggur di sana sebelum berbunga dan berbuah

    ReplyDelete
  16. Pegi tp tutup.. dh la dtg dr jauh.. sepatotnya hari cuti buka la.. ramai yg dtg tp kecewa tgk tutup..

    ReplyDelete
  17. Ladang anggur tasik beris da tutup cik kak...depa tanam pokok lain dah...x dak anggur lg dah...kalu pi hajat nk tgk anggur brbuah mmng x dapt la...blh tgk pagar je la...ladang anggur da bngkus...

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)