18 October 2014

APA YANG ADA DI MUZIUM DIRAJA KUALA LUMPUR

Kalau dulu, setiap kali lalu di depan Istana Negara Lama (kini Muzium Diraja) mesti perasaan membuak-buak  ingin masuk. Mana taknya, kediaman mewah yang mempunyai 15 bilik ini seperti melambai-lambai sesiapa sahaja yang lalu di hadapannya.


Tapi aku sedar, siapalah aku. Kan? Hanya mampu melihat dari luar. Isk, isk.
Muzium Diraja Kuala Lumpur

Tapi tu cerita lama. Dah basi. Sejak Yang Di-Pertuan Agong pindah ke istana baru yang terletak di Jalan Duta, istana lama ini dijadikan sebagai muzium yang dipanggil Muzium DiRaja. Mula dibuka untuk orang awam sejak Februari tahun lepas. 



Lebih exclusive lagi, aku antara yang dibenarkan untuk mengambil gambar dalam Muzium DiRaja ni. Sebab memang peraturan tak boleh amek gambar melainkan di Balairong Seri. Nasiblah join media trip. Dulu first time datang sini, memang tak boleh amek langsung. Syukur!

Pssst, kalau pergi sendiri memang takdelah gambar-gambar kat bawah ni dalam blog Kisah Tatie.


Muzium DiRaja Kuala Lumpur ini adalah tempat bersemayam Yang Di-Pertuan Agong yang pertama sampailah Agong yang ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum berpindah ke istana baru Jalan Duta pada tahun 2011.


Terdapat juga beberapa bilik yang mendapat sentuhan moden seperti bilik mandi permaisuri, walk-in wardrobe dan lain-lain lagi di tingkat 2. Very exclusive.

Bilik Ni Adalah Idea Permaisuri Aishah
Bilik Air Yang Di-Pertuan Agong
Bilik Air Permaisuri Agong
Bilik Solek Permaisuri Agong
Bilik Tidur Yang Di-pertuan Agong
Lampu Mengikut Musim
Yang Depan Ni Khas Untuk Kasut Sahaja, Yang Belakang Untuk Baju

Tak Payah Susah-Susah Nak Pergi Dentist

Dan inilah tempat Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong duduk setiap kali ada acara pertabalan ke, penyampaian pingat ke, majlis keramaian ke atau lain-lain.


Harga Tiket Masuk Muzium Diraja Kuala Lumpur

Warganegara Malaysia
RM5 (dewasa)
RM 2 (Kanak-kanak)
RM 2 (Pelajar Beruniform)
RM 3 (Pelajar Tanpa Uniform)
RM 3 (Warga Tua/Cacat)

Bukan Warganegara Malaysia
RM10 (dewasa)
RM 10 (Pelajar)

*Kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah percuma *

Waktu Operasi Muzium Diraja
9 am - 5 pm

pssssttt. siap ada 

Gloria Jeans Coffee 

______________________________________

35 comments:

  1. bestnyer....... cantiknyer.... LOVE IT!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak je tumpang tito bilik tetamu pun jadilah kan.

      Delete
    2. ada dental room sndiri lgi, best je.. :)

      Delete
    3. hahaha. kalau boleh tidur. nak dekat dengan katil tu pun tak boleh :(

      Delete
  2. terima kasih ate kerana erjah blog sis JM...so ini kunjungan balas..
    Nasbi baik atie dpt join media trip tu at least sis JM leh tumpang tgk dekorasi dalam istana ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. nak tengok dekat, bolehlah pergi sendiri ke istana lama tu :)

      Delete
  3. nice sharing....sangat cantik dan nampak mewah..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. jalan istana, rujuk page ni http://www.timeout.com/kuala-lumpur/things-to-do/istana-negara-lama

      Delete
  5. dekat jala bellamy tue ker.... kenapa x boleh ambil gambar dala tue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tatau. diorang tak bagi. mungkin takut orang salah guna kot

      Delete
  6. cantik betul istana lama, istana baru macam mana rupanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. istana baru lagi mewah dengar cerita. harga pun berbillion.. gulp!

      Delete
  7. Cantiknyaaa. Tak pernah masuk lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pergilah bila ada kesempatan

      Delete
    2. InsyaAllah. Nak tau jugak macam mana tempat tinggal diraja.

      Delete
    3. hopefully dpt pergi nnt, teringin nak tgk sndri

      Delete
  8. dekat je nak g... tpi belum berkesempatan... huhu....

    ReplyDelete
  9. cantik btol gmbr dlm istana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. tapi ada ruangan yang lesu. cuma bab-bab bilik diorang upgrade masa zaman permaisuri aisyah

      Delete
  10. untung Tatie di beri kebenaran amik gambar...kalau x memang x merasa la kami2 yang membaca ni tgok apa yang ada dalam Istana tu....kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. right, thanks tatie :) :)

      Delete
    2. kalau nak best lagi, pergila bila ada kelapangan

      Delete
    3. Anak akak suka la ni tp tula x leh amik gambar kan....tu yg xbest tu...

      Delete
    4. setuju, tak tahu bila bru dpt ke sini.. hehe

      Delete
  11. blik air the best!! cntikny :) :)

    ReplyDelete
  12. Dah nama istana, mesti nampak mewah kan?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)