27 September 2014

JAWI HOUSE CAFE GALLERY : MAKANAN TRADISI JAWI PERANAKAN

Kalau anda kata, pergi Penang kena makan kat kedai mamak je, ternyata anda silap. Kat Penang, terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, India, Cina, Peranakan dan lain-lain lagi. Bila dah banyak kaum, mestilah banyak variety of food. Betul tak?

Semasa kunjungan ke Penang baru-baru ini, kami singgah di sebuah restoran JAWI HOUSE CAFE GALLERY. Haa, lain dari yang lain kan? Jadi siapa yang datang ke Penang dan mencari makanan lain selain daripada mamak, saya cadangkan untuk ke JAWI HOUSE CAFE GALLERY ini.

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
JAWI HOUSE CAFE GALLERY

JAWI HOUSE CAFE GALLERY ini terletak di jalan famous kat Penang, Jalan Armenian. Diusahakan oleh Datuk Dr Wazir Jahan Karim, seorang berdarah peranakan Jawi, kental dalam mengetengahkan makanan ruji ahli keluarganya.

APA TU JAWI PERANAKAN? Masa zaman dahulu semasa pendatang dari India, Arab, Parsi dan Turki datang berhijrah ke Tanah Melayu, mereka ini berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Kemudian mereka memperaktikkan budaya 'Peranakan' dalam kehidupan mereka.

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Kalau Datang Siang Lagi Cantik
JAWI HOUSE CAFE GALLERY
JOM TRY MAKANAN KAT SINI

JAWI HOUSE CAFE GALLERY HALAL. Dah nama pun owner Muslim. Makanan kat sini semua diilhamkan dari negara Arab, Parsi, Turki dan lain-lain. Owner restoran ini sangat sporting dan peramah. Sesekali dia datang ke meja kami. 

JAWI HOUSE CAFE GALLERY

JAWI HOUSE CAFE GALLERY ini terbahagi kepada dua, restoran dan galeri. Restoran di bahagian bawah, galeri di bahagian atas. Saya cukup tertawan dengan dekorasi JAWI HOUSE ini. Unik dan tradisional. 

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Guest Book
JAWI HOUSE CAFE GALLERY
JAWI Peranakan
JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Dekorasi
JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Kaunter Minuman
JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Dessert & Drink
JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Hiasan
JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Meja Makan
JAWI HOUSE & Media

Ke Bahagian Atas

Tangga Untuk Ke Atas

Lukisan, Kraftangan dan lain-lain

Menu

Suasana Di Bahagian Hadapan

Suasana Di Bahagian Belakang

Meja Kami

Siapa sangka, walaupun dekorasi di restoran ini nampak seperti restoran ekslusif, tetapi harga makanan kat sini sangat affordable. Murah jika dibandingkan dengan restoran yang setaraf dengannya. Aku sendiri pun terkejut beruk bila melihat menu. Nasiblah perut masih kenyang, kalau tak macam-macam aku nak order.

Memang kalau lihat dari luar restoran, mesti hati terdetik. "Mesti mahal harga makanan dalam ni,"

Tapi don't judge a book by its cover. Tengok menu dulu, baru sembang later. Ewah! But seriously, makanan yang diorang jual takdelah mahal. Lagi mahal makan kat mamak. 


Alas Meja

Memandangkan kami datang beramai-ramai, dapatlah makan sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah. Tidak mengecewakan. First time juga aku merasai makanan tradisi Jawi Peranakan ini. Not bad!


Lamb Bamieh W/ Okras Serve With Benggali Bread

Komen :
Nampak macam serupa dengan kari, tetapi rasanya lain sedikit. Enak dimakan semasa panas.


Nasi Lentil (kiri), Nasi Lemuni (kanan)

Nasi Lentil 
Nasi Lentil atau Nasi Parpu atau Nasi Kacang Dhal.  Sedap sangat! Eh, tak sama tau dengan nasi minyak.

Nasi Lemuni
Makanan tradisi Peranakan Jawi, beras yang digunakan sangat berkualiti. Nasi dimasak dengan halia, serai, santan, bawang merah, daun lemuni dan bahan-bahan lain ini ternyata memberikan satu 'kick' kepada selera anda. Fyi, daun lemuni ini banyak khasiatnya.

