17 October 2014

10 TIPS BAGAIMANA NAK DAPAT INFO MENGENAI PERCUTIAN

Hello. Apakhabar? Hari ni aku nak berkongsi tips lagi. Tips kali ni mungkin bermakna bagi sesiapa yang tertanya-tanya camana nak cari info mengenai sesuatu tempat atau pakej. Ada yang bertanya, camana aku boleh tahu tentang sesuatu tempat tu? Jawapannya ada kat kat bawah.

1) Perkongsian dari blog

Perkongsian melalui blog seperti blog yang sedang korang baca ni, Kisah Tatie. Antara blog-blog pelancongan (Malaysia) lain yang boleh korang terjah :


dan banyak lagi ...


2) Rancangan-rancangan di TV

Selain dari blogwalking, aku juga gila menonton cerita-cerita berkaitan pelancongan di TV. Tak kiralah Discovery Travel & Living ke, Jejak Jepun, Asia Travel ke atau rancangan Jalan-Jalan Cari Makan sekalipun... semua ni menyumbang kepada idea, 'kemana aku nak pergi selepas ini'.



3) Group-group Facebook

Seterusnya, melalui perkongsian dalam group. Aku ada join beberapa group di Facebook. Group-group ini telah banyak membantu aku. Selain berkongsi pengalaman dan cerita, aku juga boleh survey tempat-tempat best melalui gambar yang diorang share.


4) Perkongsian Sesama Traveler

Jangan malu-malu atau segan untuk bertanya bila pergi ke sesuatu tempat. Dan, rajin-rajinlah tambah kenalan. Macam menginap di dorm hostel, mungkin boleh bertukar-tukar cerita. Atau macam aku, kalau naik flight ke sesuatu tempat, aku akan menyapa orang di sebelah.

Secara tak langsung, dapat tambah info. Pengalaman lepas, masa ke Amsterdam. Ni trip main redah, tak survey apa pun. Tapi melalui perkenalan 'teknik sapaan' ini, aku dapat info mengenai tempat-tempat best kat sana. Siap dengan tips lagi. Hehehe.

Dengan Anita, kenalan baru dari trip lepas

5) Website-website Tempat Pelancongan

Rajin-rajinlah terjah website pelancongan. Contohnya Visit Malaysia 2014. Haa, ni korang selalu jenguk tak? Banyak promo-promo menarik sempena Tahun Melawat Malaysia. Dah terlambat? Takpe, tahun depan Year of Festivals. Pasti lebih happening. 

Dalam erti kata lain, encik Google memang banyak membantu aku semasa travel. 

6) Pamphlet-pamphlet Pelancongan

Bagi yang jenis travel redah macam aku, ini penting. Sampai je airport, benda ni la aku cari dulu. Tapi ada sesetengah airport yang tak menyediakan pamphlet. Well, kalau korang pergi mana-mana, rajin-rajinlah amek pamphlet. Sangat membantu. Tak semua info ada kat internet. Jangan lupa amek maps sekali tau.

7) Agensi Pelancongan

Dah tak tahu mana nak cari info.. Buntu? Malas nak google.. Banyak duit.. Pergi je Travel Agent. Diorang boleh bantu. Kat sana juga ada pamphlet yang boleh korang amek. Tapi aku jarang guna khidmat travel agent. Last.. entah? Aku sendiri tak ingat.

8) Majalah-Majalah Pelancongan

Yang ni juga banyak membantu aku. Antara majalah-majalah kegemaran seperti Santai Travel Magazine, Gaya Travel, Going Places, 3sixty Magazine dan lain-lain lagi. Senang cerita, dalam flight kan ada majalah? Korang baca je majalah tu semasa dalam perjalanan.

9) Filem

Paling mempengaruhi aku untuk travel ke sesuatu tempat adalah filem. Contoh filem The Tourist lakonan Angelina Jolie. Lokasi filem tu kat Venice. Memang meronta-rontalah nak pergi Venice bila tengok cerita tu. 

Antara filem lain yang memberi inspirasi adalah The Art of Travel, The Bucket List, Eat Pray Love, The Holiday, The Way, The Last Stop For Paul, A Map For Saturday dan banyak lagi.

Filem Melayu macam Cuti-cuti Cinta, Pisau Cukur dan lain-lain lagi. Ohsemmm sangat!

10) Hashtag Instagram & Twitter

Apa guna hashtag berjela-jela kat Instagram? Bagi aku banyak kegunaannya. Trend terkini hashtag # kat Instagram dan Twitter sangat-sangat membantu orang yang malas membaca. Search je hashtag, korang pasti jumpa gambar. Bila jumpa gambar, print screen dan save cepat-cepat masuk satu folder. Ha, senangkan?

Sebagai satu contoh, hashtag #Tahiti


[Selamat Melancong]


28 comments:

  1. Thanks for sharing. Kami sokmo nak berjalan, tapi xde idea nak pegi mana. hehe..nampaknya kena rajin cari info macam yg tatie suggest tue. :)

    ReplyDelete
  2. harini semuanya di hujung jari. terima kasih atas perkongsian :D

    ReplyDelete
  3. malam-malam sebelum tito cuci mata kat ig je.. terus terbawak dalam mimpi

    ReplyDelete
  4. Bookmark boleh jadikan panduan nanti. Hehe. Selalu before becuti2 mesti survey habis habisan dgn kawan2. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. survey penting .. boleh jimat masa dan duit berbanding pergi redah

      Delete
    2. Betul2. Baru rasa selesa nak pergi beecuti.

      Delete
  5. Faizal Fredley? hhehhe apa lah yg diorg leh dpt dr blog tu..blog utk suka2 jer..

    ReplyDelete
  6. Akak suka backpackers...tp tidak la sensorang....maybe dalam satu group 3 orang mcm tu...tp kekadang spoil jgak...bila dah beria2 plan dan dah survey ada yang nak cancel last minute...at last terkubur mcm tu je plan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. sebab tu lagi bagus pergi seorang daripada beramai-ramai. and plan last minute mesti menjadi. trylah

      Delete
    2. plan last minit mesti menjadi ek? nk kn try la gini

      Delete
    3. Satu lg kan..akak ni nama je ada adik keja jbtn pelancongan tp x guna pun khidmat dia...muahaha....

      Delete
  7. suka lak baca entri ni..terus dok fikir nk jalan ke mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA pun sama la..terus berangan2 ni...tp mmg nk jdkan kenyataan...

      Delete
  8. Hi Tatie...thanks share link blog saya kat sini...

    Salam kenal yer...nice blog... =D

    ReplyDelete
  9. Wow! Terbaik list cik Tatie. Terima kasih. :D

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)