21 September 2014

MEMBORONG DI PRATUNAM NIGHT MARKET

PRATUNAM NIGHT MARKET REVIEW | Salah satu benda yang buat aku teruja bila sampai kat area PRATUNAM ini adalah night market atau dalam bahasa Melayu, pasar malam. Seriously, aku tak tahu kewujudan pasar malam ini sebelum aku sampai Bangkok. Tahu pun bila dah nak dekat sampai hotel. Padah, tak buat research. Haha.

Ternganga kejaplah mulut, melopong tengok kemeriahan area Pratunam di waktu malam. Yang bestnya, PASAR MALAM PRATUNAM ni terletak di kawasan hotel kami, HOTEL CITIN PRATUNAM BANGKOK. Tak perlu jalan jauh. Turun bawah hotel je. 

PRATUNAM NIGHT MARKET
Pratunam Night Market
PRATUNAM NIGHT MARKET
Ingat, TAWAR-MENAWAR penting

Jika korang seorang peniaga, PRATUNAM NIGHT MARKET ini salah satu tempat untuk korang harus terokai. Terdapat beberapa kedai yang menjual dengan harga borong. TERLAJAK MURAH!! @_@

PRATUNAM NIGHT MARKET
Wholesale Retails Is Everywhere

Pelbagai jenis barangan yang dijual seperti makanan, baju, kasut, souvenir, accessories, casing handphone dan banyak lagi. Super cheap dan jauh lebih murah dari Malaysia. Lokasi PRATUNAM NIGHT MARKET ini terletak di persimpangan Ratchaprop dan Petchburi. Senang cerita berhampiran dengan Menara Baiyoke.

PRATUNAM NIGHT MARKET
OMGGG, my favourite!

The best thing, kat sini juga terdapat restoran halal, Kebab Bar. Yahoo!! Senang kan? Sebab tu aku cakap better menginap dekat area Pratunam. Segalanya ada kat sini dari yang murah hinggalah yang mahal.

PRATUNAM NIGHT MARKET
HALAL FOOD
PRATUNAM NIGHT MARKET
Akibat Rambang Mata Terpaksalah Pakai Sunglasses. Haha!

Selain dari shopping, kat sini juga terdapat Pusat Urutan Thai (SPA). Harganya jangan cakaplah. Murah sangat!! Seperti yang kita tahu, khidmat urutan Thai memang tiptop dan sering menjadi pilihan. Tak payah lihat jauh, tengok sahaja kat Kuala Lumpur. Yang ramai orang pergi biasanya Urutan Thai. Tu baru KL tau, belum Bangkok. Kalau korang ke sini, mahu jadi gila sebab sana sini menawarkan khidmat urut yang jauh lebih murah dari Kuala Lumpur.


Salah Satu SPA Yang Menawarkan Foot Massage

Sekarang dah tahu kan, kenapa Pratunam menjadi pilihan kami. Bagi sesiapa yang ke Bangkok untuk business trip, aku syorkan menginap di hotel dekat area Pratunam. Senang dan 24 jam!! 24 JAM?? Yes, shoppinglah sampai lebam! =P

CARA-CARA NAK KE PRATUNAM NIGHT MARKET
* Bangkok Train Service (BTS) turun di Stesen Chit Lom dan berjalan dalam 10-15 minit
* Airport Rail Link turun di Stesen Ratchaprarop dan berjalan dalam 5-10 minit

15 comments:

  1. Masa akak pi chiangmai x sempat nk foot massage...byk sgt agenda....especially shopping. ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping mana boleh dilupakan :p

      Delete
    2. kesukaan wanita..shopping..:-)

      Delete
    3. of course, wanita and shopping tidak boleh dipisahkan :)

      Delete
  2. Baru tau pratunam ni antara tempat best kat bangkok.

    ReplyDelete
  3. Pulut manggakah tu...sedapnya..

    ReplyDelete
  4. Pulut mangga tu..bestnya..tapi buat sendiri lgi puas hati..hehe
    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/05/pulut-mangga.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for the resipi kak, boleh cuba nnt :)

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)