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Spicy Black Beef

Komen : 
Makanan sampingan yang dimakan dengan Nasi Lemuni. Daging yang lembut, rasa yang sedap.

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Kari Ayam

Komen :
Sama seperti kari-kari lain kat luar sana

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Telur & Timun

Komen :
First soalan aku, "Eh, makan sekali dengan nasi ke?," Sambil buat muka pelik. Haha.
Tapi memang pelik pun, tapi wajib makan sekali kalau nak feeling seperti Jawi Peranakan.

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Ikan Bilis Goreng & Sambal

Komen :
Rangupnya ikan bilis ni. Fresh!! Sambal sedap, tidak terlalu pedas.

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Penang Nutmeg

Komen :
Bila minum ni, baru saya tahu. Penang kaya dengan Nutmeg atau buah Pala. First time juga minum air perasa ni. Takdelah seteruk yang disangkakan. Tapi minuman ni sedap kalau minum sejuk-sejuk.

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Bubur Kacang

Komen :
Agak pekat sedikit, tetapi sedap.

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Red Velvet Galletes With Cream Cheese

Komen :
Masyallah. Sedapnya!! The best ever. Please try jika ke JAWI HOUSE ini. Please!!!

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
JAWI HOUSE BREW

Komen :
Kata orang Penang, kopi depa sedap. Tapi, saya rasa macam sama je dengan yang lain. 

Alhamdulillah, kenyang. Marilah try makan kat JAWI HOUSE ini. Lupakan sebentar Nasi Kandar Penang. Rasai kelainan di JAWI HOUSE & CAFE GALLERY ini. :)

JAWI HOUSE CAFE GALLERY
Datuk Dr Wazir Jahan Karim

ALAMAT JAWI HOUSE CAFE GALLERY

Jawi House Cafe Gallery
85, Armenian Street, 
10200 Georgetown, Penang

No Telefon :
04-2641 3680


Facebook :

Waktu Operasi :
Setiap hari 10 am - 7pm
Ditutup setiap hari Ahad

[ Selamat Makan ]

31 comments:

  1. Pergggghhh....malam2 gini tengok gambar makanan2 sedap memang mencari pasal betul.... grrr....

    ReplyDelete
  2. nyesal pulak singgah baca2 ni ha...perut dah berbunyi pulak...demmm....

    ReplyDelete
  3. jawi peranakan ni datang dari arab...
    sama macam india pranakan (malbari)..
    sama ngan cina pranakan (baba nyonya)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh kalau tak baca komen PB, tak tahu tu sumer..tq bro

      Delete
  4. Selalu dengar jawa peranakan...now ada jawi plak...erm...menarik sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat OU ada 1 kedai peranakan..tp tak pernah masuk hehe

      Delete
    2. SA dh pernah masuk yg kat OU...sedap...cuba la nanti...

      Delete
  5. Replies
    1. kena dua kali dtg gk ni kalau nak khatam makan kan hehe

      Delete
    2. itu slh satu lagi tarikan ...foods :-)

      Delete
    3. Agaklah kan. Sebab banyak sgt. Kena dtg dgn perut kosong..

      Delete
    4. semua nampak menyelerakan .

      Delete
  6. nice place n food looks yummy :)

    ReplyDelete
  7. first dengan nasi lentil..menarik gk rupanya kat penang ni ek

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. sejenis daun..ada rasa pahit2 sikit..tapi if biasa mkn lama2 rsa sedap :-)

      Delete
    2. ow, 1st time dgr, pelik nama tu, nak kena try

      Delete
  9. Nasi lemuni pernah mkn..sedap :-)

    ReplyDelete
  10. nanti saya nak pi sana.. saya pun jawi peranakan juga. cuma anak anak sekarang lebih gemar samakan dengan mamak. memang tak sama. hal ni orang orang lama saja yg tau.generasi baharu agak kurang mengkaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha?? jauh beza mamak dengan jawi peranakan. peranakan kan macam baba nyonya tu..

      Delete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)